(VIDEO) Kecoh di program Nothing to Hide 2.0

 

Full video of the attack at Nothing to Hide 2.0 forum

Posted by Izmil Amri on 13hb Ogos 2017

SHAH ALAM, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Program Nothing to Hide 2.0 di Dewan Raja Muda Musa di sini, petang ini, kecoh dan bertukar ganas ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Beberapa orang dilaporkan cedera apabila dua kumpulan anggota parti dan penyokong Pakatan Harapan bergaduh dan bertumbuk dengan kumpulan pengacau itu.

Pergaduhan tercetus ketika Dr Mahathir sedang berucap di mana salah seorang peserta yang hadir bertanya mengenai peristiwa Memali, dan dijelaskan oleh Dr Mahathir.

Bagaimanapun, ada pihak kemudian membaling kasut ke arah lelaki terbabit, mencetuskan tindak balas, hingga ada yang mula membaling kerusi.

Suar juga turut dibakar.

Pihak keselamatan kemudian campur tangan dan pergaduhan turut merebak ke luar dewan.

Sebaik pergaduhan menjadi tidak terkawal, anggota kawalan keselamatan mengiringi Dr Mahathir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan, meninggalkan dewan.

Rakaman video pergaduhan diambil dari Facebook izmil amri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *