Bekas anggota dedah CIA letupkan bangunan WTC pada 11 September

NEW YORK, 22 Syawal 1438H, Ahad – Seorang bekas anggota Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Malcom Howard, 79 mendakwa bahawa dia terlibat dalam ‘perobohan terancang’ bangunan World Trade Center 7, bangunan ketiga yang dimusnahkan ketika tragedi 9/11.

Howard, yang bekerja untuk CIA selama 36 tahun sebagai pengendali, mendakwa dia ditugaskan oleh ejen kanan CIA untuk mengusahakan projek itu kerana latar belakang kejuruteraannya, dan kerjaya awal dalam bidang perobohan.

Howard berkata, dia adalah salah seorang daripada empat ejen yang ditugaskan untuk memastikan perobohan itu berjaya.

Dia berkata, operasi World Trade Center 7 adalah unik di kalangan perobohannya, kerana ia adalah satu-satunya perobohan di mana mereka harus berpura-pura ia bukan kerja perobohan.

Dia mendakwa dia tidak mempunyai masalah dengan penipuan pada masa itu, kerana dakwanya, “Ketika anda seorang patriot, anda tidak akan mempersoalkan motif CIA atau Rumah Putih.

“Anda cuma menganggap bahawa tujuannya lebih besar dan untuk kebaikan yang lebih daripada itu. Mereka memilih orang-orang yang baik, setia seperti saya, dan ia memecah hati saya untuk mendengar kebenaran,” katanya.

Menjelaskan bagaimana bangunan itu dirobohkan, Howard berkata, ia adalah perobohan yang dikawal klasik dengan bahan letupan.

“Kami menggunakan bahan komposit nanothermite gred super-halus sebagai bahan peledak. Bahagian yang sukar dalam tugasan itu ialah untuk membawa masuk ribuan pound bahan letupan, fius dan mekanisme pencucuhan ke dalam bangunan tanpa menyebabkan terlalu banyak kebimbangan.

“Tetapi hampir setiap pejabat di Bangunan 7 telah disewa oleh CIA, Perkhidmatan Rahsia, atau tentera, yang memudahkannya,” dedahnya.

Howard menjelaskan bahawa WTC 7 telah dipenuhi dengan bahan letupan di tempat-tempat strategik.

Pada 11 September semasa menara-menara Utara dan Selatan dibakar, fius telah dinyalakan di World Trade Center 7, dan letupan nanothermite telah memunaskan struktur keluli dan menghancurkan ia.

World Trade Center 7 runtuh ke tapak sendiri pada jam 5:20 petang, tujuh jam selepas kemusnahan WTC 1 dan 2.

Bangunan itu mengejutkan saksi dengan turun pada kelajuan ‘freefall’, menunjukkan bahawa ia menghadapi rintangan nol dalam perjalanan ke bawah.

Howard mendakwa, dia tidak tahu-menahu mengenai perobohan menara utara dan selaran WTC.

Namun, dia mendapat nasihat untuk menyelidiki siapa di sebalik tragedi paling mengejutkan dalam sejarah Amerika ini.

Howard berkata, sebuah kajian serius mendapati, pihak yang paling mendapat manfaat daripada pasaran saham selepas 9/11 adalah sangat mengejutkan baginya.

“Cuma satu sahaja organisasi yang boleh merangkumi seluruh dunia, dan biar saya beritahu sekarang, ianya bukan dan tak pernah pun Al-Qaeda.

“Ianya adalah CIA,” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *