Parlimen Mahasiswa 2017: Amalina mahu ketengah agenda Pembina, fikrah Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Syawal 1438H, Ahad – Ahli Biro Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Amalina Annuar, 22, mahu mengangkat fikrah Islam serta mengetengahkan agenda Pembina pada Persidangan Parlimen Mahasiswa Malaysia 2017 yang bakal diadakan pada 18 dan 19 Julai ini.

Amalina yang kini sedang menjalani bengkel sidang Parlimen berkata, beliau rasa berkobar-kobar untuk membawa kedua-dua agenda tersebut sebagai salah satu solusi bagi memsejahterakan negara.

Beliau berkata, ketika ini beliau sedang membuat persiapan melalui pembacaan mengenai inisiatif Transformasi Nasional 50 (TN50) dan juga isu-isu semasa.

“Saya membawa harapan agar kerajaan mendengar seruan mahasiswa terutamanya berkaitan pemerkasaan identiti negara dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat agar negara kita sejahtera.

“Inilah salah satu penekanan Pembina dalam isu TN50 bagi kesejahteraan Malaysia di masa hadapan,” tegasnya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Amalina yang merupakan Pelajar Tahun Akhir, Kajian Khidmat Sosial, Fakulti Sains Sosial pernah merangkul Anugerah Tun Abang Salahudin di Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa (MEGAH), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada Mei lalu.

Parlimen Mahasiswa 2017 disertai lebih daripada 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan enam buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Setiap IPT menghantar 10 orang wakil iaitu 5 terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 5 orang lagi dipilih oleh pihak universiti.

Tema untuk tahun ini adalah mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Negaraku.

Ianya dimulakan dengan bengkel dan simulasi sidang parlimen pada 14 hingga 16 Julai diikuti raptai pada 17 Julai dan dua hari persidangan pada 18 dan 19 Julai yang diadakan di Dewan Rakyat sementara di Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *