a
Terkini
15/12/2017, 8:46 am

Kekeliruan fahaman homoseksual Afiq M Noor di dalam Islam

AGAK terkejut apabila melihat ‘headline’ artikel menara.my yang berbunyi ‘Al Quran tidak larang Homoseksual’, Afiq M Noor: Rujuk di sini: https://www.menara.my/al-quran-tidak-larang-homoseksual-af…/

Nas daripada al-Quran dan hadis yang digunakan Afiq M Noor di dalam artikel tulisan beliau adalah nas yang jelas maksudnya, tetapi diubah ‘tafsirannya’ juga diambil secara literal sebahagiannya mengikut kehendak dan nafsu, semata-mata hendak mempertahan sesuatu yang batil.

Malah diambil cuma sebahagian nas dan ditinggalkan sebahagian lainnya mengenai isu homoseksual ini. Mereka yang berfahaman liberal seringkali melakukan perbuatan ini dan akhirnya akan kontradik terhadap diri mereka masing-masing.

Saya bukanlah ahli dalam menafsirkan nas dan tidak akan berani mennafsirkan nas sesuka hati tanpa prinsip dan metadologi sebenar seperti yang sudah dilakukan Afiq M Noor.

Tulisan jawapan ini juga berdasarkan tulisan Shaykh Muhammad Saalih al-Munajjid dan Ustaz Qosim Nursheha Dzulhadi mengenai isu homoseksual bersandarkan al-Quran, as-Sunnah dan fatwa/pandangan ulama lain. Sebenarnya, sebelum Afiq M Noor menggunakan hujah-hujah seperti di bawah, terlebih dahulu Mun’im Sirry di Indonesia telah memberi hujah yang sama.

Mari kita lihat satu per satu hujah Afiq M Noor.

1. Afiq Noor menyebut sumber pengharaman perbuatan homoseksual adalah dari surah Al-A’raf ayat 80. Disebut dalam kenyataan beliau ini bahawa tiada sumber yang jelas dalam hadis yang menyatakan hukum homoseksual secara jelas. Adakah ini kesan daripada sikap jahil atau sengaja memutarbelitkan fakta? Wallahu’alam. Jawapan tersebut ada pada saudara Afiq sendiri. Mari kita lihat hadis di bawah sama ada cukup “JELAS’ atau tidak larangan terhadap hubungan homoseksual ini di dalam hadis-hadis berikut:

Dari Ibnu Abbas (r.a.), dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud): “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [Riwayat Imam Ahmad, hadith nombor 2915], dinilai hasan oleh Shu’ayb al-Arna’oot dalam Tahqeeq al-Musnad.

Dari Ibn Abbas (r.a.), dia berkata: “Rasulullah SAW. bersabda (yang bermaksud): “… laknat ke atas mereka yang menyetubuhi binatang, laknat ke atas mereka yang melakukan perbuatan kaum Luth.” [Riwayat Imam Ahmad, hadith nombor 1878, dinilai sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Sahih al Jaami’, nombor 5891]

Dari Jabir(r.a.), dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) : “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [Diriwayatkan oleh at Tarmizi (1457); Ibn Majah (2563) dinilai sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Sahih al Jaami’, nombor 1552]

Malah, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dinilai sahih oleh al Albani, Sahih al Jaami’ no 6589) menyatakan hukuman bunuh terhadap mereka yang melakukan hubungan homoseksual ini.

2. Saudara Afiq juga mengatakan bahwa Ibn Hazm dalam kitabnya al Muhalla ketika menafsirkan ayat yang dinisbahkan ke atas kaum Luth mengatakan Allah SWT tidak pernah melaknat kaum Nabi Luth kerana liwat. Tetapi, Allah melaknat kaum Nabi Luth atas sebab bangkangan mereka kepada rasul. Beliau juga mengatakan Ibn Hazm mengkritik ahli tafsir lain kerana menggunakan ayat-ayat tersebut sebagai dalil pengharaman homoseksual.

Bagi saya, sangat tergamak saudara Afiq memutarbelitkan perkataan Ibn Hazm dan menampakkan seolah-olah Ibn Hazm ‘menghalalkan’ hubungan homoseksual ini. Ini boleh menjadi satu fitnah terhadap ulama besar seperti Ibn Hazm dan kebolehan beliau mentafsir al-Quran. Ini juga hujah yang mirip pernah digunakan Irshad Manji (Irshad Manji; Allah, Liberty and Love).

Saya ingin menaqalkan tulisan Ustaz Qosim Nursheha Dzulhadi di bawah:

“Dan, Ibn Hazm menyatakan bahawa ada kaitannya antara azab dengan homoseksual. Dalam al-Muhalla beliau menjelaskan bahwa homoseksual itu bahagian dari dosa besar (al-kaba’ir), perbuatan keji yang diharamkan seperti daging babi, bangkai, darah, khamar, zina, dan maksiat lainnya. Siapa yang menghalalkannya atau menghalalkan sebahagian daripada itu semua, maka dia kafir dan musyrik: halal darahnya dan hartanya. (Ibn Hazm, al-Muhalla: 11/380-masalah 2299).

Dan mengenai azab yang turun kepada mereka, Imam Ibn Hazm menegaskan bahawa azab itu turun memang bukan hanya homoseksual, melainkan kerana kekufuran. Buktinya, isteri Nabi Luth juga “kena getahnya” (al-Muhallai: 11/384). Ini ertinya, azab itu turun salah satunya kerana homoseksual.”

Jelas bahawa Ibn Hazm sendiri menolak dan mengharamkan perbuatan dan hubungan homoseksual. Malah, jika dilihat isu Hamza Kasghari yang menghina Rasulullah SAW sebelum ini, tulisan Afiq M Noor jelas menolak metodologi Ibn Hazm dalam hal tersebut. Bukankah ini jelas golongan liberal seperti saudara Afiq ini menganggap pengamalan Islam ini seperti buffet, mereka cuma ingin mengambil apa yang sedap di lidah dan tekak (nafsu) mereka sahaja.

3. Saudara Afiq menyebut apa yang berlaku pada zaman Nabi Lut itu bukan liwat (sodomi) suka sama suka, tetapi lebih kepada rogol atau serangan menggunakan seks (dalam isu ini dimaksudkan terhadap perbuatan liwat 0. Beliau juga mempersoalkan bukankah golongan wanita seperti isteri Nabi Luth a.s. juga dihukum.

Lihat, hujah yang digunakan oleh saudara Afiq mengenai Ibn Hazm tadi kontradik terhadap hujah yang di atas. Sedangkan dalam isi nombor 2, seperti yang diterangkan Ustaz Qosim, Ibn Hazm sudah menjelaskan isteri Nabi Luth dihukum kerana ingkar akan perintah Allah dan larangan Nabi Luth a.s. (mengenai perbuatan homoseksual). Dan dia ingkar kerana dia menyokong perbuatan kaum Luth itu sendiri.

Tidakkah saudara Afiq dapat melihat punca kekufuran dan keingkaran tersebut ialah berpunca daripada mereka enggan patuh terhadap larangan dan pengharaman Allah terhadap perbuatan homoseksual tersebut (seperti yang dijelaskan Ibn Hazm sendiri di isi yang kedua).

Analoginya pada zaman sekarang, jika ‘salahnya’ atau ‘haramnya’ itu diukur cuma pada ingkar dan menolak secara jelas akan perintah Allah, contohnya pada perbuatan pedofilia (tiada larangan secara ‘khusus’ dalam al-Quran) dan bukan pada perbuatan yang diharamkan tersebut, adakah yang ‘salah’ atau ‘haram’ dalam hal tersebut cuma keingkaran, tetapi bukan perbuatan pedofilia tersebut. Adakah perbuatan pedofilia itu dibolehkan (jika mengikut logik ini)? Ini jelas merupakan satu bentuk falasi.

Sedangkan misi kenabian Nabi Luth ketika itu ialah untuk melarang perbuatan homoseksual tersebut. Membuat tanggapan bahawa apa yang berlaku itu ialah sebenarnya perbuatan rogol adalah menyimpang sama sekali daripada maksud asal ayat.

Ketika dua orang malaikat dalam bentuk lelaki yang elok rupanya datang ke rumah Nabi Luth, kaum Nabi Luth a.s. begitu bernafsu untuk menggauli mereka, malah ketika Nabi Luth menawarkan anak perempuannya (untuk mereka kahwini), lebih tepat untuk menjaga kesucian mereka, kaum tersebut menolak dan lebih memilih tetamu lelaki (malaikat) tersebut daripada anak perempuan Nabi Luth a.s. [Surah Hud 78:79]

“Ertinya, perilaku mereka memang menyimpang dan bertentangan dengan fitrah. Makanya dalam al-Quran perilaku mereka disebut dalam banyak istilah: fahisyah (Qs.29:28; munkar (Qs. 29:29); mufsid (merosak, Qs.29:30); musrif (terlalu, Qs.7:81, 51:32-34); mujrim (Qs.8:84); jahil (Qs.27:55).” – Ustaz Qosim Nursheha Dzulhadi

Firdause Jesfrydi
Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UNIMAS

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ismaweb.net.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • PUAK MUNAFIK LIBERAL ADALAH SYAITAN BERLIDAH BIAWAK

    Puak munafik liberal adalah syaitan lidah biawak (lidah bercabang) yang sentiasa memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memuaskan hawa nafsu serakah dan keinginan mereka sendiri yang keterlaluan dan melampaui batas dan memperdayakan, menipu dan menyesatkan umat Islam.

    Kita semua mengetahui puak munafik mendakwa dengan tegas (kononnya) mereka hanya menerima Al-Qur’an sebagai panduan hidup mereka dan mereka menolak Sunnah dan Syariah.

    Walaubagimanapun, tanpa merasa malu dan segan puak munafik liberal telah menggunakan dan memutarbelitkan maksud beberapa hadis untuk menghalalkan perempuan menjadi imam kepada jemaah lelaki dan menghalalkan homoseksual yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    Kebodohan, kedunguan dan kesesatan melampau puak munafik liberal menjadi semakin jelas apabila mereka menggunakan hadis yang bermaksud “Aku mencintaimu kerana Allah” untuk menghalalkan homoseksual yang telah dilaknat oleh Allah dan RasulNya.

    Puak keldai liberal ini jelas cuba menyamakan perkataan ‘cinta’ dengan perkatan ‘homoseksual’. Nampak sangat keldai liberal sangat terdesak mahu menipu umat Islam.

    Sebenarnya hadis itu bermaksud menggalakkan lelaki-lelaki Muslim menjaga hubungan persaudaraan Islam ( silaturahim ) sesama umat Islam kerana Allah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya !

    Rasulullah pernah bersabda:“Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka sungguh telah sempurna Imannya.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

    Ini bererti puak munafik liberal adalah pendusta yang amat hina dan sesat dan menyesatkan kerana mereka memutarbelitkan Al-Qur’an dan Sunnah untuk menghalalkan kemungkaran dan kesesatan.

    KESIMPULAN:

    Maka jelaslah puak munafik liberal adalah amat sesat dan menyesatkan dan mempunyai lidah biawak yang tidak boleh dipercayai dan mempromosi kebebasan melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan hak kebebasan individu konon !

    Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada kepada ajaran Islam dan bersatu menentang kafir harbi dan puak munafik liberal yang sedang berusaha melemahkan dan menghapuskan agama Islam dan umat Islam dari dalam.

    Sesungguhnya puak munafik liberal adalah lebih berbahaya berbanding dengan kafir harbi kerana mereka adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut untuk menghina dan memfitnah agama Islam dan menafikan hak umat Islam. Tanda akhir zaman.

    14/05/2017
  • PENDEDAHAN PEMBOHONGAN PUAK MUNAFIK LIBERAL

    (1) Seorang loyar buruk liberal telah membuat dakwaan (kononnya) perbuatan homoseksual tidak salah.

    Ulasan:

    Jika loyar buruk liberal tersebut boleh membuat dakwaan ‘perbuatan homoseksual tidak salah’, maka dengan menggunakan logik akal bodoh puak munafik liberal sendiri —> perbuatan menipu, mencuri, merompak, merogol, membunuh dll juga tidak salah.

    (2) Loyar buruk liberal tersebut telah memutarbelitkan kenyataannya sendiri untuk mengelirukan dan menipu umat Islam dengan membuat dua dakwaan yang bercanggah:

    (i) Tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadis yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual.

    (ii) Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadis hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.

    Fakta:

    (a) Undang-undang mendefinisikan liwat atau sodomi sebagai hubungan seks di luar tabii .

    (b) Undang-undang mendefinisikan homoseksual sebagai hubungan seks di antara dua orang yang mempunyai jantina yang sama.

    DBP pula mentafsirkan homoseksual sebagai orang yang cenderung atau tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sama jenis jantina dengannya terutamanya antara lelaki dengan lelaki (gay) dan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)

    Ini bererti homoseksual termasuk dalam istilah liwat atau sodomi kerana homoseksual adalah hubungan seks di luar tabii maka dakwaan (i) dan (ii) loyar buruk liberal tersebut sendiri adalah bertentangan di antara satu sama lain.

    Dakwaan-dakwaan (i) dan (ii) yang saling bercanggah ini jelas menunjukkan loyar buruk liberal itu telah berdusta kepada orang ramai.

    14/05/2017

Leave A Comment