Wanita maut, 35 cedera dalam insiden rempuhan perhimpunan nasionalis kulit putih di AS

Charlottesville (VIRGINIA), 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Seorang wanita berusia 32 tahun terbunuh, manakala 35 lagi tercedera dalam satu insiden rempuhan kereta pada perhimpunan nasionalis berkulit putih di Charlottesville, Virginia, Sabtu.

Ketua Polis Charlottesville, Al Thomas berkata, sebahagian mangsa yang tercedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Susulan insiden itu, seorang lelaki telah didakwa atas kesalahan membunuh.

James Alex Fields, Jr, 20 dari Maumee Ohio menghadapi satu cubaan pembunuhan beramai-ramai, tiga tuduhan mencederakan yang berniat jahat dan satu kejadian langgar lari.

Ketika perhimpunan itu, nasionalis berkulit putih dan peserta lain bertempur dengan sekumpulan lagi yang hadir untuk menentang perhimpunan itu.

Gabenor Virginia, Terry McAuliffe mengisytiharkan keadaan kecemasan di bandar dan polis memerintahkan orang ramai untuk bersurai.

University Virginia Health System mengesahkan bahawa 20 pesakit dibawa ke Pusat Perubatan UVA dan 19 telah “diperiksa dan dirawat”.

Lima daripada 19 mangsa berada dalam keadaan kritikal sehingga jam 7 pagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *