Dr Kamarul Yusoff sedia dedah bukti agenda kristianisasi Hannah Yeoh dalam politik DAP


BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin
– Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Hannah Yeoh Tseow Suan telah membuat satu laporan polis terhadap Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff atas tulisannya yang mendedahkan agenda kristianisasi Hannah Yeoh melalui parti politik DAP.

Kamarul dalam respon balasnya hari ini berkata, beliau sedia memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,” tulisnya di Facebook sebentar tadi.

Dalam tulisannya yang tular minggu lepas, Kamarul memetik buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang menjadi bukti nyata pengakuan Hannah terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” tulis Kamarul.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Kamarul berkenaan laporan polis terhadapnya oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP itu:

LAPORAN POLIS OLEH HANNAH YEOH TERHADAP SAYA

Saya baru saja dihubungi oleh seorang wartawan Malaysiakini yang memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, sedang membuat laporan polis terhadap saya di atas komentar saya bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” pada 10 Mei lalu.

Wartawan Malaysiakini ini meminta pengesahan bahawa saya adalah penulis asal komentar yang mengulas kandungan buku Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) yang diterbitkan semula oleh beberapa pihak lain dan meminta reaksi saya ke atas laporan polis ini.

Di bawah ini adalah reaksi awal saya ke atas laporan polis Hannah Yeoh seperti yang dimaklumkan kepada wartawan Malaysiakini ini:

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.”

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.”

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik.”

One thought on “Dr Kamarul Yusoff sedia dedah bukti agenda kristianisasi Hannah Yeoh dalam politik DAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *