EXCO Johor terlibat rasuah letak jawatan

JOHOR BAHRU, 24 Rejab 1438H, Jumaat – EXCO Johor, Datuk Abd Latif Bandi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, semalam

Beliau menyatakan perlepasan jawatan berkenaan dalam satu kenyataan rasmi kepada pihak media.

Abd Latiff bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu, susulan siasatan terhadap skandal rasuah hartanah di Johor sebelum ditahan SPRM pada 9 Mac bagi membantu siasatan.

Pada 10 Mac lalu, dia direman tujuh hari sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000.

SPRM dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM serta Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kelmarin, Abd Latif bersama-sama seorang perunding hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membabitkan rasuah bernilai lebih RM30.3 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *