Wakil rakyat adalah legislator


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kalah kes “bin Abdullah”

Dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai “bin Abdullah”, mulai hari ini, dan sepatutnya sejak Merdeka 1957 lagi, umat Islam dan wakil-wakil Rakyat mereka patut sedar dan celik bahawa mereka sepatutnya menggubal undang-undang sehingga menjadi lengkap, dan bukan hanya membiarkan jabatan mufti dan majlis-majlis fatwa mengeluarkan fatwa semata-mata.

Zaman complacent (bersenang-senang) dengan perjalanan sekularisma dalam negara Malaysia telah berlalu. Kini Sekularisma mengganas tidak lagi bergerak sembunyi atau takut-takut. Sekularisma tidak lagi defensif. Mereka offensif sekarang.

Sepatutnya semua fatwa yang dikeluarkan, dibawa pula oleh wakil-wakil Rakyat ke Parlimen dan DUN untuk dijadikan undang-undang negara.

Mahkamah Rayuan berkata :
“Beliau berkata fatwa bukan perkara yang wajib diterima oleh undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh Ketua Pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA”.

Kita mesti faham bahawa Wakil Rakyat adalah Legislator, manakala Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah Legislative Council (Majlis Perundangan).

Rakyat Malaysia kena sedar, bahawa dalam pilihanraya, mereka memilih Penggubal Undang-undang, dan bukan semata-mata hendakkan jalan turap, tiang letrik dan paip air di kampung.

Para mufti dan majlis-majlis fatwa telah menjalankan tugas mereka sebaiknya. Saya lihat kesalahan adalah pada :

(1) Ramai wakil-wakil Rakyat yang tidak menjadikan fatwa-fatwa sebagai undang-undang dengan undian 51% di dewan. Mungkin mereka terlalu banyak fikir bagaimana menjatuhkan seteru politik mereka.

(2) Para pengundi kerana memilih wakil-wakil Rakyat yang jahil atau tidak bertanggungjawab seperti di atas.

Ustaz Abdul Halim Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *