Analisis sentimen: Hanya 3.3 peratus berita positif lawatan Najib ke AS

PADA 12 September 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan lawatan ke White House di Washington DC.

Lawatan itu disambut baik oleh White House, tapi tidak media utama di negara itu. White House dalam satu kenyataan  menyebut:

“Presiden Donald J.Trump mengalu-alukan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dari Malaysia ke White House pada 12 September.”

Analisis media sosial

IRIS Institute melakukan analisis data untuk melihat sentimen rakyat terhadap lawatan tersebut bagi memahami reaksi masyarakat di media sosial terhadap lawatan Perdana Menteri.

Secara keseluruhannya, terdapat 13,684 sebutan netizen mengenai kata kunci “Najib” dan “Trump” di media sosial. Sebutan ini meningkat sebanyak 377 peratus pada 13 September, sehari selepas lawatan Najib di Washington DC.

Membandingkan sentiment negatif dan positif netizen terhadap lawatan tersebut, ternyata sebuah trend jelas menunjukkan pengurangan sentiment positif sejurus sebelum lawatan diadakan, disusuli dengan sentimen positif dan negatif yang hampir sama (50 peratus) menunjukkan sentiment netizen yang berbelah-bahagi.

Analisis berita

Menggunakan data sebanyak 1,323 berita yang telah dikeluarkan di Malaysia sejak 8 September mengenai lawatan Najib ke Washington DC, data menunjukkan konklusi yang sedikit berbeza dengan trend netizen.

Daripada data berita yang dapat dikenal pasti, hanya 27 berita (3.3 peratus) adalah bersifat positif, sementara bakinya bersifat negative (19.5 peratus) atau neutral (77.1 peratus).

Analisis trend menunjukkan bahawa lawatan Najib ke Washington DC telah meningkatkan bilangan penulisan positif sejurus tiba di White House.

Namun, trend itu berakhir pada hari berikutnya disusuli dengan peningkatan bilangan berita negatif yang menjuarai trend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *