a
Terkini
12/12/2017, 11:53 pm

SPRM akan sita 10 juta tan bauksit

KUALA LUMPUR, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyita lebih 10 juta tan metrik simpanan stok bauksit yang dilombong dan kini disimpan di beberapa lokasi di Pahang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ia bagi menghalang bahan tersebut dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Katanya, tindakan tersebut meliputi seluruh simpanan stok bauksit yang berada di tanah kerajaan dan persendirian yang telah dikenal pasti di negeri itu.

“Penyitaan ini dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan sekiranya terdapat mana-mana pihak melanggar arahan notis penyitaan akan berdepan hukuman mengikut Seksyen 69 akta sama.

“Selain itu, kita juga akan memantau sebarang eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azam turut memaklumkan bahawa pihak SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan mencadangkan pihak kementerian terbabit mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit.

“Ini termasuk cadangan membatalkan kesemua AP yang telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment