a
Terkini
14/12/2017, 8:59 pm

Empat dalang serangan upacara penutup Sukan SEA KL17 didakwa

KAJANG, 4 Muharram 1439H, Isnin – Mahkamah Sesyen hari ini mendakwa empat daripada 19 suspek dengan cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, perancang utama kumpulan pengganas itu, Hajar Abdul Mubin, 25, didakwa sebagai ahli pengganas Abu Sayyaf di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara tahun 2010 dan 30 Ogos 2017.

Perbuatan itu didakwa mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574),yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Tiga lagi tertuduh iaitu Ahmad Omar, 52; Jaffar Ahmad, 26 dan rakyat Filipina, Abdul Syamir Dabilin, 25, didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat di MAG-03- Persiaran Pangsa Baiduri, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara 2008 hingga 30 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment