a
Terkini
14/12/2017, 9:14 pm

NGO Islam lapor polis gerakan Evangelis Kristian mahu kuasai Malaysia

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 4 Muharram 1439H, Isnin – 15 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam membuat laporan polis dengan empat pertuduhan menuntut siasatan terhadap sebuah video dan artikel lama berkaitan Kristian dan dua pemimpin cauvinis, DAP.

Laporan polis itu membabitkan sebuah video “Message to the Malaysian Church 2014’ dan artikel bertajuk “Rise and Speak – Pastor Afeef Halasah from Jordan” yang disiarkan pada April 2016 di laman sesawang Christianity Malaysia.

Turut sama dalam laporan polis itu ialah Kenyataan Speaker Selangor, Hannah Yeoh menerusi bukunya ‘Becoming Hannah’ yang menggesa Oversea Chruch Fellows (OCF) datang kembali ke Malaysia untuk membantu usaha Kristianisasi.

Antara lain berhubung kenyataan Naib Presiden DAP, Dr Ariffin Omar dalam Dewan Negara pada 19 April 2017, ‘Apa salahnya Pulau Pinang nak dijadikan bandar kristian, Kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.’

Laporan polis ini dibuat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Jaringan Melayu Muslim Pulau Pinang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Melaysia (PERKASA), PAS Pulau Pinang, Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang, Persatuan ibu tunggal Pulau Pinang dan beberapa lagi NGO.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Isma Pulau Pinang, Muhamad Farid Umor Parok berkata, sebagai wakil kepada NGO yang lain, mereka menyeru pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengambil langkah segera menyiasat secara terperinci laporan-laporan yang dibuat.

“Ini demi keamanan dan kesejahteraan rakyat berbilang agama dan bangsa di Malaysia ini. Sebagaimana jaminan dalam perlembagaan untuk agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing, jangan sampai ia mengganggu keamanan agama Islam sebagai agama persekutuan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai jemputan pastor Afeef Halasah dari Jordan ke Malaysia, Afeef telah mengungkapkan istilah “To Invade This Nation With Kingdom Of God’ yang secara jelas menggambarkan hasutan beliau kepada penganut Kristian di Malaysia untuk menakluk bumi Malaysia.

“Apakah Kingdom of God yang beliau maksudkan. Adakah God atau Tuhan sepertimana yangg telah diikrarkan oleh YDPA dalam sumpah baginda Wallahi wabillahi watallahi? Atau ada agenda kerajaan tuhan lain yang beliau maksudkan?,” soalnya.

Jelas beliau lagi, gerakan Kristianisasi yang sedang berlaku mutakhir ini bukan lagi bersifat isu pemurtadan individu.

“Jika dahulu kita mendengar kes seperti Lina Joy dan seumpamanya, kini usaha pemurtadan bukan sekadar memurtadkan individu, bahkan ada usaha untuk memurtadkan negara yang mana Islam adalah agama bagi Persekutuan di Malaysia.

“Gerakan radikal Evangelis Kristian melalui beberapa individunya telah dengan beraninya menghasut penganut Kristian di negara ini untuk menakluk bumi Malaysia. Usaha mereka ini telah menjadikan kedudukan Islam di Malaysia tidak lagi aman,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment