Polis siasat isu bendera Indonesia terbalik

BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Polis menjalankan siasatan berhubung kesilapan cetakan bendera di dalam buku cenderamata sempena upacara pembukaan rasmi sukan dwitahunan ke-29 itu, semalam.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kita maklum ia berlaku disebabkan kesilapan teknikal dan sudah diperjelaskan pihak berkenaan.

“Bagaimanapun, kita tidak mahu insiden ini membuatkan Indonesia berkecil hati atas perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

“Setakat ini saya tidak dapat maklumat daripada mereka (Indonesia), namun kita sedang mengambil langkah siasatan supaya perkara yang tidak diingini berlaku ini berulang lagi.

“Hubungan kita dengan negara jiran terdekat ini amat penting apatah lagi dengan mereka yang menyertai Sukan SEA ini,” katanya.

Dalam upacara perasmian penuh gemilang malam tadi, bendera Indonesia dalam buku cenderamata itu dicetak secara terbalik dengan warna merah di bahagian bawah dan putih di atas.

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat permohonan maaf kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Imam Nahrawi atas kesilapan yang berlaku, dan menjelaskan perkara itu tidak disengajakan.

“Bapak Iman, saya setulus hati memohon maaf di atas apa yang berlaku. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” katanya di akaun Twitter Menteri Belia dan Sukan Indonesia itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *