DAP suka kalau Melayu ‘mabuk’, mudah dijadikan pengikut syaitan

BEBERAPA hari lalu, sekali lagi dua personaliti Melayu dalam parti rasis dan cauvinis DAP, menjadi tumpuan, apabila beberapa keping gambar intim yang mirip mereka ketika ‘clubbing’ tersebar secara meluas di media sosial, khususnya di kalangan kader-kader politik Barisan Nasional (BN).

Dilaporkan gambar yang tersebar itu menunjukkan kemesraan di luar batasan dan dilarang agama Islam serta budaya Melayu membabitkan kedua-duanya – Zairil anak lelaki kepada Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Kabinet Malaysia; dan Dyana Sofya Mohd Daud – setiausaha politik pemimpin rasis dan cauvinis, Lim Kit Siang – adalah gambar terbaru yang menjadi viral.

Empat keping gambar terbaru itu, yang turut menjadi fokus media arus perdana penyokong BN, menunjukkan kedua-duanya begitu intim duduk dalam kelab yang cahayanya samar-samar, sambil minum, berbual dan ada kalanya bercumbu.

Pedang tak pasti apa yang diminum kedua-duanya, tetapi gelas yang dipegang oleh ‘Dyana Sofya’ dalam gambar itu adalah gelas wine (arak diperbuat daripada perahan anggur yang diadun, dicampur alkohol dan diperam).

Dalam kelab house, kelab malam atau disko – gelas yang digunakan itu bukan untuk minum air limau, sirap atau teh O air. Mereka ada gelas-gelas tertentu untuk pelbagai jenis minuman. Arak itu gelas itu, arak ini gelas ini, arak jenis ini gelasnya besar, arak jenis itu gelasnya kecil, arak jenis itu ada gelas yang dinyalakan api di atasnya sebelum diminum. Dan, banyak lagi, termasuk gelas yang dipegang oleh Dyana Sofia adalah gelas untuk wine.

Tergelak juga Pedang baca salah satu tulisan seorang blogger yang membuat ‘caption’ bagi keempat-empat keping gambar yang tersebar itu.

Gambar ditulisnya:

1. DYANA SOFYA MINUM SIRAP LIMAU;

2. DYANA SOFYA TERCEKIK BIJI LIMAU. MINTA BANTUAN ZAIRIL;

3. ZAIRIL MENGGUNAKAN TEKNIK CPR UNTUK MENGELUARKAN BIJI LIMAU;

4. DYANA SOFYA SELAMAT.

Apapun, Dyana Sofya tidak mengiya atau menafikan ‘adengan’ mereka berdua. Kecuali, Zairil yang dilaporkan menafikan dia adalah individu dalam gambar itu, Dyana Sofya dalam kenyataan di Facebooknya mengatakan “No matter who is in the photos or videos in which I allegedly feature, these are major privacy intrusions into that person’s life.”

Memang betullah, itu adalah urusan peribadi seseorang. Sama seperti yang diperjuangkan oleh puak liberal lain yang tidak suka pihak berkuasa agama Islam membanteras kemungkaran, termasuk khalwat, berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram dalam bilik. Bagi mereka berkhalwat dalam bilik tidak mengapa.

Tapi, Zairil dan Dyana Sofya kena ingat. Kita orang Islam. Apa yang dilakukan oleh wanita dan lelaki mirip mereka berdua dalam gambar itu adalah haram – wajib dibanteras.

Lagipun, Zairil dan Dyana Sofya sebagaimana Pedang kata tadi, adalah personaliti, yang kononnya mahu menunjukkan contoh teladan yang baik sama ada pertuturan atau perbuatan, kepada masyarakat. Bukannya “I tell you to do and not what I do”.

Zairil dan Dyana Sofya jika benar melakukan perbuatan seperti yang diviralkan itu, wajarlah bertaubat. Kita orang Islam. Usia masih muda, darah masih panas. Lebih elok jika berkahwin. Walaupun, Zairil sudah ada isteri, tak salah kahwin lagi untuk mengelak perbuatan terlarang.

Zairil dan Dyana Sofya juga perlu cermin diri sejauh manakah mereka memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam di bumi tercinta ini apabila menyertai parti berasaskan kaum Cina yang berusaha menyamaratakan semua kaum di Malaysia. Memang tidak dinafikan pemimpin yang korup akan membawa kerosakan kepada sesuatu bangsa.

Rakyat Malaysia cerdik, tetapi malang kerana dipimpin oleh orang bodoh yang tidak serik membuat kesalahan. Tapi, Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis itu jangan pula rasa diri mereka cerdik, sedangkan mereka sebenarnya bodoh.

Hala tuju dan agenda perjuangan DAP jelas bertentangan dengan agenda hidup seorang muslim yang mahu melihat Islam sentiasa berada di atas mengatasi yang lain. Mereka antara penentang kuat usaha memartabatkan Islam, mengangkat hukum Allah supaya lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia.

Hanya Melayu bangsat sahaja yang mahu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain. Hanya Melayu bangsat saja yang mahu melihat hak keistimewaan bangsa sendiri dihapuskan. Hanya Melayu bangsat saja yang sanggup melihat anak bangsa ditindas. Hanya Melayu bangsat saja yang menyertai DAP.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Lalu, Zairil dan Dyana Sofya yang juga seorang peguam patut mengambil tindakan undang-undang menangani perkara itu. DAP sendiri sudah lepas tangan mengenai gambar-gambar itu dan klip video yang tersebar.

Klip video ini Pedang ambil dari laporan disiarkan startv.com

Kata Pedang: DAP lebih disukainya jika Melayu terus hanyut, mabuk, bergelumang dosa. Biar Melayu mabuk itu lupa diri, agama, bangsa dan negara. Mudahlah bagi mereka menanam racun syaitan.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

4 thoughts on “DAP suka kalau Melayu ‘mabuk’, mudah dijadikan pengikut syaitan

  1. Kita memang mengetahui parti kafir harbi seperti parti roket amat menghina dan memusuhi agama Islam, menentang ajaran Islam, undang-undag Syariah dan ulama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam wlalapun umat Islam adalah rakyat majoriti (65%) di negara ini.

    Golongan munafik liberal yang mendakwa diri mereka kononnya beragama ‘Islam’ bersekutu, besekongkol dan bekerjasama dengan parti kafir harbi seperti parti roket menghina dan menentang ajaran Islam dan undang-undang Syariah dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam dan undang-undag Syariah.

    Maka tidak hairanlah golongan munafik liberal sesat ini berlagak sombong dan bongkak dan hidup bergelumang dengan dosa-dosa besar dan melakukan kemungkaran dan kesesatan tanpa merasa malu dan segan.

    Parti kafir harbi seperti parti roket telah memberikan mereka tugas melemahkan dan memusnah agama Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

    Marilah kita semua umat Islam bersatau padu kembali kepada ajaran Islam dan menentang kafir harbi dan puak munafik liberal ini sesuai dengan tahap penentangan mereka terhadap agama Islam dan umat Islam.

  2. Kafir harbi dan puak munafik liberal dalam Pakatan dan Barisan telah dan sedang menghina dan menentang dan berusaha menghapuskan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%).

    Di antara caranya ialah memperkenalkan dan mempromosi aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral untuk meruntuhkan akhlak umat Islam ! Maka kita tidak merasa hairan melihat sebilangan besar drama dalam tv tempatan mengandungi mesej Islamophobia dan mendewa-dewakan cara hidup Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. dan watak-watak yang berkelakuan dan bertutur kasar dan biadap!

    Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam dan menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 dan memulaukan dan menolak semua calon dan parti kafir harbi, liberal dan sekular kerana puak kafir harbi, liberal dan sekular tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *