Provokasi berterusan terhadap Melayu punca tragedi 13 Mei


MENJELANG
13 Mei 2017 baru-baru ni, maka genaplah 48 tahun bercetusnya Peristiwa 13 Mei yang rata-rata sejarawan mencatatkannya sebagai tragedi paling hitam dalam sejarah Malaysia. Umum mengetahui apa itu 13 Mei dan umum juga mengetahui bahawa ianya adalah satu isu yang sensitif untuk diperkatakan. Namun begitu, pada kali ini apa yang ingin diketengahkan adalah sebab-sebab asas yang membawa tercetusnya Peristiwa 13 Mei dan perkara yang dapat kita pelajari daripada peristiwa tersebut dalam menghadapai cabaran hari ini.

Abdul Rahman Ibrahim dalam bukunya 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur telah mencatatkan bahawa tahun-tahun 1960-an adalah tahun yang mencabar bagi Malaysia. Beberapa kejadian ketegangan antara kaum terutamanya yang melibatkan Melayu dan Cina telah berlaku. Antaranya adalah yang berlaku di Pulau Pangkor, Perak pada 1959, di Pulau Pinang pada tahun 1964 dan 1967 serta ketika berakhirnya Konfrontasi pada 1968 di mana daripada 12 orang yang dijatuhkan hukuman mati sebagai pengkhianat, 10 daripadanya adalah berbangsa Cina. Tidak lupa juga pembentukan Malaysia pada 1963 yang disusuli dengan terpisahnya Singapura dua tahun selepas itu iaitu pada 1965.

Ketegangan-ketegangan yang berlaku secara asasnya berdasarkan pada isu-isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak keistimewaan Melayu yang dilihat oleh orang bukan Melayu sebagai satu bentuk diskriminasi. Bagi pihak bangsa Melayu sendiri pula, ketidakpuas hati dan kekecewaan muncul apabila pemerintahan negara dilihat gagal membela dan menaikkan taraf hidup orang Melayu walaupun setelah 12 tahun merdeka. Taraf ekonomi dan pendidikan bangsa Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa Cina terutamanya.

Ketegangan makin memuncak pada tahun 1969 apabila orang bukan Melayu makin berani mempersoalkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga hak-hak keistimewaan Melayu terutamanya oleh ahli-ahli politik di dalam kempen pilihan raya. Kelantangan ini kemudiannya dibalas oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Surat-surat khabar dan risalah-risalah digunakan sebagai salah satu medium untuk menyemarakkan lagi isu-isu tersebut.

Bagi orang Melayu, kelantangan bukan Melayu dalam mengkritik isu bahasa dan hak keistimewaan Melayu dilihat sebagai satu perbuatan pengkhianatan terhadap ‘Kontrak Sosial’ yang telah dipersetujui bersama berdasarkan perbincangan pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang telah membentuk Parti Perikatan. Perkara ini menyebabkan orang Melayu mula meragui kesetiaan orang bukan Melayu terhadap negara. Hal ini kerana ‘Kontrak Sosial’ telah dipersetujui atas dasar imbal balik antara kaum; orang bukan Melayu diberikan kerakyatan (baca: kuasa politik) dan sebagai balasannya, beberapa perkara berkaitan dengan kepentingan orang Melayu dipelihara. Nik Safiah Karim mendefinisikan ‘Kontrak Sosial’ sebagai “Kesepakatan yang diabadikan oleh sejarah mengenai norma hidup bersama pelbagai kaum dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Persepakatan itu dicapai secara sukarela melalui perundingan dan dianggap binding untuk generasi seterusnya”.

Secara asasnya, ‘Kontrak Sosial’ merangkumi lima perkara:

  1. Mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja berdaulat dalam negara demokrasi berparlimen.
  2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini
  3. Memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu berdasarkan jus soli.
  4. Islam sebagai agama persekutuan tetapi memberi kebebasan kepada penganut agama lain menjalankan upacara keagamaan dan kebudayaan masing-masing.
  5. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bangsa lain diberikan kebebasan peribadi untuk menggunakan bahasa kaum masing-masing.

Memang diakui perkataan ‘kontrak sosial’ secara literal tidak wujud di dalam Perlembagaan. Namun begitu, hal-hal yang telah dipersetujui di atas telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Perkara 1 termaktub dalam Artikel 32 hingga 38 Perlembagaan Malaysia. Perkara 2 termaktub dalam Artikel 153, perkara 3 termaktub antaranya dalam Artikel 14 dan 19, perkara 4 ternyata di dalam Artikel 3 dan 11, dan akhir sekali perkara 5 dinyatakan di dalam Artikel 152.

Peristiwa 13 Mei bukanlah berlaku secara tiba-tiba (spontaneously) hanya kerana keputusan pilihan raya seperti yang didakwa oleh Kua Kia Soong dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (ironinya, beliau mendakwa dakwaan itu adalah apa yang dikatakan dalam versi rasmi. Namun jika dilihat dalam laporan dan buku yang ada mengenai 13 Mei, kebanyakannya mengetengahkan 13 Mei sebagai kemuncak kepada ketegangan kaum yang telah berlaku sepanjang dekad 1960-an).

Jika dilihat pada kronologi di bawah, 13 Mei adalah kemuncak kepada ketegangan kaum yang berlaku. Apabila rasa saling menghormati hilang, apabila kesepakatan di dalam ‘Kontrak Sosial’ mula dicabar, maka ketegangan yang pada mulanya berlaku secara kecil-kecilan akhirnya membarah membawa kepada tragedi yang besar. Inilah pengajaran yang patut kita ambil dan jadikan iktibar. Sebagai satu negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, maka rasa saling menghormati itu penting dan kesepakatan yang telah dicapai dalam ‘Kontrak Sosial’ perlulah dihormati dan dipelihara bagi menjamin keharmonian. Jangan sesekali cuba untuk melakukan sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak. Jika terdapat sebarang kelompongan dan ketidakpuasan hati, maka seharusnyalah perkara tersebut diselesaikan dengan secara rundingan.

Kronologi Ringkas Peristiwa 13 Mei 1969

24 April 1969             – Petugas UMNO Pulau Pinang, Encik Kasim Omar telah diserang dan dibunuh. Namun begitu, untuk mengelakkan sebarang ketegangan atau rusuhan, beliau telah dikebumikan secara tertutup.

4 Mei 1969                 – Seorang Cina, Lim Soon Seng, telah meninggal setelah cedera dalam satu pergelutan dengan pihak polis. Beliau dan dua rakannya ditemui sedang menconteng sesuatu di atas jalan raya dengan cat.

9 Mei 1969                 – Pihak keluarga mendiang dengan dibantu pihak tertentu berkeras untuk membuat perarakan mayat beliau (seperti mana kebiasaan dalam masyarakat Cina) dengan melalui jalan-jalan utama di bandar Kuala Lumpur. Mereka ingkar dengan arahan pihak polis untuk berarak di jalan-jalan yang agak jauh daripada bandar. Tindakan ini dilihat sebagai sengaja ingin membesar-besarkan kematian beliau (berbeza dengan cara pengkebumian mayat Encik Kasim Omar yang dilakukan secara tertutup).

10 Mei 1969               – Hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum 1969.

11 Mei 1969               – Keputusan piliharan raya diumumkan. DAP dan Gerakan menang besar di Selangor, walaupun masih belum dapat membentuk kerajaan. Kemenangan ini diraikan dengan perarakan yang disertai provokasi menghina orang Melayu. Tindakan yang sama juga berlaku ketika perarakan mayat pada 9 Mei.

12 Mei 1969               – Perarakan kemenangan yang disertai provokasi terhadap Melayu masih diteruskan. Namun, kesabaran orang Melayu selama ini (daripada 9 Mei membawa kepada 12 Mei) telah sampai hadnya yang membawa kepada berkumpulnya mereka di rumah Menteri Besar Selangor di Kampung Baru untuk merancang mengadakan perarakan balas pada malam esoknya, iaitu 13 Mei. Perarakan balas ini dirancang untuk diadakan secara aman untuk meraikan kemenangan UMNO di dalam pilihan raya seluruh negara.

13 Mei 1969               – Ketika persiapan sedang dilakukan oleh orang Melayu di Kampung Baru (dengan anggota polis kebanyakannya telah dikerahkan untuk mengawal keadaan), tersebar khabar angin bahawa telah berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Cina di Setapak; satu kawasan yang tidak dijangka akan berlakunya ketegangan. Khabar angin dan ketidaktentuan inilah akhirnya membawa kepada tercetusnya rusuhan besar pada 13 Mei.

14 Mei 1969               – Darurat disiytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

16 Mei 1969               – Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi menggantikan Parlimen yang digantung buat sementara waktu setelah darurat diisytiharkan.

*Ironinya, Kua Kia Soong telah ‘memadam’ apa yang berlaku antara 9 hingga 12 Mei di dalam bukunya. Episod di mana orang Melayu diprovokasi selama 3 hari dan hanya dihadapi dengan penuh kesabaran telah ‘dipadam’ oleh beliau. Beliau hanya memulakan episod beliau dengan perkumpulan orang Cina dan Melayu selepas pilihan raya. Penceritaan buku beliau juga dilihat berat sebelah kerana hanya menunjukkan bahawa orang Cina menjadi mangsa dan mereka diserang tanpa apa-apa alasan yang kukuh oleh orang Melayu.

Rujukan:

Abd. Manaf Haji Ahmad, 2009. Kontrak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Ibrahim, 2015. 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Legal Research Board, 2009. Federal Constitution (As at 20th June 2009). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Kua Kia Soong, 2011. May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969: New Edition. Petaling Jaya: SUARAM.

Leon Comber, 2011. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A. Aziz, 2014. Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Lumpur: ITBM.

Mohamad Hazizie Sulkafle
AJK Biro Antarabangsa dan Tamadun, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

3 thoughts on “Provokasi berterusan terhadap Melayu punca tragedi 13 Mei

  1. Sebenarnya provokasi bangsa asing terhadap orang Melayu telah berlaku sebaik sahaja Perang Dunia ke 2 tamat dan Jepun menyerah kalah pada 15hb Ogos 1945 di mana Parti Komunis Malaya @ MPAJA @ Bintang Tiga dengan kekuatan melebihi 6000 ahli telah menggunakan senjata British dan Jepun untuk menguasai dan memerintah Semenanjung Tanah Melayu sebagai negara China komunis dan melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas orang-orang Melayu di SEMENANJUNG TANAH MELAYU (Malaya).

    Perbuatan kejam dan zalim tentera Bintang Tiga dan juga kerana hasutan mereka terhadap orang Cina, maka beberapa rusuhan dan pergaduhan kaum tercetus yang membabitkan orang Cina dan Melayu menyebabkan suasana huru-hara berlanjutan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke 2 tamat.

    DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960. http://pelatukparuhgading.blogspot.my/2013/09/kekejaman-komunis-bintang-tiga-masih.html

    Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi. Ramai Melayu yang terpaksa menyertai komunis akibat terpaksa. Penentangan terhadap komunis dilakukan secara senyap-senyap lantaran bimbang menjadi mangsa kekejaman komunis yang banyak berlindung di sebalik persatuan Cina.

    Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di Batu Pahat dan Muar. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga. http://belogmystery.blogspot.my/2013/08/kisah-hidup-dan-pengorbanan-kiyai-salleh.html

    Perang Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari.

    Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.

    Mereka melakukan banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat.http://gerakanantidap.blogspot.my/2011/05/sebarkan-kisah-perang-sabil-di-sungai.html

    Malangnya Melayu mudah lupa seperti kata Tun Dr Mahathir. Sebilangan pemuda-pemudi Melayu telah lupa tentang sejaran berdarah seperti tragedi Bintang Tiga, 13 Mei dll kerana mereka telah dilalaikan dengan pelbagai bentuk hiburan yang menyerang mereka dari setiap sudut sehinggakan mereka tidak pernah berfikir tentang ‘survival’ dan masa depan bangsa Melayu @ umat Islam di negara ini.

    Bahkan sebilangan dari mereka sanggup menjadi pengkhianat yang menajdi alat kafir harbi untuk menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam dan menindas orang Melayu dan menafikan hak orang Melayu sebagai umat Islam dan menghapuskan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak agama Islam dan hak orang Melayu sebagai umat Islam di negara ini.

    Pengkhianat-pengkhianat ini adalah seperti ‘pelanduk’ lupakan jerat tetapi jerat kafir harbi tidak pernah melupakan ‘pelanduk’ . Sekurang-kurangnya ‘pelanduk’ ini boleh dijadikan ‘lauk’ selepas kenyang diberi makan dedak.

    ADAKAH SEJARAH AKAN BERULANG?

    Adakah sejarah berdarah akan berulang jika puak kafir harbi secara berterusan melakukan provokasi dengan campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan menghina, memfitnah dan menentang agama Islam dan cuba menghapuskan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu sebagai umat Islam dan menindas orang Melayu dan menafikan hak umat Islam di negara ini?

    LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RUSUHAN KAUM

    Sebilangan pemimpin-pemimpin Melayu ‘Islam’ mestilah menghapuskan sikap lidah biawak, hipokrit dan bermuka-muka atau talam dua muka untuk menjaga hati orang kafir dan berhenti dari tunduk pada tekanan pemimpin kafir.

    Pemimpin-pemimpin Melayu ‘Islam’ sepatutnya bertindak tegas membela
    agama Islam dan hak umat Islam supaya mereka takut untuk melakukan provokasi terhadap agama Islam dan umat Islam (termasuk orang Melayu).

    Di zaman TDM menjadi perdana menteri, orang kafir takut untuk menghina Islam atau mempertikaikan hak orang Melayu dan Perlembagaan Persekutuan kerana TDM akan menggunakan ISA untuk menyelelesaikan masalah ini.

    Malangnya hari ini, TDM sendiri sendiri bersekutu dengan parti ultra kiasu yang bersikap perkauman dan cauvinis terhadap agama Islam dan umat Islam. ‘Pelanduk’ lupakan jerat?

    Selepas zaman TDM, orang-orang kafir mula berani melakukan provokasi terhadap agama Islam, Perlembagaan Persekutuan dan ham umat Islam (termasuk orang Melayu).

    Kita memerlukan pemimpin Melayu Islam yang bijaksana, adil, berani dan tegas dan mentaati Allah dan RasulNya untuk membela agama Islam dan umat Islam di negara ini. PRU14 semakin hampir gunakan kuasa undi anda untuk menyokong dan mengundi pemimpin Melayu Islam yang bijaksana, adil, berani dan tegas dan mentaati Allah dan RasulNya demi masa depan agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

  2. PEMBETULAN: Ibnu May 19, 2017 at 7:36 pm

    Selepas zaman TDM, orang-orang kafir mula berani melakukan provokasi terhadap agama Islam, Perlembagaan Persekutuan dan hak umat Islam (termasuk orang Melayu).

  3. SOALAN PEMBUKA MINDA:

    SIAPAKAH PEMIMPIN DA-Pig YANG BERKATA ‘MALAI-SI’ (MATI MELAYU) PADA 13 HB MEI 1969?

    Malangnya pada hari ini dalam abad ke-21 segelintir pemimpin Melayu telah menjadi pengkhianat ‘agama Islam dan umat Islam’ apabila menjadi talibarut dan penjilat pemimpin DA-Pig yang sama yang memusuhi agama Islam dan umat Islam !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *