Menteri kata permit ibadah korban dibuat sejak 2009

Sumber foto: NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Kadar permit bagi penyembelihan haiwan ternakan untuk tujuan korban sempena Aidiladha telah dilaksanakan sejak 2009 untuk menjaga kepentingan orang ramai.

Demikian jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai respon kepada rungutan dan bantahan orang ramai berhubung permit kebenaran sembelihan untuk ibadah korban berharga RM35.

Jelas beliau, kadar tersebut​​​​​​ dilaksanakan bagi penyembelihan lembu dan kerbau di luar rumah sembelihan berdaftar di bawah Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan), Akta Binatang 1953.

Katanya, pengenalan permit tersebut adalah untuk pemeriksaan kesihatan haiwan sebelum dan selepas penyembelihan.

“Kadar tersebut bukanlah baharu yang mana untuk sembelihan bagi lembu dan kerbau adalah sebanyak RM35 seekor, manakala kambing pula dikenakan kadar RM25 seekor,” katanya.

Baru-baru ini netizen meluahkan rasa marah dan kesal apabila permohonan untuk melaksanakan ibadah korban perlu disertakan bayaran RM35 bagi setiap ekor sembelihan.

Ia susulan kenyataan Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed yang memaklumkan, mana-mana pihak yang gagal membayar permit berkenaan akan didenda RM15,000.

One thought on “Menteri kata permit ibadah korban dibuat sejak 2009

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak

    Assalammulaikum. Undang-undang buatan manusia sentiasa hiba dan mendukacitakan. Undang-undang Allah sentiasa adil dan menyenangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *