Menteri jumpa pengusaha Shell Isnin

SEPANG, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan bertemu dengan para pengusaha Shell yang menghadapi masalah teknikal di stesen minyak mereka apabila petrol RON95 dicaj pada harga RM4.09 kepada pengguna.

Beliau berkata, pertemuan tersebut akan diadakan Isnin ini bagi menyelesaikan masalah yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

“Setakat ini, pengusaha Shell yang terlibat telah menyatakan permohonan maaf mereka ekoran masalah teknikal yang dihadapi dan berjanji akan membuat bayaran balik kepada pelanggan.

“Dalam masa sama, pihak penguat kuasa kementerian sedang menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada orang ramai semalam,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 di sini.

Isu mengenai beberapa stesen minyak Shell seperti Shell Bagan Ajam, Butterworth; Shell Nusajaya, Johor Bahru dan Shell Salak South, Kuala Lumpur telah mengenakan caj untuk RON95 pada harga RM4.09 seliter kepada pelanggan menjadi kecoh di media sosial sejak semalam.

Kekecohan itu kebanyakannya berlaku antara pu¬kul 12.01 tengah malam sehingga 1.30 pagi semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *