Batu karang saiz buah tembikai dalam pundi kencing

NEW DELHI, 22 Rejab 1438H, Khamis – Pengalaman untuk pakar perubatan di India apabila melakukan pembedahan terhadap seorang pesakit yang batu karang di pundi kencingnya sebesar buah tembikai.

Pakar bedah di Hospital Sri Sainath itu terpaksa menggunakan alat untuk mengumpil keluar batu karang berkenaan.

Maheshbhai Rasikbhai Patel, 49, dilaporkan mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian perutnya dan dimasukkan ke hospital.

Namun, doktor terkejut apabila menemui batu berukuran 11.5 sentimeter di dalam pundi kencingnya yang mengambil masa satu jam setengah untuk dikeluarkan.

Video yang diambil ketika pembedahan menunjukkan pasukan doktor berusaha mengeluarkan batu itu menggunakan pelbagai peralatan sehingga berjaya mengumpilnya keluar.

Pakar bedah, Dr Dhirubhai C Patel berkata, pesakit tidak mempunyai sakit kronik.

“Antara sebab pembentukan itu berlaku akibat paras kalsium yang tinggi dan aliran air kencing yang tidak teratur. Batu karang biasanya kecil tetapi yang ini betul-betul besar,” katanya.

Batu seberat 1.4 kilogram (kg) itu mengalahkan rekod batu seberat 1.22kg dikeluarkan daripada abdomen seorang pesakit kanser pada 2010. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *