Berapa banyak bom Amerika gugurkan sepanjang tahun 2016?

MENGIKUT satu kajian dan statistik yang dikeluarkan oleh laman CFR (Council on Foreign Relations), sepanjang tahun 2016 sebanyak 26,172 bom telah digugurkan oleh Amerika Syarikat. Dengan majoritinya (24,287) di Syria dan Iraq sahaja.

Baru-baru ini dunia dikejutkan apabila Amerika Syarikat melancarkan MOAB “Mother of all bombs” ibu segala bom di Afghanistan, yang dipercai menurut sumber BBC berjaya membunuh seramai 36 orang militan Daesh.

Bom itu dipercayai sebagai bom bukan nuklear yang sangat besar kesan letupannya, seberat 21,600 pound.

Pada 8 April yang lepas, sehari sebelum Trump mengadakan perjumpaan bersama Xi Jinping, beliau telah mengeluarkan arahan ke atas 2 kapal perang Amerika Syarikat di laut Mediteranean, USS Ross dan USS Porter, untuk menembak 59 peluru berpandu Tomahawk ke Syria.

Mengikut satu analisis yang dikeluarkan Al Jazeera, Trump sebenarnya hanya mengikut arahan melalui penasihat-penasihat perangnya, seperti Mattis, McMaster dan juga Kelly yang mengawal polisi keselamatan nasional Amerika Syarikat.

Jika dilihat kepada senario kegilaan yang bakal dilakukan Trump. Kita menjangkakan senario yang lebih teruk akan berlaku di Timur Tengah, dengan pertembungan yang tidak berkesudahan atas alasan untuk memerangi militan Daesh dan objektif untuk mengukuhkan kuasa Israel di rantau tersebut.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Artikel ini diambil dari laman web Focus.my

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ismaweb.net.

3 thoughts on “Berapa banyak bom Amerika gugurkan sepanjang tahun 2016?

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak!

    As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Tak ki-sah ber-ju-ta a-tau-pun ber-bil-lion. U-mat Is-lam pu-nya mis-sile la-gi ba-nyak di lan-car-kan ke-pa-da syai-tan2 yang meng-go-da me-re-ka. Se-mo-ga Al-lah s.w.t me-nun-juk-kan hi-da-yah-nya ke-pa-da me-re-ka. Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum.

  2. REJIM AMERIKA SYARIKAT (AS) ADALAH KETUA PENGGANAS ANTARABANGSA

    Rejim AS telah melakukan perlbagai bentuk jenayah perang terhadap manusia dan alam sekitar di seluruh dunia dengan mencipta pelbagai alasan karut dan pembohongan untuk menghalalkan campurtangan AS dalam hal ehwal negara asing dan tentera AS menyerang dan memusnahkan negara-negara yang lemah, mencederakan dan membunuh orang awam dan memusnahkan sasaran awam seperti sekolah, hospital, pasar, rumah awam, masjid dll dan memusnahkan infrastruktur seperti jalanraya, jalan kereta api, jambatan, pusat bekalan air, pusat penjana elektrik dll.

    Angkatan tentera Amerika telah menggunakan senjata konvensional dan senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction – WMD) untuk mencederakan dan membunuh ramai orang awam dan memusnahkan sasaran awam dan infrastruktur dan alam sekitar pada skala besar. Akibatnya berjuta-juta orang kafir dan umat Islam yang tidak bersalah tercedera, cacat , lumpuh atau terbunuh dan menjadi miskin atau papa.

    Agensi Perisikan Pusat (CIA) pula diberikan tugas merisik, melemahkan dan menggulingkan kerajaan-kerajaan demokratik yang enggan menjadi boneka AS dengan menyusup masuk dan menggunakan NGO-NGO dan parti politik, menyebarkan khabar angin dan merasuah pemimpin politik parti politik dan pemimpin tentera dan polis negara asing.

    Kerajaan yang digulingkan akan digantikan dengan boneka AS. CIA juga memainkan peranan menipu pilihanraya dengan tujuan untuk menentukan boneka AS kekal berkuasa selagi khidmat boneka itu masih diperlukan oleh AS.

    Sebilangan NGO dan parti politik di negara ini telah didakwa atau mengaku telah atau sedang mendapat bantuan dan sokongan moral, kewangan, workshop, khidmat nasihat , latihan dll dari proksi-proksi CIA yang berpusat di AS bertujuan untuk menukar kerajaan yang sedia ada dan menentang ajaran Islam dan hak umat Islam.

    Rejim AS, tentera AS dan CIA juga telah membentuk dan melatih pasukan pengganas dan pasukan separa tentera di seluruh dunia seperti di Amerika Latin, Timur Tengah dan bahagian selatan Afrika. Mereka juga memberikan sokongan dan bantuan kepada sebilangan rejim autoritarian (authoritarian regimes) yang telah menggunakan keganasan sebagai alat menindas rakyat.

    Sebagai contoh, Rejim AS, tentera AS dan CIA telah memberikan senjata, latihan dan sokongan kewangan dan logistik kepada pasukan pengganas Contra di negara Nicaragua yang menggunakan taktik pengganas untuk menggulingkan kerajaan Nicaragua dari 1981 hingga 1991.

    Rejim AS, tentera AS dan CIA juga telah membentuk dan melatih pasukan-pasukan pembunuh (Death squad) untuk menyiksa dan membunuh rakyat yang menentang boneka AS.

    Sebagai contoh, tentera AS telah membentuk dan melatih skuad pembunuh seperti ‘Briged Serigala’ (Wolf Brigade) komando polis Kementerian Dalam Negeri Iraq dan ‘Komando Polis Khas Iraq’ ( Iraqi Special Police Commandos) untuk menyiksa dan membunuh rakyat Iraq yang menentang penjajahan AS ke atas Iraq dan boneka AS. Skuad pembunuh ini telah dilatih oleh Kolonel James Steele (USA) yang merupakan seorang penjenayah perang untuk melakukan menyiksa dan membunuh orang awam dan penentang kerajaan boneka AS.

    CIA juga telah terlibat dalam pengedaran dadah merentasi sempadan di Afghanistan, Segi Tiga Emas, Mena Arkansas ( USA), Mexico, Honduras, Nicaragua, Panama dan Venezuela untuk mendapatkan wang untuk membiayai operasi rahsia CIA di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *