Pengarah Urusan dan CEO The Star mesti bertanggungjawab

Permohonan maaf dan pemberhentian dua orang editor kanan tidak memadai untuk membendung kemarahan umat Islam akibat luka tikaman berkali-kali oleh akhbar ini

Wong Chun Wai

BERITA perlucutan jawatan dua orang editor kanan akhbar The Star ekoran penerbitan gambar dan tajuk yang menimbulkan kemarahan umat Islam di awal Ramadan adalah dialu-alukan. Bagaimanapun, ini bukan satu-satunya “dosa” The Star terhadap umat Islam.

Dikhabarkan buat sementara waktu segala urusan tentang operasi editorial akhbar ini akan diambilalih oleh Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Urusan dan CEO akhbar tersebut.

Mungkin ramai pembaca yang tidak tahu atau sedar bahawa sebelum ini akhbar The Star telah menerbitkan beberapa artikel/rencana yang bersifat kontroversi. Tapi kami tahu apa yang kamu lakukan dahulu:

KES 1

Pada 10 Ogos 2011 – The Star menyiarkan satu Artikel Sisipan bertajuk Ramadan Delights yang dihiasi gambar hidangan daging babi dalam Edisi Khas bulan Ramadan.

Pada keesokan harinya iaitu 11 Ogos, akhbar The Star minta maaf.

Dua orang editor kanan Lim Cheng Hoe dan Daryl Goh dikhabarkan digantung tugas mereka.

Ketua Editor ketika itu, iaitu Pengarah Urusan dan CEO The Star di atas telah dipanggil mengadap Kementerian Dalam Negeri.

KES 2

Pada 27 Februari 2012 – The Star menyiarkan gambar promosi penyanyi Erykah Badu yang bertatukan perkataan Allah di dadanya.

Akhbar itu meminta maaf keesokan harinya (28 Februari 2012).

KES 3

Pada 6 Oktober 2013 – The Star menyiarkan satu berita tentang perkahwinan kanak-kanak dengan gambar seorang yang kelihatan seperti kanak-kanak bertelekung sedang bermain “masak-masak”.

Tiada permohonan maaf.

KES 4

Pada 27 Mei 2017 – The Star pada muka depannya, menyiarkan gambar umat Islam sedang solat berjemaah dengan tajuk besar Malaysian Terrorist Leader.

Pada 29 Mei 2017, akhbar ini meminta maaf dan memberhentikan dua orang editor kanannya.

Perhatikan – Sudah EMPAT (4) kali akhbar ini menyiarkan berita dan gambar yang memfitnah umat Islam dan hanya meminta maaf setelah umat Islam “mengamuk” di media sosial di atas kedurjanaan ini. Semua alasan yang diberikan terhadap “keterlanjuran” ini adalah sangat dangkal dan bodoh.

Berapa kali lagikah umat Islam akan menanggung penghinaan sebegini rupa? Dan kita belum mengulas tentang perbuatan yang serupa oleh media-media sosial lain, yang saban hari menyiarkan artikel, rencana atau tulisan yang berunsur fitnah dan hasutan terhadap umat Islam khususnya.

Di mana pembela-pembela hak asasi dan persatuan-persatuan wartawan, aktivis-aktivis sivil dan NGO-NGO Islam ketika mana insiden-insiden seperti ini berlaku?

Di mana Majlis Peguam, Suaram dan Suhakam?

Di mana Sisters In Islam dan Islamic Renaissance Front?

Bukankah perjuangan kamu semua untuk membela keadilan?

Apakah keadilan bagi umat Islam terkeluar dari senarai kepentingan kamu semua?

Di tengah-tengah gelombang kemarahan umat Islam, adakah kita melihat atau membaca parti politik DAP yang rasis cauvinis itu mengecam akhbar The Star milik MCA berhubung tajuk dan gambar muka depan yang berniat jahat itu?

Saya tidak percaya DAP akan tergamak untuk melukakan hati sahabat seperjuangannya.

Demikian juga saya yakin yang Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang akan menimbulkan “kemurkaan” DAP.

Malah ada juga di kalangan pemimpin PAN yang memperlekehkan bantahan umat Islam terhadap penerbitan The Star yang kontroversi itu.

Saya juga tidak merasa terkejut mebaca kritikan Institut Wartawan-wartawan Malaysia turut mengecam tindakan PDRM dan KDN ke atas The Star [Insya-Allah akan diulas pada kesempatan lain.]

(http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/heavy-handed-action-against-the-star-institute-of-journalists-malaysia).

Justeru, saya berpendapat bahawa penerbitan The Star patut digantung lesennya dan dibatalkan permitnya.

Adalah tidak keterlaluan bagi umat Islam untuk menuntut pertanggungjawaban daripada Pengarah Urusan dan CEO The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Kalau tidak “liable” secara langsung, beliau harus bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan oleh kakitangan bawahannya.

Tindakan yang paling sesuai adalah dengan meletak jawatan.

Mohd Luttfi Abdul Khalid

2 thoughts on “Pengarah Urusan dan CEO The Star mesti bertanggungjawab

  1. 2 editor kanan sudah dikenakan tindakan. Masih tidak cukup? Kalau nak sangat, mengapa hanya tuntut tindakan terhadap Wong Chun Wai? Dia hanya CEO makan gaji sahaja yang menurut arahan atasan.

    Minta juga tindakan terhadap lembaga pengarah terutamanya pengerusi yang merupakan bekas timbalan menteri dan juga bekas pemimpin pusat MCA.

    Tuntut juga tindakan diambil terhadap pemegang saham terbesar iaitu MCA yang memegang hampir 40% kepentingan dalam The Star.

    Ada berani?

  2. KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM

    Wahai umat Islam, sesungguhnya orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

    Dan sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari mengundi dan melantik orang kafir dan orang munafik menjadi pemimpin bagi umat Islam:

    “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” An-Nisaa’ : 144.

    “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik) menjadi PEMIMPINMU. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” Al-Maa-idah : 57.

    Menjadikan orang kafir sebagai pemimpin bagi umat Islam bererti menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW serta Ijma’ Ulama. Memilih orang kafir sebagai pemimpin umat Islam bererti memberi peluang kepada orang kafir untuk menindas agama Islam dan umat Islam.

    KESIMPULAN:

    Wahai umat Islam kembalilah kepada ajaran Islam dan bersatu-padulah untuk membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini kerana kita telah melihat bagaimana puak kafir harbi dan puak munafik liberal bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 dan memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi dan parti liberal dan barua-barua mereka supaya musuh Islam tidak boleh bangkit semula untuk menentang dan menindas agama Islam dan menindas umat Islam di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *