a
Terkini
15/12/2017, 8:47 am

Islam agama negara mesti dipertahan


SARANAN seorang tokoh anti-hadis, yang mahu kedudukan Islam sebagai agama negara dibuang daripada Perlembagaan melalui artikel bertajuk ‘Governments have no business meddling in Islam” adalah satu seruan yang tidak patut keluar dari minda seorang Muslim dan sudah tentu menggembirakan golongan sekularis dan liberalis.

Menurut beliau, perlembagaan perlu diubah, status agama persekutuan perlu dibuang. Sesebuah kerajaan mesti adil, sesuatu negara tak memiliki agama, hanya manusia yang ada agama.

Fahaman begini bukanlah pandangan yang baru dalam dunia Islam sendiri bahkan ia adalah mengulang semula terhadap apa yang digagaskan oleh beberapa tokoh di negara Islam sebelum ini. Lahir daripada jiwa kerdil yang tidak berasa mulia (izzah) dengan Islam dan tidak mengimani Islam sebagai cara hidup termasuklah kemampuan Islam memimpin sebuah negara dengan sistem-sistem kenegaraannya. Pandangan yang sangat terkesan dengan gagasan kemajuan yang diburu mesti menanggalkan ataupun melonggarkan ikatan agama dalam kehidupan.

Ali Abd al-Raziq didalam bukunya berjudul al-Islām wa Uṣūl al-Ḥukm pada tahun 1925, menegaskan bahawa tiada hubungan antara Islam dengan politik, kerana itu agama dan negara patut dipisahkan. Hujah-hujah beliau antaranya Rasulullah adalah pemimpin spiritual semata-mata di mana Baginda tidak mendirikan negara bahkan Islam tidak membentuk sistem politik tertentu, oleh kerana itu sistem apapun boleh diterima termasuklah sistem komunis manakala Khilafah hanyalah sistem pemerintahan sivil seperti biasa, tiada unsur keagamaan. Sistem khilafah menimbulkan banyak masalah dan menjadi punca kezaliman dan kemunduran umat Islam.

Seorang tokoh pemikir Islam Muhammad ‘Imarah menolak pandangan ini dan mengatakan ia adalah suatu hal yang tidak pernah dikatakan oleh seorang sarjana Muslim sepanjang sejarah Islam. Pandangan ini didorong oleh fikiran yang keliru dan ilmu yang cetek tentang Islam, kerana beliau tidak dapat melihat perbezaan antara Islam dan Kristian dalam melihat hubungan antara agama dan negara.

Justeru itu Imarah menegaskan: “Islamisasi politik dan negara serta tamadun pada umumnya secara pemikiran dan keilmuan bukan hanya suatu pilihan manusiawi bahkan lebih dari itu ia adalah suatu perintah Tuhan, tugas Ilahi, dan kewajipan agama tidak sah keimanan seseorang yang mengingkarinya…kerana pengurusan tamadun duniawi inilah yang akan menterjemahkan pembalasan di akhirat kelak”.

Terlebih awal daripada itu Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegaskan: “Sesungguhnya kerajaan itu penting bagi pengurusan dunia, dan keteraturan dunia penting bagi keteraturan agama, dan keteraturan agama adalah bagi kemenangan dengan kebahagiaan di akhirat”.

Ini menunjukkan bahawa Islam tidak pernah memisahkan antara agama dengan dunia, atau dunia dengan akhirat. Justeru adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan pengurusan dunia yang baik, dan hanya apabila pemerintahan yang baik dapat dilaksanakan maka kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat terjamin.

Imam al-Ghazali juga menegaskan bahawa ”negara dan agama adalah saudara kembar, agama adalah asas sedangkan kuasa adalah penjaga, sesuatu yang tidak memiliki asas akan hancur dan sesuatu yang tidak memiliki penjaga akan hilang.

Dalam tradisi pemerintahan Kerajaan Melayu, ulama dijadikan penasihat penting untuk memastikan pemerintahan tidak terkeluar dari landasan syarak. Raja Ali Haji telah menulis karya-karya naṣīḥat al-mulūk untuk menjadi panduan yang berguna kepada mereka dalam memimpin negara dan mengurus rakyat.

Islam memerlukan sebuah negara agar dapat dilaksanakan segala peraturannya termasuk bernegara, berekonomi, berbudaya dan segala aktiviti hidup. Rasulullah SAW membuktikannya dengan penubuhan Negara Islam Madinah.

Kita sebagai umat Islam di negara ini sangat bertuah kerana diberi “modal asas” oleh Allah untuk membuktikan kesungguhan kita berusaha mendaulatkan Islam dalam kehidupan apabila termaktub di dalam perlembagaan negara Islam adalah agama persekutuan.

Sepatutnya ia sebagai landasan kukuh untuk melebar luaskan cara hidup Islam sebagai rahmat kepada alam (rahmatan lil alamin) termasuk kepada orang bukan Islam di negara ini kerana tiada satu bukti pun penindasan kepada bukan Islam apabila mereka hidup di bawah sistem Islam.

Kalaupun berlaku kelemahan di dalam melaksanakan peraturan-peraturan berkaitan umat Islam di negara ini tidaklah ia mewakili bahawa seluruh sistem Islam itu tidak diperlukan di negara ini ataupun mahupun ia perlu dihapuskan. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Ustaz Zamri Hashim
Yang Dipertua Isma Cawangan Ipoh

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Saya ada terjumpa hadis berikut…sekadar panduan & renungan untuk kita semua, insyaallah:

    Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (Hadis Riwayat Muslim)

    03/05/2017
  • PERJUANGAN KITA MELINDUNGI PERKARA 3(1) ISLAM ADALAH AGAMA BAGI NEGARA MALAYSIA

    Kita bersetuju bahawa Islam sebagai agama negara Malaysia (perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan) mesti dipertahan oleh umat Islam kerana agama Islam menjamin dan menghormati keadilan sosial dan hak asasi dan kebajikan rakyat.

    Umat Islam yang ikhlas mempunyai atau menunjukkan iltizam ( ko­mitmen) terhadap agama Islam akan berusaha untuk mendapatkan rahmat, keberkatan dan keselamatan dari Allah dengan mengamalkan nilai-nilai moral yang tinggi yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah setiap masa dalam kehidupan mereka .

    Mereka tidak akan menyimpang dari kebenaran, keikhlasan, kesederhanaan, hormat-menghormati dan penyayang – secara ringkas, akhlak yang baik. Itulah sebabnya masyarakat dan negara yang mengamalkan nilai-nilai moral dalam al-Quran dan Sunnah akan menikmati faedah yang diingini oleh semua orang iaitu keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan semua rakyat.

    NEGARA PINCANG TANPA AGAMA ISLAM

    Negara tanpa agama Islam akan menjadi negara yang tidak bermoral kerana berpegang pada hedonisme, kronisme, falsafah matlamat menghalalkan cara dan undang-undang rimba di mana orang yang lemah akan menjadi mangsa orang-orang yang kuat, berpegaruh, berkuasa dll.

    Adalah mustahil bagi rakyat dan pemimpin yang tidak bermoral untuk membentuk negara dan kerajaan yang bermoral tinggi dan menghormati hak asasi rakyat dan keadilan sosial dll.

    LEPAS DARI MULUT BUAYA MASUK KEDALAM KE DALAM MULUT BUAYA

    Jika rakyat dan kerajaan menolak agama Islam, pelbagai bentuk bala akan menimpa rakyat dan negara.

    Kezaliman dan penindasan ke atas rakyat yang lemah oleh pihak berkuasa akan mendorong rakyat yang tertindas mencetuskan revolusi seperti Revolusi Perancis (5 Mei 1789–9 November 1799) di mana rakyat telah menggulingkan monarki dan menubuhkan sebuah republik yang mengalami tempoh keganasan dan kegawatan politik, dan akhirnya berakhir dengan pemerintahan diktator.

    KEJAHATAN DAN KEZALIMAN KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL

    Hanya puak kafir harbi dan puak munafik liberal sahaja yang menentang perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Islam sebagai agama negara Malaysia kerana manusia-manusia yang tidak bermoral ini lebih suka melihat manusia yang berkuasa menindas manusia yang lemah dan manusia hidup bebas seperti haiwan dan bergelumang dalam kemungkaran dan kesesatan tanpa sebarang halangan.

    Puak kafir harbi dan puak munafik liberal lebih suka melihat manusia minum arak sehingga mabuk dan bergaduh dan membunuh, berzina sehingga mati kerana AIDs dll, berjudi sehingga muflis dan tidur di kaki lima dari melihat manusia yang memelihara diri mereka dari segala bentuk kemungkaran dan kesesatan.

    Mereka lebih suka melihat umat Islam murtad beramai-ramai menyembah berhala, salib, wang, manusia, ideologi buatan manusia dll dari melihat umat Islam berakhlak mulia berpegang teguh pada ajaran Islam dan undang-undang Syaria dan berjaya di dunia dan akhirat.

    Puak kafir harbi dan puak munafik liberal mahu menyerahkan jawatan perdana menteri kepada orang-orang kafir setelah melihat kejayaan parti kafir harbi DA-Pig memerintah sebuah negeri dan berjaya menghina agama Islam dengan campurtangan kafir harbi dalam proses membuat fatwa dan menindas dan menafikan hak umat Islam dengan melaksanakan penghapusan etnik seperti merobohkan berpuluh kampung orang Melayu @ umat Islam dan merobohkan gerai-gerai perniagaan orang Melayu @ umat Islam dll.

    Jika orang kafir menjadi perdana menteri dan berkuasa di negara ini, mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan Islam sebagai agama bagi persekutuan dan menghapuskan hak umat Islam di negara ini dll dan sebilangan dari mereka mahu menjadikan negara ini seperti negara Singapura di mana orang Melayu @ umat Islam ditindas dan hak mereka dinafikan !

    KEGAGALAN UMNO DAN BN

    Kegagalan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini menyebabkan kita hilang kepercayaan terhadap UMNO kerana UMNO sendiri terpaksa memohon kebenaran parti-parti kafir dalam BN untuk membentangkan pindaan RUU355.

    Adakah umat Islam dalam UMNO tidak merasa malu kerana terpaksa memohon kebenaran orang kafir untuk melaksanakan undnag-undang Syariah?

    Allah dan RasulNya telah memberitahu kita bahawa orang-orang kafir dan munafik tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam maka kita tidak merasa hairan parti-parti kafir dalam BN menentang niat UMNO untuk membentangkan pindaan RUU355. Ini seolah-olah bererti UMNO adalah parti yang lemah dan tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya.

    Bahkan sebilangan parti-parti kafir dalam BN pernah menghina, memfitnah atau menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%) untuk mengamalkan ajaran Islam (termasuklah undnang-undang Syariah) di negara ini.

    Kita juga melihat kerajaan BN pimpinan UMNO telah gagal mengambil tindakan tegas ke atas puak kafir harbi dan puak munafik liberal yang telah dan sedang menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini dan menghasut orang ramai menentang agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

    Kegagalan kerajaan BN ini telah menyebabkan puak kafir harbi seperti pelampau hindu hindraf dan munafik liberal dan media massa mereka menjadi terlalu berani campurtangan mencabar, menghina, memfitnah dan memburukkan agama Islam, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti , institusi Islam dan umat Islam secara terbuka di negara ini.

    APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI UMAT ISLAM DI NEGARA INI?

    Untuk menghalang rancangan puak kafir harbi dan puak munafik liberal, umat Islam mestilah kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam yang ikhlas membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

    Sesungguhnya Allah dan RasulNya amat melarang umat Islam dari melantik orang-orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin bagi umat Islam:

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” An-Nisaa’ : 144.

    Wahai orang-orang yang beriman! JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi PEMIMPIN/PENOLONG kamu; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Al-Maaidah 5:57

    Jika seorang muslim memilih pemimpin kafir, ini bererti dia telah menentang Allah Swt dan RasulNya yang telah melarang umat Islam memilih orang kafir sebagai pemimpin dan mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang mengharamkan memilih pemimpin kafir. Dan sikapnya tersebut telah membahayakan keimanannya dan juga membahayakan Islam dan umat Islam.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi, parti liberal dan parti sekular dalam Pakatan dan Barisan dalam PRU14 supaya musuh-musuh Islam tidak boleh bangkit untuk menghina dan menentang agama Islam dan umat Islam.

    04/05/2017

Leave A Comment