Bahaya agenda ultra kiasu mahu wujudkan 2Malaysia


SAYA sangat teruja dengan artikel Michelle Chen, bertarikh 13 September 2017 bertajuk “You don’t speak Chinese?” dalam laman web FMT. Apabila seseorang Cina yang tidak berbahasa Cina bila bertemu dengan Cina, maka disalah tanggap sebagai bukan Cina lagi atau Cina pisang atau Cina murtad.

Dalam maksud, bila Cina tertemu Cina mesti cakap Cina. Jika tidak boleh, dianggap sebagai sesuatu yang pelik, ganjil dan menjelekkan. Begitulah ramainya Cina-Cina yang ada di Malaysia hari ini.

Orang seperti Michelle ini tidak ramai. Alangkah bertuahnya negara ini jika ada ramai Cina seperti Michelle. Barulah senang sedikit agenda negara berjalan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ini tidak, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina yang ada lebih 8,000 buah, menggunakan bahasa Cina, termasuk parti Cina yang kononnya menjunjung agenda negara seperti MCA.

Jika terpaksalah menggunakan bahasa Melayu (BM), maka akan kedengaranlah bunyi seperti bulung-bulung telebang di angkase, loli sula mali, lu tatak sana, lu tatak sini. Haiya, ini maciam punye olang pun ada kah. Lang bo ti lang, kui bo ti kui. Apakah kita sedang membina negara bangsa atau membiarkan orang lain, membina negara dalam negara?

Inilah persoalan yang perlu difikirkan dengan serius oleh pemimpin negara. Inilah akibatnya apabila sistem pendidikan dipisah-pisahkan atau terpisah-pisah.

Memang, secara fizikal kita tidak dijajah lagi. Tetapi penjajahan minda ini lebih bahaya daripada penjajahan fizikal. Penjajah fizikal kita boleh nampak, tetapi penjajahan minda, menakutkan. Mungkin kita beralasan, penjajahan minda tidak boleh kelihatan atau tidak nampak. Tetapi hari ini, penjajahan minda sudah kelihatan atau nampak jelas, kenapa masih dibiarkan?

Saya harap kita semua dapat baca artikel Michelle Chen, jika tidak mahu membaca artikel saya yang dilabelkan sebagai ‘lebih Melayu daripada Melayu’. Terus terang saya katakan, saya tetap Cina dan mati sebagai seorang Cina, kerana itulah ciptaan Allah yang tidak ternilai dianugerahkan kepada saya. Saya tidak boleh merubah bangsa yang telah Allah kurniakan.

Tetapi sebagai rakyat yang lahir di Malaysia, saya mesti menjunjung agenda negara. Contoh, saya mesti mendahulukan BM, berbanding bahasa ibunda yang lain. Sepenting mana pun peranan negara China, sehebat mana pun ekonomi China di rantau ini masa akan datang, agenda negara tidak boleh dikorbankan, hanya kerana negara China akan bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia.

Apakah kita rela menggadaikan dan mengorbankan agenda negara atau jati diri negara semata-mata kerana ekonomi? Kita mahu semuanya, ekonomi kuat, jati diri negara terpelihara. Begitu juga yang lain-lain.

Ini bukan sesuatu yang baharu. Semua negara tetap kekal dan mantap dengan jati diri mereka. Lihatlah negara Thailand, kekal dan mantap dengan kesiamannya. Indonesia dengan keindonesiaannya, China dengan kechinaannya dan lain-lain. Tetapi Malaysia, belum tentu dengan kemalaysiaannya, kerana kita tidak yakin dengan jati diri negara. Tetapi jati diri orang lain.

Apakah kita sudah lupa peribahasa Melayu berkata, biar mati anak, jangan mati adat. Peribahasa ini nampak ekstrem, tetapi jika kita faham budaya Melayu, maksudnya sangat mendalam. Implikasinya sangat besar kepada kehidupan Melayu.

Kenapa sanggup mematikan anak daripada adat? Rupa-rupanya, yang tersurat dan tersirat, apabila Melayu bercerai daripada adat budaya, maka hilanglah identiti Melayu, kelembutan dan adab sopannya. Melayu sudah tidak jadi Melayu. Mereka menjadi terlebih Barat, malah lebih Barat daripada Barat, sehingga menjadi keparat.

Inilah yang terjadi kepada golongan liberalis Melayu yang mahu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Saya masih ingat sewaktu kecil tinggal di kampung Melayu. Ada dalam kalangan penduduk di situ belajar di Timur Tengah (Mesir), bergelar ustaz dan ustazah, masih berseluar pendek dan berskirt. Bukan mereka tidak tahu kewajipan menutup aurat. Tetapi keadaan ketika itu masih tidak membenarkan.

Mereka tidak pula menjadi terlebih Barat atau lebih Barat daripada Barat. Tidak pula murtad. Malah, adab sopan dan kelembutan begitu terpancar. Adat budaya Melayu begitu mengikat. Inilah yang sedikit demi sedikit menjadikan mereka semakin Islamik. Lama-kelamaan, mereka berubah menjadi muslimin dan muslimah yang baik.

Bukan macam hari ini. Persekitaran dan suasana Islam begitu dirasai luar dan dalam. Jika balik daripada Mesir atau ada dalam kalangan lulusan pengajian Islam, masih berseluar pendek dan bermini skirt, itu adalah sesuatu yang pelik.

Begitu juga dengan orang Cina sebelum pengaruh Barat masuk. Dahulu, boleh dikatakan, jarang kedengaran, melakukan hubungan seks bebas sebelum perkahwinan didaftarkan. Mereka terikat dengan adat dan budaya. Tetapi hari ini tidak, pengaruh Barat begitu mencengkam.

Saya boleh katakan hampir 100 peratus, anak-anak Cina melakukan hubungan seks sebelum mendaftarkan perkahwinan. Itupun mujur jika mereka berkahwin. Rata-ratanya tidak berkahwin dan mencari pasangan lain.

Sebab itu jika dibanci, peratusan menggugurkan bayi atau membuang bayi, sebenarnya yang paling ramai bukan orang Melayu, tetapi bukan Melayu. Tetapi mereka sangat pandai, mereka memakai alat pencegah hamil. Atau jika didapati telah hamil, maka cepat-cepat digugurkan. Soal mereka akan berkahwin atau tidak itu soal lain.

Saya harap kita semua dapat memahami hakikat ini. Kehidupan Cina dahulu berbeza dengan Cina sekarang. Begitu juga dengan orang Melayu.

Sebab itu saya sangat kagum bagaimana orang Indonesia membangunkan bangsa Indonesia sehingga perkara kecil dalam memberi nama pun diambil kira. Misalnya, nama orang Indonesia Tionghua, bukan orang Tionghua Indonesia, ada beza di situ.

Kita di sini jarang mendengar, orang Cina berkata saya orang Malaysia Cina, tetapi selalu kedengaran orang Cina Malaysia. Mana yang patut didahulukan, bangsa atau negara. Rupa-rupa impian untuk membina bangsa Malaysia masih sangat-sangat jauh.

Pada saya ianya suatu yang mustahil. Kita sangat berbangga dengan 1Malaysia, tetapi adakah itu realitinya. Adakah 1Malaysia benar-benar wujud. Mungkin saya salah.

Wahai pemimpin negarawanku, bangunlah melihat hakikat sebenar, apakah kita sedang membina negara bangsa atau membenarkan orang lain membina negara dalam negara. Jika pembinaan negara dalam negara dibiarkan, maka tunggulah akibatnya nanti.

Nasihatkan mereka, kembalilah kepada agama dan adat budaya masing-masing, tanpa diganggu-gugat atau terpengaruh dengan agenda Barat. Negara ini mesti kembali kepada jati diri berpaksikan kepada Perlembagaan dan mendaulatkannya, kerana di situ ada agenda negara.

Warga seperti Michelle Chen perlu diramaikan, supaya dapat mengurangkan kumpulan ultra kiasu

Apabila Cina bertemu Cina, mereka malu berbahasa Melayu kerana takut dikatakan Cina Pisang atau Cina murtad, mereka bukanlah warganegara 1Malaysia yang kita harapkan, tetapi mereka adalah kumpulan ultra kiasu yang mahu mewujudkan 2Malaysia, membina negara dalam negara.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *