Klip video bongkar kekejaman askar rejim al-Sisi bunuh orang awam

Klip video yang bocor menunjukkan anggota tentera menembak orang tidak bersenjata secara dekat.

ISTANBUL, 25 Rejab 1438H, Sabtu – Tentera rejim Abdel Fattah al-Sisi dituduh melakukan kekejaman ke atas orang awam, apabila sewenang-wenangnya membunuh mereka, tanpa melalui perbicaraan.

Perbuatan itu terbongkar menerusi satu klip video yang bocor dan disiarkan televisyen pro Ikhwanul Muslimin berpangkalan di Turki – Mekameleen TV – yang turut menunjukkan kejadian itu seolah-olah berlaku ketika pertempuran, namun rakaman berkenaan jelas satu pembunuhan.

Klip video itu yang disiarkan secara online oleh Mekameleen semalam, menunjukkan dua lelaki ditembak mati di kepala oleh askar beruniform.

Dalam video itu, seorang remaja lelaki yang ditutup mata disoal secara agresif oleh anggota tentera yang bertanyakan sama ada dia adalah anggota keluarga Abu Sanana.

Apabila dia menjawab ‘tidak’ dan memberitahu bahawa dia dari al-Awabadah, mereka kemudian bertanya di mana datuknya tinggal sebelum memaksa dia duduk dan membuka penutup matanya.

Salah seorang anggota tentera itu kemudian menembaknya di kepala.

Seorang anggota tentera menjerit supaya tembakan tidak hanya dilakukan di kepala. Seorang lagi askar kemudian menembak badan remaja itu.

Bagaimanapun, media antarabangsa gagal mengesahkan klip video berkenaan kerana rejim al-Sisi mengharamkan wartawan membuat laporan dan liputan kejadian yang berlaku di Semenanjung Sinai.

Peguam hak asasi manusia, Ahmed Mefreh berkata, pembunuhan itu adalah tertakluk kepada jenayah perang.

“Dalam video itu kita dapat melihat pembunuhan orang yang tidak bersenjata oleh anggota tentera beruniform. Mereka ditembak secara terus.

“Undang-undang antarabangsa jelas mengkategorikan perbuatan itu sebagai jenayah perang yang perlu disiasat,” katanya.

هكذا يتم قتل المصريين في سيناء بدم بارد بيد الجيش المصري ثم يع…

بالشرح والتوضيح .. هكذا يتم قتل المصريين في سيناء بدم بارد بيد الجيش المصري ثم يعلن المتحدث العسكري مقتلهم في اشتباكات هائلة وسط اطلاق نار مكثف#بلاش_الدماغHamza Zawba د /حمزة زوبع#تسريب_سيناء#مكملين

Posted by ‎قناة مكملين – الصفحـة الرسمية‎ on 20hb April 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *