Tok Lebai Janggut kata mahu tak mahu PAS kena cari regu. Soalnya siapa?

PADA 29 Rejab lalu, saya ada menimbulkan persoalan mengenai apakah PAS sudah bersedia memerintah negara selepas 63 kali bermuktamar.

Tok Lebai Janggut, dalam komen terhadap tulisan saya itu mengatakan “sebelum bercita2 nak perintah negara tolong congak berapa kerusi Parlimen yg boleh menang? PAS stand alone tentu confirm tak boleh. Mahu tak mahu kena cari regu. soalnya sape???”

Usah mencongak berapa negeri yang mampu ditawan. Cukupkah sekadar lima yang dicanangkan bagi membolehkan PAS melakukan perubahan di seluruh negara, khususnya undang-undang syariah di negeri, sedang enakmen Islam negeri juga tertakluk kepada undang-undang yang digubal pada peringkat Dewan Rakyat.

Jika tidak dapat menguasai Dewan Rakyat, usah diharap untuk boleh meninggikan undang-undang syariah negeri. Walaupun negeri berkuasa menggubal atau menguatkuasakan peraturan, tetapi hukuman bunuh atau potong tangan, tidak boleh dilaksanakan kerana ada hubungkait dengan undang-undang Persekutuan.

Lalu, apa ertinya jika PAS tidak mencongak kerusi yang mesti dimenangi pada peringkat Parlimen? Tidakkah PAS mahu memerintah negara? Kesempatan yang harus diambil dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan sebelum Jun tahun depan, untuk membolehkan undang-undang Islam ditinggikan melebihi undang-undang sivil ciptaan manusia.

Penulis akui, kedudukan PAS sekarang ini agak selesa. Kejayaan membentangkan RUU355 di Dewan Rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjadi senjata penting dalam mendapat sokongan majoriti umat Islam, yang kembali dahaga kepada sinar dan syiar Islam.

Namun, apa yang penulis perhati dan rasakan ialah PAS tidak mempunyai keyakinan untuk menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, sekali gus mengambilalih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) yang semakin korup dan membebankan rakyat di bawah Datuk Seri Najib Razak. Sebab itu, PAS membat kenyataan untuk menawan peringkat negeri sahaja.

Apa lagi, kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sememangnya tidak memihak kepada PAS. Lagipun BN sedang memberi tumpuan khusus di kedua-dua negeri itu. Harapan PAS hanya kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung, tetapi cukupkah atau yakinkah boleh menguasai majoriti kerusi di Semenanjung, jika PAS ‘stand alone’ sebagaimana kata Tok Lebai Janggut?

Walaupun, mempunyai beberapa parti yang bergabung dalam blok ketiga – Gagasan Sejahtera – parti-parti gabungan itu tidak dikenali sangat. Penentangannya tidak berbisa sebagaimana parti dalam blok kedua yang ditolak oleh PAS.

Dalam ruang politik sekarang, penulis melihat kekuatannya masih dimiliki BN yang merangkumi pelbagai parti kaum – Melayu (UMNO), Cina (MCA), India (MIC), Gerakan (campuran kaum), SUPP dan parti lain di Sabah dan Sarawak.

Kekuatan kedua dimiliki oleh pakatan harapan yang turut merangkumi pelbagai kaum iaitu Melayu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAN, manakala PKR dan DAP mempunyai keahlian campuran Melayu, Cina, India dan kaum lain. PAN dalam pakatan ini dilihat mewakili Islam dan mungkin calon mereka akan menang dengan sokongan sekutu DAP dan PKR, sebagaimana caon PAS menang pada PRU13.

Akhir sekali ialah kekuatan gagasan sejahtera yang hanya dianggotai bangsa Melayu sahaja – PAS, Ikatan dan Berjasa – manakala kaum lain yang bukan Islam hanya wujud sebagai penyokong melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Apakah, hanya dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang bakal dilancarkan PAS menjelang PRU14 nanti, atau hasrat membina sebuah negara yang mempunyai ciri keharmonian dan keadilan sosial; ketelusan dan kecekapan urustadbir; kemantapan dan kemapanan ekonomi; keberkesanan sistem pendidikan; kecemerlangan insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan – mampu memberi keyakinan kepada bukan Islam untuk mengundi calon PAS?

Begitu juga, hasrat PAS untuk terus berjuang dalam isu sosial dan kebajikan rakyat, terutama dalam menangani isu peluang kehidupan yang lebih terjamin kepada generasi muda yang tentunya nanti akan menggalas tanggungjawab pentadbiran negara ini kelak.

Atau penerusan penyediaan peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan untuk pendidikan, yang mahu ditekankan terhadap generasi anak muda, juga rakyat awam yang terjejas. Hal ini adalah besar dan rumit, kerana usaha itu dilakukan kerajaan sekarang secara berterusan. Tetapi Abdul Hadi yakin PAS akan memperjuangkannya menerusi lajnah-lajnah yang dipertanggungjawabkan.

Dan, dari suduh ekonomi PAS mahu mengubah minda rakyat Malaysia, supaya mengikut acuan Islam kerana acuan selain Islam untuk rakyat majoriti Islam seperti Malaysia akan berakhir dengan kegagalan. Memang diakui ekonomi Islam mampu membawa kebaikan, tetapi bagaimana untuk memastikan bukan Islam memahami kebaikan sistem ekonomi Islam.

Mengimbas PRU13 lalu, kemenangan PAS turut dipengaruhi tahaluf siyasi mereka dengan parti pembangkang lain, termasuk PKR dan DAP. Begitu juga dengan kemenangan PKR dan DAP yang turut dipengaruhi penyokong PAS, kecuali satu dua kawasan di mana orang PAS terpaksa bertanding atas tiket PKR, menyebabkan calon BN menang.

Dan, jika ditelusuri ucapan Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, hari ini, seakan-akan PAS akan berdiri sendiri dalam gagasan sejahtera untuk berdepan PRU14.

Keputusan telah dibuat, sebagaimana diumumkan Abdul Hadi hari ini, bahawa PAS menolak kerjasama dengan Bersatu pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PAS juga enggan bekerjasama dengan DAP yang disifatkannya sebagai parti rasis, cauvinis dan penentang kuat Islam di Malaysia.

Manakala, nasib tahaluf siyasi dengan PKR, yang sekarang ini kukuh dalam pentadbiran Selangor, masih diawang-awangan. Tetapi, jika berdasarkan ucapan-ucapan dalam muktamar kali ini, tahaluf siyasi kedua-duanya berada di hujung tanduk.

Lebih parah dan pedih, apabila ada perwakilan mengibaratkan tindakan PKR terhadap PAS sejak kebelakangan ini seperti pengkhianatan Bani Quraidzah terhadap Nabi Muhammad SAW, pada Perang Ahzab.

Namun, segala-galanya diserahkan kepada Majlis Syura PAS untuk menentukan tahaluf siyasi itu. Semangat muda PAS mungkin patah kerana mereka adalah pendesak utama untuk PAS menceraikan PKR, bukan dengan talak satu tapi tiga.

Apapun, jika PAS ‘stand alone’ mereka akan berdepan saingan tiga penjuru, yang dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk mengekalkan pemerintahan.

Akhir kalam, penulis petik kata-kata Tok Lebai Janggut:

“…mahu tak mahu kena cari regu. soalnya sape???”

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Sudahkah PAS bersedia memerintah negara sesudah 63 kali bermuktamar?

7 thoughts on “Tok Lebai Janggut kata mahu tak mahu PAS kena cari regu. Soalnya siapa?

  1. Parti Islam PAS pernah menyertai Barisan dan Pakatan untuk kebaikan agama Islam dan umat Islam dan rakyat negara ini tetapi kebaikan PAS telah dibalas dengan pengkhianatan dan tikam belakang oleh Barisan dan Pakatan yang telah dan sedang berusaha untuk melemahkan atau menghapuskan PAS kerana matlamat perjuangan PAS ialah memartabatkan dan memperkasakan agama Islam dan hak umat Islam dan hak rakyat.

    Selama ini, musuh-musuh PAS telah mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah, menghina dan memburuk-burukkan ulama Islam dan PAS supaya orang ramai membenci PAS dan ulama Islam dan menentang agama Islam. Sehingga hari ini musuh-musuh PAS masih gagal menunjukkan sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaan karut mereka terhadap PAS.

    Semua ini telah menjadi pengajaran kepada PAS untuk bertindak lebih berhati-hati dalam memilih sekutu kerana umat Islam tidak akan memasukkan tangan ke dalam lubang ular yang sama untuk dipatuk berulang kali.

    Sesungguhnya di zaman moden ini terdapat banyak ular kafir harbi dan ular munafik yang sentiasa mencari kelemahan umat Islam untuk memusnahkan agama Islam.

    Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat juga terpaksa berjuang bersendirian menentang puak kafir harbi dan puak munafik yang menyerang Madinah. Dan sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT dan RasulNya.

  2. Kita telah melihat dengan jelas bagaimana parti kafir harbi dan parti munafik liberal dan NGO dan media massa mereka telah dan sedang menghina, memfitnah, memburuk-burukkan agama Islam dan menindas hak umat Islam di negara ini.

    Sebuah parti kafir harbi roket telah berjaya memerintah sebuah negeri dan akibatnya berpuluh kampung Melayu @ umat Islam telah dirobohkan dalam proses penghapusan etnik dan rejim kafir harbi roket ini berani campurtangan dalam proses membuat fatwa dll.

    Cuba bayangkan apa akan berlaku kepada negara ini jika parti kafir harbi dan parti munafik liberal berjaya memerintah negara ini. Musuh-musuh Islam akan membuat pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, menindas agama Islam dan menghapuskan hak umat Islam termasuk hak orang Melayu secara terbuka.

    Dan kita telah menyaksikan KERAJAAN SOTONG TELAH :

    (1) GAGAL membela agama Islam dan hak umat Islam,

    (2) GAGAL mengambil tindakan yang tegas ke atas puak kafir dan puak munafik liberal yang telah menghina dan memfitnah agama Islam dan menafikan dan menindas hak umat Islam,

    (3) GAGAL mengharamkan persatuan pelampau hindu hindraf. Bahkan pemimpin hindraf telah dibebaskan dan jawatan timbalan menteri diberi kepada seorang pemimpin hindraf. Sekarang hindraf sedang menghasut permusuhan di antara umat Islam dan penganut hindu.

    Sebagai rakyat majoriti (65%) negara ini, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Pusat yang boleh melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

    Marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi dan parti munafik liberal dalam Pakatan dan Barisan dalam PRU14 kerana mereka amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Jika mereka kalah dalam PRU14, mereka tidak akan mampu untuk bangkit untuk menentang dan menghina agama Islam dan umat Islam.

    Ingatlah Allah dan RasulNya amat melarang umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:

    Wahai orang-orang yang beriman! JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi PEMIMPINMU/PENOLONGMU ; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Al-Maaidah 5:57

    “Wahaiorang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?”An-Nisaa’ : 144.

    Malangnya terdapat segelintir orang Melayu atau segelintir umat Islam yang menjadi pengkhianat @ munafik dengan menentang perintah Allah dan RasulNya dan mahu menyerahkan jawatan ‘perdana menteri’ kepada orang-orang kafir.

  3. Mengapa pelampau hindu bebas menghina umat Islam @ kaum Melayu di negara ini?

    Mengapa kerajaan sotong takut pada pelampau hindu? Mengapa kerajaan sotong gagal mengharamkan hindraf? Bahkan kerajaan sotong pernah memberikan jawatan timbalan menteri kepada pemimpin pelampau hindu !

    https://www.youtube.com/watch?v=8EzuKSfIdSk

  4. PAS WAJIB JAUHKAN DARI MEMBUAT PAKATAN DGN PARTI PARTI KAFIR HARBI, MUNAFIK LIBERAL SOSIALIS DAN PENGKIANAT PADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA , KITA PATUT CONTOHI TURKI, PEMILIHAN GEBENOR JAKARTA.

  5. PAS sekurang kurangnya sedar diaorang tak kuat.
    Tak kisah la parti apa pun…selagi dapat sokongan majoriti, selagi itulah dia akan menang. Ini kan demokrasi.

  6. pas terutama hadi awang kena taubat nasuha, mengucap semula sebab bila kata umno kafir kawan dgn mca, mic.. lepas tu pas pula kawan dgn dap sdangkan dap tu pun ada yg kapir.. benarlah kata2 nabi muhammad saw.. bila kafirkan org tapi org tu tak kafir maka kafir tu kembali kepada org yg kata.. pas kalah teruk kali ni.. jgn bangga dgn kemenangan bawa ruu355 ke parlimen sbb umno pun akan guna isu tu .. umno pun kata akan sokong ruu 355 demi islam…dalam sentimen umat islam nak ruu355 tu dilulus di parlimen, umno akan kata kalau nak ruu355 dilulus kena pastikan calon umno menang..

  7. Kita mencabar bako @ kuzai @ Tentera Kacang Merah @ Red Beans Army menunjukkan sebarang ‘bukti kukuh’ untuk menyokong dakwaan kononnya pas terutama hadi awang kena taubat nasuha, mengucap semula sebab bila kata umno kafir kawan dgn mca, mic.. !

    Nampaknya balaci-balaci ternakan DA-Pig sangat terdesak mencipta pelbagai dakwaan karut yang tidak berasas untuk memfitnah PAS dan TGHH.

    Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *