Pendidikan Islam perlu ditingkatkan, hindar amalan songsang

PORT DICKSON, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyarankan agar subjek pendidikan agama Islam di sekolah ditingkatkan bagi memastikan pelajar di sekolah menerima didikan asas agama yang cukup.

Beliau berkata, ianya penting khususnya dalam membendung perlakuan-perlakuan yang tidak sepatutnya dan yang bertentangan dengan ajaran agama termasuk perbuatan seksual yang dilakukan anggota keluarga sendiri terhadap pelajar.

Katanya, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya individu tersebut mempunyai asas agama yang cukup.

Pada Rabu dan Khamis, negara dikejutkan dengan laporan seorang bapa dihadapkan ke mahkamah itu atas lebih 600 pertuduhan meliwat, merogol dan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun sejak awal tahun ini sehingga Julai lalu.

Lelaki itu disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai tertuduh pertama di negara ini yang berdepan dengan beratus-ratus tuduhan serangan seksual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *