Jemaah parah dirempuh van selepas tarawih di London

LONDON, 24 Ramadan 1438H, Isnin – Beberapa orang cedera parah selepas sebuah van merempuh pejalan kaki berhampiran sebuah masjid di Finsbury Park, London.

Polis Metropolitan London mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan sekitar jam 12.20 tengah malam waktu tempatan.

“Ada beberapa kecederaan di lokasi kejadian. Seorang ditahan,” kata polis dalam kenyataan.

Seorang suspek berjaya diberkas berikutan insiden berkenaan untuk siasatan.

Sementara itu, Majlis Islam Britain (MCB) menerusi kenyataan di Twitter berkata, van itu sengaja merempuh jemaah yang keluar masjid selepas menunaikan solat Terawih.

“Kami dimaklumkan sebuah van merempuh jemaah ketika mereka meninggalkan Masjid Finsbury Park. Kami mendoakan mangsa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *