Bahaya Islam versi ultra kiasu dan langkah mayat kami dulu

KETUA ultra kiasu baru-baru ini berkata, mereka menyokong pendekatan Islamisasi berdasarkan Perlembagaan Malaysia yang menggalakkan tolak ansur, sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan masyarakat berbilang kaum. Bukannya (Islamisasi) yang menimbulkan ketaasuban, kebencian dan ekstremisme. Ultra kiasu ini merujuk kepada PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Saya tertanya-tanya ultra kiasu mahukan versi Islam macam mana? Macam yang kita faham? Atau macam yang dia faham? Kalau ikut apa yang dia faham, haru-biru negara ini. Zina, judi, arak, seks bebas berleluasa.

Ultra kiasu mahukan kita jadi seperti Barat. Malah, lebih Barat daripada Barat. Jika inilah versi ultra kiasu, langkah mayat kami dulu. Kami, umat Islam tidak akan merelakannya, kecuali ultra kiasu Melayu yang telah menjadi ahli mereka.

Jika mahukan Islam versi ultra kiasu, jangan pergi jauh, lihat sahaja pemimpin dan pengikut Melayu dalam kalangan ahli mereka. Pemimpin wanita mereka, sibuk berpeluk dan bercium sana sini tanpa rasa malu. Begitu pemimpin lelaki mereka, minum arak tanpa segan silu. Apakah ini versi Islam ultra kiasu?

Biarlah saya jelas, versi Islam kami. Kami, umat Islam tidak ekstrem. Jika kami ekstrem sudah lama ultra kiasu ditendang keluar dari negara ini. Tetapi, lihat toleransi yang ada pada umat Islam, bukan sahaja bukan Melayu diterima, malah yang ultra kiasu juga diberikan hak yang sama. Apa lagi yang ultra kiasu mahu? Apa lagi yang tidak cukup?

Memang tepatlah label ultra kiasu yang saya gunakan selama ini. Ultra kiasu bermakna orang yang sangat takut kalah, mahu sentiasa menang. Inilah sifat bahaya mereka sekian lama saya dedahkan. Malangnya, kita semua bersangka baik dan memandang enteng. Akhirnya, kelihatan saya bergerak berseorangan,

Ultra kiasu hari ini semakin bongkak kerana mereka sangat yakin boleh menang dalam kawasan majoriti Cina dengan majoriti yang besar.

Sebab itu, mereka begitu berani mengeluarkan kenyataan, mahu mengambil kerusi yang dipertandingkan dahulunya oleh PKR. Termasuk kerusi kawasan bercampur. Tamak sungguh ultra kiasu ini. Inilah yang dikatakan ultra kiasu.

Ultra kiasu berkata pertandingan tiga penjuru sepatutnya berlaku kerana memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). Tiba-tiba mereka mengeluarkan kenyataan mahu mengambil kawasan PKR. Apakah PKR akan merelakannya? Bukan sahaja tiga penjuru, empat dan lima penjuru pun boleh berlaku.

Saya harapkan PKR dapat melihat dengan serius bahaya ultra kiasu ini dalam politik Malaysia. Saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini apabila mereka memerintah.

Negara ini akan menjadi akan penuh dengan kelab hiburan, kelab judi, kelab zina, kelab seks bebas, LGBT dan berbagai kelab lagi. Inilah versi Islam yang dimaksudkan. Saya tidak pernah mendengar mereka membantah perkara ini, menyokong ya, ada, sangat jelas.

Ultra kiasu ini begitu teruja dengan kenyataan bekas Menteri luar Thailand, Surin Pitsuwan dalam seminar berkaitan demokrasi di Asia Tenggara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Surin, yang beragama Islam, dalam kenyataan itu antaranya membezakan Islamisi sekarang yang dilihat tidak lagi bertolak ansur dan hormat menghormati seperti 30 tahun lalu.

Kata Surin, pada era 80-an, Islamisasi melambangkan kesepaduan nilai-nilai Islam dan norma dalam setiap aspek kehidupan, termasuk pendidikan, sektor kerja dan pembangunan ekonomi. Ingin saya bertanya, apakah yang Surin tahu mengenai politik Malaysia?

Kami tidak ada masalah hidup dengan bukan Islam di negara ini. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk beramal dengan perkara yang bertentangan dengan Islam, seperti berjudi, minum arak, berzina dan sebagainya, kerana kami tahu itu adalah mereka.

Persoalannya, ultra kiasu mengganggu hidup kami. Ultra kiasu menentang dan tidak membenarkan kami beramal dengan undang-undang dan cara hidup kami. Apakah kami harus berdiam diri?

Pada hemat saya, Surin merujuk kepda orang Thailand kerana beliau adalah orang Thailand. Lebih molek sekiranya beliau bercakap dalam konteks Thailand bukan Malaysia.

Ultra kiasu ini berkata PAS bawah Haji Hadi Awang sekarang tidak sama seperti pada era pemimpin-pemimpin terkenalnya seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor and Datuk Yusuf Rawa.

Apa bezanya? Semua pemimpin PAS mahu menegakkan negara Islam, ultra kiasulah yang paling lantang menentang PAS. Semua pemimpin PAS sehingga ke akhir hayat mereka tidak pernah lekang dengan negara Islamnya. Perjuangan amar makruf nahi mungkar mereka sangat jelas. Bila masanya mereka berlunak dengan perbuatan mungkar ultra kiasu?

Jika ditakdirkan mereka masih hidup, tidak mustahil pendekatannya lebih keras daripada Haji Hadi, apabila melihat perangai ultra kiasu yang sangat hodoh pada hari ini. Kenapa Haji Hadi yang menjadi fokus dan sasaran ultra kiasu? Mesti ada sebab. Sebab itu saya sangat teruja dengan tulisan Raja Petra Kamarudin.

PAS adalah parti yang menjadi penentu kepada corak politik Malaysia. Ini sangat jelas berlaku kepada negeri Selangor. Ultra kiasu mahukan Menteri Besar lain, PAS mahukan Azmin Ali. Akhirnya, kemahuan PAS terlaksana, nafsu serakah ultra kiasu tersekat.

Menurutnya, hubungan PAS dengan istana sangat baik di negeri-negeri Melayu yang beraja. Jika PAS membawa pendekatan ekstrem, saya tidak fikir raja-raja Melayu suka dengan PAS. Ternyata, dengan pendekatan terbuka berteraskan Islam fundamental dan melindungi hak-hak Melayu Islam, menjadikan raja-raja Melayu suka kepada PAS. Maka tidak hairan, ramai dalam kalangan pemimpin PAS yang bergelar dan mempunyai darjah kebesaran, diberikan oleh raja-raja Melayu dengan kerelaan baginda tanpa dicadangkan oleh sesiapa pun, termasuk pemimpin Persekutuan.

Saya harap, ultra kiasu berhentilah daripada terlalu berpolitik. Ultra kiasu ini tidak dapat mendapat undi Melayu yang sayangkan Islam, Melayu dan Raja.

Ya, saya tidak nafikan pendekatan PAS agak lunak dengan pemimpin UMNO hari ini. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ia sebagai amaran kepada ultra kiasu supaya dapat melihat bahawa orang Melayu Islam pun bijak berpolitik.

Ultra kiasu jangan perasan diri mereka sahaja yang bijak meskipun sebahagian pemimpin mereka mendapat latihan daripada Yahudi. Melayu Islam juga bijak jika mereka sedar diri dan tidak mudah dibeli. Kualiti ini ada pada sebahagian pemimpin PAS hari ini, termasuklah Nik Aziz, Fadzil Noor dan Yusuf Rawa. Malangnya mereka telah pergi terlebih dahulu.

Jika mereka masih hidup, bukan sahaja ultra kiasu diseterusnya, setelah puas mereka berdakwah tidak diterima, malah tidak mustahil ultra kiasu akan ditendangnya kerana sifat mereka yang sangat ultra kiasu dan terlalu menentang Islam.

Jika ultra kiasu mahukan PAS dan Melayu Islam lain bersifat lunak, berikan hak umat Islam dalam negara mereka, untuk mendapat hak Islam yang fundamental sebenarnya. Hak yang fundamental adalah hidup di bawah naungan Islam tanpa kemungkaran berleluasa seperti arak, judi, zina dan sebagainya.

Jika ultra kiasu suka dengan semua itu, silakan dan teruskan. Tetapi jangan ganggu cara hidup orang Islam yang mahukan hidup bersama Islam. Melayu dan Islam sudah sebati, jika ultra kiasu ganggu, meskipun ditakdirkan ultra kiasu menang PRU 14, ultra kiasu tidak akan senang duduk kerana jika dipisahkan Melayu dan Islam, ibarat berpisah badan daripada nyawa.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *