Amaran buat Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu

Dengaq sini, aku nak habaq mai!

“Tiada paksaan dalam Islam…..” maksudnya tiada mana-mana orang bukan Muslim atau kafir yang boleh dipaksa untuk menganut Islam. Mereka boleh pilih, nak masuk Islam atau nak kekal dengan agama asal. Sekuat mana pun kuasa kita, kita tidak boleh paksa.

Namun, setelah menganuti Islam, tidak boleh suka-suka hati nak keluar daripada Islam, nak murtad tak tentu hala. Betullah apostasy is not applicable in Islam, not among Muslims.

Ini ajaran Islam. Tertulis jelas. Tiba-tiba Siti Kasim meroyan tak tentu pasal mempersoalkan ni dah kenapa?

Aduiiii memang bikin panas betul.

Seorang lagi ni buat hal jugak. Tak pasal-pasal mempersoalkan laungan azan oleh masjid dan surau perlu mendapat kebenaran penduduk.

Kalau di negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi atau agama majoriti, bolehlah nak letakkan peraturan sebegitu. Logiklah juga dari segi manusiawi.

Malaysia ini negara Islam. Majoriti rakyatnya adalah Muslim. Orang bukan Islam di Malaysia ini tak pertikai hal ini, hang orang Islam pula kecoh-kecoh bagai ni apekehenyer?

Saya tinggal di Australia hampir 8 tahun pun boleh nak melaungkan azan di surau universiti, terutama semasa solat Jumaat dibenarkan menggunakan mikrofon dan speaker sehingga satu bangunan yang ada cafe, computer lab dan sebagainya boleh dengar, tak ada masalah. Tiba-tiba di Malaysia sebuah negara Islam yang sudah sejak dari dulu tak ada apa-apa masalah melaungkan azan, hari ini hang mempersoalkan perlu minta izin penduduk pula? Hang pasaipa?

Inilah masalahnya apabila agama Islam diambil sedikit-sedikit bahagian yang dia suka sahaja. Yang dia tak suka, dia buang-buang ke dalam tong sampah.

Sudahlah ambil sikit, yang sikit itu pula dicarik-carik, dikoyak-koyak dan dipotong-potong lagi sebab nak sesuaikan dengan nafsu manusiawinya.

Selepas itu ditokok-tambah pula dengan logik akal dan kebodohan sendiri supaya sesuai dengan nafsu dan kemahuan tersendiri.

Contohnya wanita perlu bertudung, dikatakan tudung itu budaya Arab (wanita Arab sahaja perlu menutup kepala).

Inilah golongan LIBERAL yang tak sudah-sudah nak menghancurkan Islam sedangkan mereka juga adalah orang Islam sendiri. Nak re-interpret Islam dengan cara menggunakan logik akal mentafsir al-Qur’an dan hadis, tanpa ada pengetahuan dan ilmu yang jelas tentang Islam.

Inilah dua contoh muslim liberal yang makin mendapat nama, pengaruh dan tempat dalam masyarakat Muslim di Malaysia: Siti Kasim dan Azira Aziz. Main ikut sedap sahaja nak ‘buat agama baru’ dengan menafsirkan Islam dengan logik diri sendiri dan mengikut nafsu.

Siti Kasim inilah yang telah mempersoalkan KeEsaan Allah. Kalau tak pernah tahu, boleh Google dan baca. Contoh: http://www.astroawani.com/…/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-s…

Azira Aziz pula merupakan salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, tiba-tiba mengecohkan keadaan dengan mempertikaikan laungan azan. Boleh Google baca. Contoh: https://www.menara.my/azan-5x-sehari-surau-masjid-mesti-da…/

Kenapa saya tulis post ini?

Mai sini nak habaq mai, nak suruh kenal dua perempuan ni.

Supaya masyarakat kita KENAL siapa ‘musuh dalam selimut’ yang ada di Malaysia kita ini. Mereka dan geng-geng liberal mereka sudah tolak selimut dah, sudah tunjuk muka dah, sudah rasa kuat dan berpengaruh dah, sudah rasa besar, mereka nak mencabar segala macam perkara berkaitan Islam.

Jadi, kita kenal mereka dan KITA perlu bersatu membanteras golongan-golongan ini.

Jangan bagi mereka rasa mereka kuat dan boleh buat sesuka hati untuk kucar-kacirkan pemikiran orang Islam di Malaysia.

Biar mereka tahu kita lebih kuat daripada mereka untuk mempertahankan agama Islam ini.

Jom sama-sama kenalpasti mereka dan sama-sama kecam apa yang mereka sedang lakukan.

Dan jom sama-sama kita doa minta Allah SWT beri hidayah dan petunjuk supaya mereka mendalami agama Islam yang benar.

Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu-sekutu, aku nak pesan hang jangan nak berdegil mahu memutar-belitkan Islam dan masyarakat Muslim lagi dan memporak-perandakan situasi, Allah SWT itu lebih hebat daripada hang.

Jangan dok ingat mudah-mudah nak perdayakan masyarakat dengan pemikiran pelik hang tu. Hang jangan ingat hang buat perangai kami akan berdiam diri. Kami akan lawan balik.

Hang ingat hang boleh menang ka? Aku pelangkung kang. Tak payah nak confident sangatlah, confirm hang kalah punya!

Ingat! Kalau tak tahu atau tak faham, kita boleh bimbing. Tetapi kalau sengaja buat tak faham dan mengajak orang lain menjadi buat-buat tak faham juga, kita marahlah.

Dr Syahr Musafir
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR

Sumber: https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10154289602660736:0

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

2 thoughts on “Amaran buat Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu

  1. Penganut-penganut dan pemimpin liberal adalah pesakit mental yang berusaha memfitnah, menghina, menentang dan memusnahkan agama Islam dan menyesatkan umat Islam dengan pelbagai tipu daya seperti kebebasan untuk melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad. Sebagai contoh:

    (1) Seorang penganut liberal yang terkenal dengan jari tengahnya mendakwa Tuhan ‘yang berkemungkinan diciptakan oleh ‘sesuatu’……Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif.

    Dakwaan di atas memang tidak logik dan tidak masuk akal manusia yang normal sebab mustahil bagi manusia yang maha lemah untuk menghasilkan ‘Tuhan’ yang Maha Berkuasa dll.

    Jika manusia yang menghasilkan ‘Tuhan’ maka siapa pula yang mencipta manusia? Lihatlah betapa dungunya puak liberal yang menyesatkan diri mereka sendiri.

    Maka jelaslah puak liberal adalah sesat dan menyesatkan kerana cuba menyamakan ‘Tuhan’ dengan benda-benda ciptaan sedangkan kita semua tahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Pencipta Yang Maha Agung dan Allah tidak sama dengan hamba-hambaNya !

    (2) Seorang lagi penganut liberal telah menghina agama Islam dan umat Islam dan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan apabila dia cuba memaksa umat Islam meminta kebenaran orang-orang kafir untuk menyiarkan azan.

    Selepas ini, puak munafik liberal ini akan memaksa umat Islam meminta kebenaran orang kafir untuk berwuduk, bersolat 5 waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadhan, berbuka puasa dan bersahur, membayar dan menerima zakat, khutbah Jumaat dan khutbah hari raya, menutup aurat, menyambut hari raya, menziarahi saudara mara, membaca Al-Qur’an, menunauikan fardhu haji dan umrah, akad nikah, melakukan korban dll.

    Persoalannya ialah sejak bila orang kafir redha dengan agama Islam dan menghormati hak umat Islam?

    Allah dan RasulNya telah memberitahu kita umat Islam bahawa orang kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Al-Baqarah 2:120

    (3) Terdapat seorang badut liberal yang jahil telah melantik dirinya sendiri menjadi seorang ‘Islamologist’ dan mentafsir Al-Qur’an semata-mata berpandukan kejahilan dan hawa nafsu serakahnya sendiri sehinggakan dia berani mendesak solat Jumaat diadakan pada hari sabtu dan menolak Sunnah Rasulullah!

    Bagaimana boleh dia mendakwa dirinya beragama Islam sedangkan dia sendiri menolak semua Sunnah Rasulullah yang bererti dia tidak mempercayai Rasulullah? Selepas ini mungkin dia dan kaum liberalnya akan membuang Al-Qur’an kerana Al-Qur’an disampaikan kepada manusia melalui Rasulullah.

    (4) Puak liberal ini menjadikan tokoh-tokoh sesat dan menyesatkan seperti Amina Wadud sebagai idola pujaan dan ikutan mereka.

    Amina Wadud telah melakukan pelbagai tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti menyampaikan khutbah Jumaat dalam bulan Ogos 1994, menjadi imam solat Jumaat kepada jemaah lelaki dan perempuan yang bercampur aduk dan seorang perempuan yang bernama Suheyla El-Attar meneriakkan azan pada 18 March 2005. Walaupun Sheikh Yusuf Al-Qaradawi telah mengkritik tindakan Amina Wadud tersebut, Amina Wadud tetap berdegil meneruskan amalan yang bercanggah dengan agama Islam.

    Maka jelaslah puak liberal adalah munafik yang sesat dan menyesatkan ini sedang berusaha untuk menyesatkan umat Islam dan melemahkan atau memusnahkan agama Islam dari dalam.

    Bahkan kejahatan, kesesatan, keburukan dan kezaliman puak munafik liberal menjadi semakin jelas apabila mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti untuk mengamalkan ajaran Islam.

    Umat Islam mesti bersatu padu membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan kerajaan sepatutnya mendakwa puak liberal yang sesat dan menyesatkan ini di mahkamah kerana puaklibral ini adalah lebih merbahaya dari kafir harbi !

  2. Kalau hangpa ingat hangpa ja yang boleh cakap atas nama islam, silap la. Hangpa pon manusia jugak, sama mcm depa. Aiyyooo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *