Krisis politik Selangor: PAS akan bertemu Azmin dalam masa terdekat

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Kepimpinan PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam masa terdekat, bagi membincangkan pelbagai isu berhubung krisis politik di negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, PAS akan diwakili oleh beliau sendiri, Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Tarikh dan waktu akan diputuskan nanti,” katanya.

Semalam, mesyuarat tertutup Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan tiga Exconya yang mengaggotai kerajaan campuran di Selangor, kekal bertugas seperti biasa sehingga Azmin membuat keputusan, sekali gus mendapat perkenan Sultan Selangor.

PAS memutuskan untuk menunggu perkembangan selanjut berhubung pergolakan selepas Majlis Syura Ulamanya bersetuju memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *