Polis Sepanyol tembak mati lima penyerang rempuhan kereta

CAMBRIL (Selatan Barcelona), 25 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Polis menembak mati lima penyerang yang menaiki kereta dan merempuh orang ramai di laluan tepi pantai di Cambrils, Sepanyol, hari ini.

Kejadian yang berlaku beberapa jam selepas serangan maut di Barcelona mengorbankan 13 orang dan lebih 100 cedera itu, menyebabkan tujuh cedera, termasuk seorang anggota polis.

Dalam kejadian terbaharu di Cambrils, selatan Sepanyol, kelima-lima penyerang yang memakai jaket bahan letupan palsu berbalas tembakan dengan polis, selepas merempuh orang ramai.

Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam kejadian di bandar tepi pantai kira-kira 70 batu dari Bercelona.

Siasatan pihak berkuasa mendapati sekurang-kurangnya lapan penyerang terbabit dalam insiden itu dan merancang melakukan serangan menggunakan tong gas.

Polis berkata, penyerang memakai jaket bahan letupan, tetapi siasatan terhadap mayat mereka mendapati ianya adalah palsu.

Penyiasat percaya serangan itu ada kaitan dengan kejadian di Barcelona, semalam, dan letupan di Alcanar pada Rabu lalu.

Setakat ini, tiga lelaki telah ditangkap disyaki ada kaitan dengan kejadian itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *