a
Terkini
13/12/2017, 1:36 am

Kali ke 16 Israel haramkan Sheikh Najeh Bkeerat masuk Masjid Al-Aqsa

JERUSALEM, 1 Muharram 1439H, Jumaat – Polis rejim Israel semalam, mengharamkan Pengarah Harta Waqf Masjid Al-Aqsa, Sheikh Najeh Bkeerat daripada memasuki kawasan masjid itu selama tiga bulan, lapor Quds Press.

Sheikh Bkeerat memberitahu agensi berita itu bahawa polis rejim Israel telah memanggil dan menyoal siasat beliau di pusat tahanan Al-Qashleh di Pintu Hebron di barat Jerusalem.

Katanya, selepas siasatan itu, beliau diletakkan di bawah senarai individu yang diusir.

“Mereka menahan saya beberapa jam untuk disoal siasat dan kemudian menyerahkan arahan daripada ketua polis yang melarang saya daripada mendekati Masjid Al-Aqsa selama tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah kali ke 16 beliau diusir dan diharamkan daripada memasuki Masjidil Aqsa.

Katanya, pihak berkuasa rejim Israel mengusir beliau dengan alasan bahawa beliau menimbulkan bahaya kepada keselamatan negara dan perintah pengusiran itu ditandatangani komander polis Jerusalem.

Sheikh Bkeerat adalah salah seorang pegawai kanan Palestin di Masjid Al-Aqsa dan beliau dikenali ramai kerana tegas mempertahankan tanah suci ketiga umat Islam itu daripada pencerobohan rejim Zionis, malah telah beberapa kali ditangkap dan dipenjara. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment