Alangkah baiknya kalau Cik Boo Su-Lyn sedar diri

 

Walaupun Perkara 152 dan 161 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan haruslah digunakan dalam semua urusan rasmi negara, namun sehingga kini masih ramai rakyat Malaysia yang buta sejarah, tuli perundangan dan jahil naratif kebangsaan hinggakan mereka dengan tegar menidakkan apa yang sudah jelas termaktub.

Antara mereka yang jahil ini adalah Cik Boo Su-Lyn yang dengan riaknya bertanya “Jika orang luar boleh berbahasa Inggeris, mengapa tidak rakyat Malaysia?

Apa yang membuatkan Cik Boo (gambar atas) begitu meroyan sehinggakan dia tergamak mempersoalkan kebolehan rakyat Malaysia untuk berbahasa Inggeris dengan baik?

Mengikut penceritaan beliau sendiri, soalan yang diajukan adalah bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya. Menurut Cik Boo, beliau terkesima apabila mendapati pegawai-pegawai polis yang ditugaskan di kawasan ‘elit’ kelas menengah atas, yakni dalam kawasan Taman Tun Dr Ismail, gagal untuk menggunakan bahasa Inggeris semasa mereka menerima aduan yang dilaporkannya.

Tentu saja kejutan yang dia alami adalah kerana pada pandangannya, amatlah tidak berpatutan apabila ada lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk berbahasa Inggeris. Kegagalan untuk berbahasa Inggeris dilihat sebagai ketidakupayaan yang menjelikkan dan mampu merendahkan martabat negara.

Jelik sekali rakyat Malaysia di mata Cik Boo sehinggakan mereka dilihat berdiri lebih rendah daripada bangsa asing yang berniaga di Malaysia.

Sepatutnya ada pendidik di negara ini yang bangkit untuk menegur sikap angkuh, biadap dan tak sedar diri yang tumbuh teguh dalam diri Cik Boo serta mereka yang seangkatan dengan Cik Boo.

Seharusnya ada pendidik yang mengajar agar Cik Boo sedar kedudukan bahasa Inggeris di negara ini tidak boleh sama tinggi dengan bahasa Melayu. S

Seharusnya Cik Boo mula belajar untuk menghormati peruntukan perlembagaan dan perundangan yang jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam kesemua urusan rasmi.

Adalah amat dangkal, cetek pemikiran dan jumud untuk mengatakan kononnya dasar pendidikan negara sudah gagal untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai bangsa global semata-mata kerana Cik Boo melihat interaksi urusan rasmi yang berjalan dalam bahasa Melayu sebagai tanda bahawa pegawai awam di negara ini tidak boleh berbahasa Inggeris.

Cik Boo langsung menidakkan bahawa pegawai awam berbuat sedemikian kerana mereka bijak menghormati peruntukan perlembagaan, bukan seperti Cik Boo yang jahil murakab.

Walaupun Cik Boo berdolak-dalik berlakon kononnya menghormati bahasa Melayu namun lakonan Cik Boo tidak mampu menutup sikap pemuja Inggeris yang kukuh dalam dirinya.

Pemujaan Cik Boo harus dihentikan dan dia kena disedarkan bahawa bumi yang dipijak adalah Malaysia. Apabila perlembagaan negara jelas mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka seharusnya rakyat tidak mempersoalkan dan merendahkan peruntukan ini dengan memperkecilkan mana-mana pegawai awam yang menghormati peruntukan.

Abdar Rahman Koya (duduk di kiri)

Pentutur bahasa Inggeris perasan diri hebat

Begitu juga dengan Abdar Rahman Koya yang merendahkan martabat bahasa Melayu apabila dia dengan sombong mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak punya tempat untuk diangkat sebagai bahasa ekonomi, agama mahupun akademik. Hujahan penuh kekeliruan yang dimajukan Abdur Rahman hanya membuktikan bahawa dia, dan mereka seangkatan dengannya, hidup dalam kecelaruan.

Dalam satu perenggan Abdar Rahman mengakui penggunaan sesuatu bahasa haruslah secara semula jadi tanpa paksaan, namun dalam perenggan lain, dia dengan bongkak mengatakan bahawa tiada keperluan untuk menggunakan bahasa kebangsaan. Jadi apabila rakyat negara, tanpa paksaan, enggan menggunakan bahasa kebangsaan, apakah jalan lain yang ada untuk melaksanakan dasar penggunaan bahasa kebangsaan?

Malaysia disenaraikan di tangga ke-12 dalam EF English Proficiency Index. Sedangkan Singapura menduduki tangga ke-6 dan Filipina tersenarai di kedudukan ke-13. Namun, kecekapan rakyat Malaysia berbahasa Inggeris masih diragui Cik Boo.

Menteri Kesihatan S. Subramaniam (tengah) dari MIC

Sudah tentu Cik Boo girang apabila Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengumumkan kelonggaran syarat lulus bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tujuan lantikan secara kontrak pegawai perubatan UD41. Namun kegirangan ini tidak kekal lama apabila menteri kesihatan pula mengumumkan bahawa kesemua graduan perubatan masih perlu lulus bahasa Melayu untuk mendapatkan tempat di dalam hospital awam bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

Apakah salah untuk sesuatu kerajaan yang memerintah sesuatu negara bertindak menggunakan undang-undang, dasar, peruntukan dan peraturan untuk melaksanakan dasar membentuk identiti kebangsaan?

Jika salah, mengapa di United Kingdom Menteri Kesihatan mereka  boleh bertegas memperuntukkan bahawa doktor yang berkhidmat di UK haruslah mampu berbahasa Inggeris dengan baik?

Begitu juga halnya dengan sistem perubatan di Norway yang mengkehendakkan kebolehan berbahasa Norway atau mana-mana bahasa Scandinavia. Sama halnya dengan kelayakan untuk beramal sebagai pegawai perubatan di Sweden.

Hanya di Malaysia saja rakyatnya bongkak dengan identiti masyarakat minoriti mereka sehinggakan mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menolak segala peruntukan yang jelas bertujuan untuk menyatukan keseluruhan rakyat di bawah naratif kebangsaan yang seragam.

Mereka yang masih menggelarkan diri sebagai rakyat Malaysia wajib mengangkat setiap satu perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Merendah-rendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi, komunikasi, pendidikan, perniagaan mahupun teknologi samalah dengan memperkecilkan peruntukan yang sedia ada. Jangan kerana sikap tidak sedar diuntung sesetengah pihak, naratif kebangsaan terhakis semata-mata dek kerana mereka merasakan diri mereka lebih hebat dengan fahaman naratif songsang mereka.


Fatihah Jamhari adalah seorang peguam dan aktivis

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di laman web Tanjak.my

3 thoughts on “Alangkah baiknya kalau Cik Boo Su-Lyn sedar diri

  1. KAUM PENDATANG DAN SUPREMACISM

    Kaum pendatang bersikap bodoh sombong dan bongkak dan berbangga keterlaluan dengan bahasa ibunda, identiti dan budaya masyarakat minoriti mereka seolah-olah bahasa ibunda, identiti dan budaya mereka adalah terbaik di dunia dan bangsa-bangsa lain tidak bertamadun. Mereka berlagak seolah-olah mereka mempunyai kasta tertinggi dan kaum-kaum lain adalah golongan bawahan.

    Perasaan bodoh sombong dan bongkak kaum pendatang, yang tidak pandai berterima kasih pada kaum Melayu yang menjadi penduduk asal negara ini, menyamai kesombongan puak Nazi yang pernah memerintah Jerman.

    Maka tidak hairanlah mereka bersikap perkauman dan cauvinis terhadap kaum Melayu yang terlalu baik hati, bermurah hati dan bertoleransi membenarkan moyang kaum pendatang datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki setelah mereka hidup menderita kemiskinan di negara asal mereka.

    Jika moyang mereka dahulu takut atau tidak pandai mempertikai agama Islam, hak umat Islam termasuk kaum Melayu dan Bahasa Melayu, sekarang keturunan mereka sudah berani mempertikai dan menghina ajaran Islam, Bahasa Melayu dan hak umat Islam termasuklah kaum Melayu kerana mereka merasakan mereka telah cukup kuat, berpengaruh dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja.

    Tambahan pula terdapat sebilangan pemimpin Melayu-‘Islam’ yang tidak bermoral menjadi barua atau penjilat mereka untuk diperalatkan membela dan menjaga hak dan kepentingan kaum pendatang dan menentang agama Islam, hak umat Islam dan Bahasa Melayu.

    KESILAPAN BESAR DUMNO

    Semua masalah ini bermula apabila pemimpin-pemimpin Dumno membenarkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda kaum pendatang diteruskan selepas negara mencapai kemederkaan.

    Akibatnya, pelajar-pelajar kaum pendatang disemai, dididik dan diajar untuk berbangga dengan identiti, budaya dan bahasa ibunda mereka sendiri. Dan kesetiaan mereka ditujukan kepada negara asal moyang mereka sahaja bukan negara ini. Ini menyebabkan mereka memandang rendah dan hina terhadap kaum-kaum lain seperti kaum Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini.

    Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika terdapat guru-guru yang bersikap perkauman dan cauvinis menanam semangat perkauman dan cauvinis di kalangan pelajar-pelajar pendatang asing di sekolah vernakular.

    Maka tidak hairanlah pelajar-pelajar dari sekolah vernakular gagal menguasai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mereka tidak menghormati agama Islam dan budaya umat Islam termasuk kaum Melayu dan Bahasa Melayu walaupun Perlembagaan Persekutuan telah menjamin dan melindungi hak agama Islam, hak umat Islam termasuk kaum Melayu dan Bahasa Melayu.

    Akibatnya kerajaan masih gagal menyatu-padukan semua kaum dan kaum pendatang masih gagal dalam proses asimilasi walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun. Dan kaum pendatang asing masih lagi mempertikai, menghina dan menentang agama Islam, hak umat Islam termasuk kaum Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

    Dan mereka masih berusaha menghapuskan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin khak keistimewaan agama Islam, umat Islam termasuk kaum Melayu dan Bahasa Melayu. Tindakan kaum pendatang ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang menjadi rakyat majoriti (65%) di negara ini.

    Kita bimbang api dalam sekam akibat provokasi kaum pendatang terhadap umat Islam akan ‘membakar’ negara ini jika pemimpin negara gagal melindungi hak keistimewaan agama Islam, umat Islam dan Bahasa Melayu dan membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal. Adakah kita semua mtelah lupa tentang peristiwa berdarah 13 Mei?

    KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN NEGARA ASING

    Pemimpin-pemimpin negara asing seperti Indonesia, Thailand dll tidak membenarkan sekolah vernakular wujud di negara mereka. Akibatnya rakyat mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan mereka dan menerima budaya dan identiti kaum majoriti yang bererti proses asimilasi di negara mereka boleh dikatakan berjaya. Dan kerajaan mereka mengambil tindakan tegas ke atas orang-orang yang cuba mempertikai bahasa kebangsaan, budaya dan identiti kaum majoriti.

    CADANGAN

    Jika kaum pendatang terlalu mendewa-dewakan Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka sendiri sehinggakan mereka menghina Bahasa Melayu, mereka tidak layak tinggal di negara ini kerana mereka menentang kontrak sosial yang dipersetujui oleh moyang mereka dan Perlembagaan Persekutuan.

    Oleh sebab itu, sebaik-baiknya mereka keluar dari negara ini dan berpindah ke English speaking countries atau negara asal moyang mereka ! Jika mereka bernasib baik, mereka boleh bekerja sebagai porter hotel atau penjaga pintu di Beijing, New Delhi, London, Melbourne atau Washington DC.

  2. Kalau PM Malaysia ni…… berketurunan mereka pasti Malaysia telah mereka jual, maka sedarlah Melayu jika Bahasa Mu boleh dimomokkan tidak ada sebab kamu takut untuk melucutkan kewarganegaraan mereka saperti ini. Macam sesetengah orang Islam yg. sanggup membela Anjing dgn. segaja, sama jua keadaan mereka ini, kita bela dgn. baik sampai boleh berbahasa Inggeris tetapi lupa dimana mereka berpijak, tak ubah mcm. Anjing.

  3. Editor dan Ibnu,

    Kita kena faham. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Ia terhad dalam pemakaian awam iaitu urusan kerajaan dan sekolah kerajaan. Dalam konteks pemakaian persendirian (cth urusan syarikat swasta, majlis persendirian, pertuturan harian), Bahasa Melayu tidak boleh dipaksa.

    Kerajaan boleh ‘paksa’ orang yang ingin berurusan dengan kerajaan untuk menggunakan Bahasa Melayu. Tetapi kerajan tidak boleh berbuat demikian dalam urusan persendirian. Kuasa kerajaan dan kedudukan Bahasa Melayu (walaupun terkandung dalam Perlembagaan) hanya boleh dimartabatkan dalam konteks urusan awam.

    Seseorang warganegara walaupun langsung tidak boleh bertutur, menulis dan memahami Bahasa Melayu masih tetap kekal sebagai seorang warganegara yang sah. Tiada undang-undang yang boleh melucutkan haknya atau menyebabkannya dibuang negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *