Agama baru sang liberal

SEJAK kebelakangan ini, pihak pendokong dan penyokong idealogi liberalisme cuba membawa pembaharuan dalam pemikiran masyarakat. Ya, mereka merupakan di kalangan kaum Muslimin, tetapi menuduh kononnya cara pemikiran sedia ada masyarakat yang berasaskan tradisi Islam sudah tidak lagi relevan.

Mereka sebenarnya hanya membawa sebuah agama atau kepercayaan baru. Iaitu agama yang menjadikan nafsu dan akal sebagai Tuhan. Memang benar mereka tidak memanggil nafsu atau akal mereka sebagai “Tuhan”, tetapi iktikad dan tindakan mereka jelas membuktikan mereka memisahkan Al Quran dan Sunnah dari fakulti pemikiran dan tindakan mereka.

Antara laungan-laungan yang digembar gemburkan adalah,

” Saya ada versi Islam saya sendiri”
” Siapa yang mencipta Tuhan”
” Azan tidak sepatutnya dilaungkan dalam jarak yang hampir dengan kawasan perumahan, ia perlu ada jarak yang jauh supaya tidak menganggu ketenteraman penduduk”
” Bahawa sebenarnya mereka yang tidak berpuas hati dengan mereka yang makan di ruang awam adalah mereka yang sebenar-benarnya tidak berpuasa”
( sabda riwayat maryam tak puasa)
” Tiada bukti 100 sebatan itu effektif”
” Golongan ulama disifatkan sebagai paderi, Nabi Muhammad saw tidak patut dimuliakan dan rambut bukan aurat”

Mereka cuba untuk menggantikan agama Islam dan syariat Islam dengan kerangka agama dan undang-undang yang baru.

Mereka menolak mufti, ulama’ serta asatizah. Mereka menolak metodologi ilmuwan silam sedangkan mereka yang disebut Rasulallah sebagai generasi yang menerima petunjuk (salafussoleh). Mereka mengangkat orang-orang yang tidak bertauliah sebagai ulama’, padahal mereka tiada kredibiliti.

Mereka berani mengeluarkan fatwa dan hukum yang mengelirukan masyarakat. Di samping itu menjadikan beberapa dalil Al Quran dan Hadith sebagai kosmetik untuk merasionalkan tindakan mereka.

Agama baru yang cuba dibawa ini amat merbahaya dan boleh menggugat akidah, kepercayaan dan amalan orang Islam serta merosakkan pemikiran generasi muda. Apatah lagi di zaman serba mencabar, generasi muda semakin seronok bermudah-mudah dengan agama.

Tujuan mereka adalah untuk melahirkan generasi Muslim yang sekular, yang menjadikan agama Islam sekadar ritual ibadat peribadi dan bukannya sebagai sistem yang menjaga keseluruhan aspek kehidupan.

Bahkan tujuan mereka adalah untuk merencatkan iman generasi Muslim supaya menjadi plural, iaitu tidak kisah untuk campur adukkan hak hakimiyyah Allah dengan Tuhan-Tuhan lain. Bahkan tiada perasaan ghirrah (cemburu) dan izzah (mulia) dalam beragama. Baginya semua agama sama.

Allah swt telah berfirman yang bermaksud,

“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …”

[Surah Al-Maaidah: 3]

“Dan telah sempurna kalimat Rabb-mu (Al-Qur-an), (sebagai kalimat) yang benar dan adil …”

[Surah Al-An’aam: 115]

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, mereka memiliki pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”

(QS. Al Ahzab : 36)

“Katakanlah : “Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?Yaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya”

(Surah Al Kahfi : 103-104)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku mandahului dan menanti kamu di telaga. Barang siapa yang melewatiku niscaya dia minum. Dan barang siapa yang minum niscaya dia tidak akan haus selama-lamanya. Sesungguhnya sekelompok orang akan mendatangiku, aku mengenal mereka, dan mereka mengenalku, kemudian dihalangi antara aku dengan mereka, maka aku berkata, “Sesungguhnya mereka dari pengikutku”. Tetapi di jawab, “Sesungguhnya engkau tidak mengetahui hal-hal baru yang mereka ada-adakan setelahmu.” Maka aku (Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) berkata,“Celaka! Celaka bagi orang-orang yang merubah agama setelahku.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Jelas daripada ayat-ayat di atas tentang sempurna dan lengkapnya risalah agama langit yang Allah turunkan wahyu pada haji wada’ dengan ayat 3 surat Al-Maidah (yang juga sebagai wahyu terakhir turun) mengharuskan seluruh manusia tunduk pada Islam. Semua syariat yang terdahulu dengan sendirinya terbatal. Dan, tidak akan ada lagi syariat baru sesudah risalah yang dibawa Nabi Muhammad saw. Risalah dan kenabian telah ditutup dengan diutusnya Nabi Muhammad saw.

Maka dengan itu, berwaspadalah dan peka dengan agama baru yang cuba dibawa oleh pihak-pihak liberal yang sesat ini demi masa depan Umat Islam dan generasi yang akan datang.

Didik dan tanamlah ilmu agama yang benar dan perkuatkan serta persiapkan para Muslimah kita yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi hadapan agar mampu mentarbiyah anak-anak mereka dengan akidah yang mantap, akhlak yang baik, ibadah yang benar dan mampu memimpin umat kelak.

Dr Norzila Baharin
Ahli Jawatankuasa Pusat Isma
Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

2 thoughts on “Agama baru sang liberal

  1. KAFIR HARBI DAN PUAK MUNAFIK LIBERAL ADALAH MUSUH ISLAM YANG NYATA

    Puak kafir harbi dan munafik liberal mempunyai persamaan kerana mereka bersatu hati ‘menyembah’ nafsu serakah dan kepalsuan sebagai ‘tuhan’ dan menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam, undang-undang Syariah dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti untuk mengamalkan ajaran Islam dan undang-undang Syariah di negara ini.

    Secara umumnya terdapat tiga bidang penting dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran puak munafik liberal untuk menyesatkan umat Islam:

    (i) liberalisasi bidang aqidah, dengan penyebaran pluralisme agama,

    (ii) liberalisasi bidang syariah, dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan

    (iii) liberalisasi konsep wahyu bertujuan untuk menyalahtafsirkan Al-Qur’an .

    Ini bererti:

    (1) Puak kafir harbi dan munafik liberal telah campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan umat Islam,

    (2) Puak kafir harbi dan munafik liberal mempunyai lidah biawak (lidah bercabang) kerana mereka mendakwa mereka memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi pada masa yang sama mereka menghina, memaki hamun dan memfitnah pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik, ulama Islam, mufti dll kerana pendakwah Islam, ulama Islam, mufti dll mempunyai pendapat yang berbeza dengan pendapat puak kafir harbi dan munafik liberal.

    (3) Puak kafir harbi dan munafik liberal bersikap hipokrit, prejudis dan double standard apabila mereka cuba melaksanakan proses sekularisasi dan liberalisi ke atas negara ini tetapi pada masa yang sama mereka menentang hak umat Islam melaksanakan proses Islamisasi.

    Ini bererti puak kafir harbi dan munafik liberal bersikap diktator dengan memaksa umat Islam menerima ideologi-ideologi buatan manusia seperti sekularisme (mengasingkan agama Islam dari kehidupan dunia), liberalisme (kebebasan untuk melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad) , pluralisme (mengiktiraf semua agama adalah sama) dll yang amat bertentangan dengan agama Islam.

    (4) Puak kafir harbi dan munafik liberal adalah pendusta kerana mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang hak kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka dan media massa mereka sibuk memfitnah, menghina dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    (5) Puak kafir harbi dan munafik liberal berusaha menghakis atau menghapuskan kedudukan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan dan hak orang Melayu sebagai umat Islam yang bererti puak kafir harbi dan munafik liberal telah menghina Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) , Perkara 153 dll dan melanggar kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh moyang puak kafir harbi dan munafik liberal.

    (6) Puak kafir harbi dan munafik liberal adalah manusia yang tidak bermoral dan tidak bertamadun kerana mereka mempromosi:

    (i) liberalisme di kalangan umat Islam supaya umat Islam bebas melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang halangan,

    (ii) sekularisme yang mengasingkan agama Islam dari kehidupan dunia.

    dan

    (iii) pluralisme yang menganggap semua agama adalah sama.

    Islam menentang semua ideologi buatan manusia seperti liberalisme, sekularisme dan pluralisme kerana ideologi buatan manusia ini adalah sesat dan menyesatkan.

    Islam berusaha menjadikan umat Islam sebagai umat yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi sedangkan liberalisme menggalakkan kemungkaran, kesesatan dan murtad yang menukarkan taraf manusia kepada taraf syaitan dan haiwan.

    Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia supaya manusia hidup mulia, sejahtera, bahagia, aman dan bebas dari kezaliman, penindasan dll maka Islam menolak sekularisme yang menggalakkan matlamat yang menghalalkan cara.

    Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa hanya Islam satu-satunya agama yang diredhai dan diiktiraf oleh Allah SWT:

    Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li’Imraan 3:85)

    …….Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…….. Al-Maaidah 5:3

    (7) Puak kafir harbi dan munafik liberal bersikap perkauman , cauvinis dan menentang prinsip demokrasi kerana mereka menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.

    (8) Puak kafir harbi dan munafik liberal telah dan sedang menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah institusi Islam seperti jabatan agama Islam, mahkamah Syariah dll . Sebagai contoh mereka telah menghina mahkamah Syariah dengan menggunakan mahkamah sivil untuk mencabar keputusan mahkamah Syariah.

    (9) Puak kafir harbi dan munafik liberal bersikap hipokrit, prejudis dan double standard apabila mereka bebas campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan umat Islam tetapi pada masa yang sama mereka tidak membenarkan umat Islam campurtangan dalam hal ehwal agama kafir walaupun menulis tentang seekor lembu di India.

    (10) Puak munafik liberal adalah sesat dan menyesatkan kerana mereka :

    (i) menghasut orang ramai menolak Sunnah Rasulullah sedangkan agama Islam adalah berlandaskan dan berasaskan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Fakta: Sunnah menjelaskan maksud Al-Qur’an maka tanpa Sunnah, manusia akan mengalami kesukaran untuk memahami maksud yang yang tersurat dan tersirat dalam Al-Qur’an.

    (ii) mentafsir Al-Qur’an berdasakan kejahilan dan hawa nafsu serakah mereka sendiri.

    (iii) menolak semua tafsiran Al-Qur’an yang telah dibuat oleh ulama-ulama Islam yang terdahulu dan membuat tafsiran baru yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    (iv) berusaha menghalalkan yang haram seperti zina, arak, judi, LGBTQ, murtad dll dan mengharamkan yang halal seperti poligami dll.

    Kesimpulan:

    (1) Puak kafir dan munafik tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al-Baqarah 2:120)

    (2) Allah dan RasulNya amat melarang umat Islam dari melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin bagi umat Islam.

    Menjadikan orang kafir dan puak munafik sebagai pemimpin bagi umat Islam bererti menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW serta Ijma’ ulama Islam.

    Memilih orang kafir sebagai pemimpin umat Islam bererti memberi peluang kepada orang kafir untuk menindas agama Islam dan umat Islam dengan kuasa politiknya.

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” An-Nisaa’ : 144.

  2. RAJA RAZMAN BIN RAJA ABU BAKAR

    LIBERALISME ADALAH PINTU KEPADA KESYIRIKAN DAN KEKUFURAN!
    JAUHKAN DIRI DARIPADA FAHAMAN SONGSANG DURJANA INI!

    ‘PRIBUMI PERKASA NEGARA’

    ‘ISLAM MELAYU RAJA’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *