Kit Siang bohong kata tak anti-Islam, Melayu

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Kenyataan penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa dirinya tidak anti-Melayu dan Islam jelas menunjukkan dia bercakap bohong.

Ibarat sudah terang lagi bersuluh, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, Kit Siang tak perlu berselindung atau cuba menunjuk baik, hakikatnya semua orang tahu dia memang anti-Islam dan Melayu.

“Saya tak tuduh dia. Tetapi tindakan dan kenyataan dia bersama DAP sebelum ini secara lantang sudah jelas menampakkan memang anti-Islam.

“Banyak sikap DAP anti-Islam. Mereka sokong Interfaith Council (IFC), mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka terlibat dengan COMANGO. Mereka juga yang tuntut supaya dibenarkan seks songsang dan tidak dikategorikan sebagai jenayah.

“Mereka memperlekeh institusi agama, bahkan mereka juga yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Titah Sultan mereka tidak terima dan secara jelas mereka menyatakan menolak hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan.

“Mereka melobi negara luar tekan kerajaan Malaysia untuk lawan Perlembagaan. Mereka menolak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mahukan bahasa lain sama taraf. Mereka juga minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Adakah itu tidak anti-Islam? Itu baru sedikit. Hakikatnya banyak lagi tindakan Kit Siang dan pimpinan DAP ini memang anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam.

Semalam Kit Siang berkata, tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia.

Kit Siang dakwa tak anti-Islam, anti-Melayu

2 thoughts on “Kit Siang bohong kata tak anti-Islam, Melayu

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak

    Assalammualaikum. ISMA tak boleh jadi NGO sahaja. Isma kena ada kerajaan juga. Nabi Muhammad SAW berperang untuk Islam. Isma pun kena juga. Lawan maksiat dan kekufuran. Syurga Allah berikan kepada sesiapa yang mendampinginya. Allahu Akbar!

  2. COMANGO pun DAP terlibat rupanya, memang betul lah LIM KIT SIANG ni, maka muka-muka orang Islam dalam DAP bertaubatlah anda telah menyumbang kepada kerosakkan Islam. ( saya tunggu apa komen balas LIM KIT SIANG. )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *