a
Terkini
14/12/2017, 9:06 pm

Rasuah: Setiausaha politik Ahli Parlimen antara tiga ditahan, lapor akhbar

BANGI, 1 Muharram 1439H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan pekerja asing.

Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen itu, lapor Berita Harian.

Menurut akhbar itu, setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Penahanan dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan berjumlah RM20,000.

Akhbar berkenaan yang memetik sumber memberitahu, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.

Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi ini.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment