Pandangan peguam dalam isu hon Toyota Camry

1. Tindakan beberapa jemaah solat Jumaat di Johor Bahru yang beramai-ramai membelasah pemandu Toyota Camry kerana membuat bising dengan membunyikan hon keratanya bertalu-talu,* adalah suatu jenayah. Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan kita sendiri, kerana kerja menghukum adalah kerja pihak berkuasa, dan bukan orang ramai.

2. Pun begitu, kita juga perlu melihat isu ini secara holistik. Selain tindakan memukul pemandu tersebut adalah salah, tindakan memprovokasi yang dilakukan oleh pemandu itu dengan membunyikan honnya bertalu-talu ketika solat Jumaat juga adalah satu kesalahan jenayah.

3. Di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan menghasilkan sebarang bunyi “dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang,” adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 1 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 296 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang, adalah penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

4. Justeru, bukan sahaja para jemaah tersebut telah bertindak di luar batasan apabila bertindak membelasah pemandu tersebut; tetapi hakikatnya pemandu tersebut sebenarnya telah terlebih dahulu melakukan suatu perbuatan jenayah (jikalah benar seperti yang dilaporkan bahawa dia telah memprovokasi dengan membunyikan hon keretanya bertalu-talu ketika jemaah sedang bersolat Jumaat).

5. Apakala bagi para jemaah tersebut pula, sekiranya nanti ada yang ditahan dan dituduh di Mahkamah oleh pihak berkuasa kerana memukul pemandu tersebut, maka mereka boleh bergantung kepada peruntukan seksyen 334 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan pengurangan hukuman ke atas seseorang yang dituduh menyebabkan kecederaan, jika terdapat bukti wujudnya provokasi di pihak yang dipukul itu.

Sumber: Aidil Khalid

13 thoughts on “Pandangan peguam dalam isu hon Toyota Camry

  1. INSAN KEAMANAN

    Apa bangsa dan agama sekali.pun kita perlu bijak menangani isu yg blh mengeruhkan keadaan spt apa yg berlaku spt diviralkn.Kesabaran perlu penting dalam jiwa saseorang agar keadaan tidak menjadi huru hara. Perlu hormat menghoramati dengan keadaan yg berlaku disakeliling kita. Yang penting kesabaran perlu ada pada setiap indivindu agar rakyat berbilang kaum dinegara Kita MALAYSIA tak kira Bangsa dan Agama hidup dalam aman dan Harmoni.Akhir kata Buang yang keruh ambil yg jernih. Tak ada masalah yang tak bolih diselesaikan kalau kena pada cara dan kalau bertolak ansur.

  2. Akan Teramburlah pelbagai Undang Undang dan Adabsantun dilontarkan jika Melayu yg. buat. Tetapi selama ini ISLAM dikotak katikkan, Ulama Islam dicaci maki dan pelbagai hal hal Islam diuruscampur oleh mereka, senyap…… je. Apa kira kira masih boleh bersabar dan membiarkan saja perlakuan sebegini atau kita mahu tunggu sehingga Islam hancur barulah kita bangkit kunun kunun JIHAD. Ayuh….. kita tunggu dan lihat, Ramaddhan tinggal 21 hari, mari sama sama kita buat koleksi akan Video klip dan seumpamanya yg. dikeluarkan oleh mereka yg. anti Islam.

  3. Undang Undang wajib mempertahankan umat Islam Dan melayu dahulu walau Siapa yg bersalah. Buat seperti di Dubai, Kalau yg bersalah itu warganegara Mereka, mereka tetap menyalahkan orang asing itu Dan orang asing itu yg akan dihukum.

  4. Sejak akhir2 ini ahli2 DAP yg melakukan provakasi kpd ummat Islam, org Islam pun sabar ada batasnya bkn sampai naik atas kepala

  5. Puak kafir harbi dan munafik liberal telah dan sedang melakukan provokasi terhadap agama dan umat Islam dengan mencabar, menghina, memfitnah, memburuk-burukkan, menentang ajaran Islam dan menindas, menafikan dan cuba menghapuskan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%) di negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam.

    Tindakan puak kafir harbi dan munafik liberal yang bersikap perkauman, cauvinis dan hipokrit dan tidak rasional ini boleh menyebabkan orang-orang kafir membenci dan memusuhi agama Islam dan umat Islam dan mencetuskan konflik dan rusuhan kaum di negara ini.

    Adakah kejadian di Di Masjid Austin merupakan sebahagian dari provokasi orang kafir terhadap agama Islam dan umat Islam?

    http://www.azmykelanajaya.com/2017/05/kejadian-pukul-di-masjid-austin-ada.html

  6. Kiamat itu benar ,neraka itu benar ,shyurga itu benar dan jangan lupa kita yang masih hidup didunia ini pon benar dan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, menjaga kesuchian ugama Allah itu adalah wajib.

    Ulama atau mereka yang digelar ‘ulama’ hanya memfokus kapada shyurga dan neraka dan lupakan dunia .

    Siapa yang hendak menjaga kesuchian ugama Allah didunia ini ?.

  7. Nampaknya undang2 itu adil. Ada hukuman untuk orang yang membuat provokasi (bunyi hon) dan juga untuk orang yang menyebabkan kecederaan (umat Islam yang merosakkan kereta Camry dan pemandu tersebut).

    Satu soalan untuk penulis artikel. Dalam undang2, ada konsep “proportionality” iaitu balasan mestilah berkadar dengan provokasi. Contoh mudah, and diserang oleh penyerang yang menggunakan kayu. Anda mempunyai pistol di tangan anda. Dalam mempertahankan diri, anda menembak mati penyerang. Anda menggunakan alasan “self-defense”. Adakah alasan anda boleh diterima?

    Adakah tindakan merosakkan kereta dan mencederakan pemandu “proportionate” dengan provokasi hon? Yang hon hanya seorang, tetapi yang memukul dan merosakkan kereta itu adalah hampir 7-10 orang.

  8. Di Malaysia, orang kafir bebas menggunakan internet untuk menghina memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam.

    Apabila umat Islam menjadi sangat marah, orang kafir akan berpura-pura mohon maaf dan berbohong kononnya facebook mereka dicerobohi (hacked) !

    Adakah orang kafir dan puak munafik fikir umat Islam bodoh dan boleh diperbodohkan?

  9. Malaysia dipenuhi pemimpin yang gemar menjilat kafi harbi biaDAPjjal. Manakan mungkin masyarakat Cina yang telah memberikan kekayaan mudah kepada pemimpin pemimpin kita ini bertindak ke atas mereka.

  10. Apa akan berlaku jika seseorang berani menjolok sarang tebuan? Adakah tebuan-tebuan itu akan memberikan ciuman mesra kepada orang yang menjolok sarang mereka?

    Hanya orang-orang yang bijaksana sahaja yang boleh meramalkan apa akan berlaku jika seorang pemandu sengaja melakukan provokasi:

    (1) menggunakan hon kereta untuk mengganggu beratus-ratus jemaah Islam yang sedang melakukan solat Jumaat.

    (2) dan membuat isyarat lucah kepada jemaah masjid.

    Jika pemandu itu bersabar menunggu beberapa minit sehingga jemaah selesai menunaikan solat Jumaat, rusuhan tidak akan berlaku. Selepas itu, dia boleh membuat aduan kepada pengurusan masjid supaya jalanraya tidak dihalang pada waktu solat Jumaat dll.

    Malangnya pemandu tersebut memilih untuk melakukan provokasi terhadap beratus jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat. Maka jelaslah pemandu tersebut tidak mengamalkan toleransi antara kaum.

    Dari masa ke masa kita umat Islam dapati perjalanan kita dihalang oleh upacara agama kafir tetapi kita tidak melakukan sebarang provokasi terhadap agama kafir dan orang kafir. Kita dengan sabar mencari jalan alternatif untuk pergi ke destinasi kita untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini.

    Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan tapak letak kereta yang mencukupi untuk mengelakkan rusuhan tersebut dari berulang.

  11. Memang isu ni takkan habis dan selesai, ada sahaja musuh dalam selimut yang cuba melaga-lagakan dan memburuk-burukkan umat islam malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *