Pelajar dipukul gara-gara tolak ajakan sertai kongsi gelap

JOHOR BAHRU, 23 Syawal 1438H, Isnin – Gara-gara berkeras menolak ajakan menyertai sebuah pertubuhan haram dipercayai geng kongsi gelap, seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa dipukul empat individu, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, remaja itu membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau berkata, mangsa diserang pukul 1.05 petang di Jalan Impian Emas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas.

“Pengadu didatangi empat individu yang mana seorang daripadanya dikenali pengadu sebelum diajak untuk menyertai kumpulan kongsi gelap mereka.

“Pengadu yang menolak ajakan tersebut terus dipukul sehingga cedera di beberapa bahagian badan sebelum mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *