a
Terkini
14/12/2017, 2:51 am

Tragedi Yang Menunggu Masa Untuk Melanda

Racun liberalisme dan gerakan antiagama sedang menyerang tubuh badan, tapi umat masih leka dan lalai.

Apa lagi tuntutan mereka selepas ini?

Menolak Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja?

Membuang Islam sebagai Agama bagi Persekutuan?

Tidak menghairankan sekiranya itu juga merupakan antara matlamat utama mereka.

Ini kerana:

Sudah ada yang mencemuhkan dan fobia dengan Ramadan.

Sudah ada yang tanpa segan silu cuba mengarusperdanakan amalan kaum Nabi Lut.

Sudah ada yang berbangga dengan dakwaan Pencipta sekalian alam boleh wujud melalui getaran.

Sudah ramai Muslim mempertikaikan kewajaran Syari’at Allah dalam hidup mereka.

Sudah ramai yang menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak peribadi.

Pihak musuh faham bahawa muslihat ini tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam atau golongan kafir yang melakukannya. Maka strategi yang sudah terbukti keberkesanannya di pelosok lain dunia Islam pun digunakan – melalui suara, tulisan, desakan dan seruan dari kalangan umat Islam sendiri dan dari bangsa majoriti.

Dan juga dari media-media liberal berhaluan kiri yang sengaja diwujudkan dan didanai semata-mata untuk tujuan keji itu.

Kumpulan ini merupakan “anak-anak warisan” yang telah membesar dan membina pengaruh hasil dari acuan (sibghah) penjajah dalam pola/cara berfikir, pandangan hidup, ‘mindset’ dan pegangan nilai.

Sudah tentu mereka tidak akan menolak Islam secara terang-terangan. Mereka akan berpakaian, bertuturkata dan bertingkahlaku Islam sepertimana umat Islam yang lain. Akan tetapi pemikiran dan minda mereka sudah sebati dengan nilai-nilai Barat atau kedengkian tersembunyi terhadap unsur-unsur kedaulatan Islam dan kepertuanan bangsa (dalam kerangka Syara’).

Lebih membahayakan, mereka mendabik dada kononnya semuanya dilakukan demi kepentingan agama Islam dan mewakili citarasa umatnya!

Pihak musuh tidak perlu bersusah payah menjayakan perancangan mereka sekiranya jalan pintas ke arah itu boleh dicapai melalui tangan-tangan umat Islam sendiri!

Dan perangkap ini mengenai sasarannya, apabila umat Islam secara umumnya lalai dan leka sepanjang waktu dengan industri hiburan, persoalan makan minum harian, persengketaan sesama umat dan bangsa, kegelojohan politik yang tidak terpuaskan dan kesibukan-kesibukan remeh yang tidak berkesudahan.

Bangsa dan umat tidak lagi berfikir tentang penetapan agenda dan penentuan masadepan, atau muslihat dan kelicikan musuh atau bagaimana hak dan kepentingan mereka dihakis, dijarah, ditanggal dan dihilangkan sedikit demi sedikit dan satu demi satu secara perlahan dan halus.

Semua ini sedang berlaku di depan mata umat dan bangsa!

Lebih menyedihkan, malapetaka ini turut disumbangkan dengan segelintir umat yang tidak merasakan keadaan di atas sebagai satu musibah yang bakal menimpa umat Islam. Ada yang malah menyalahkan umat Islam lain sebagai kolot, memiliki iman yang nipis, tidak kuat pegangan akidah dan tidak bersikap dengan ’bersetuju untuk tidak bersetuju’.

Saya juga cuba untuk memahami bagaimana konsep Rahmatun Lil Alamin yang diperjuangkan oleh segelintir kumpulan NGO dan parti politik pragmatis boleh dijulang sebagai penyelesaian kepada semua permasalahan umat dan bangsa.

Paradoks dan kepelikan ini lebih ketara ketika mana menyaksikan bahawa kumpulan-kumpulan inilah yang lebih segera menyambut atau kadang-kadang bersama dan dalam banyak keadaan memilih untuk berdiam diri terhadap tindakan, kenyataan dan pendirian provokatif dan cabul gerombolan pendesak tersebut.

Sama ada mereka sedar atau tidak, apabila mereka bukan sebahagian dari penyelesai masalah, maka mereka sebenarnya telah menjadi sebahagian dari masalah.

Justeru, antara solusi praktikal dan berkesan yang boleh diambil oleh umat Islam adalah dengan tidak memberi peluang sedikitpun kepada mana-mana calon atau parti politik yang menyokong wawasan dan aspirasi kumpulan liberal-sekular, anti-Islam, rasis, cauvinis dan evangelis serta pemecahbelah ini memegang tampuk pemerintahan melalui kotak undi dalam pilihanraya umum nanti.

Penolakan umat terhadap kumpulan di atas perlu dilakukan serentak dengan penolakan dan pembongkaran agenda mana-mana kumpulan lain yang menjadi pendokong, pak turut, talibarut, proksi atau khadam suruhan kepada kumpulan pertama di atas.

Sementara itu, usaha untuk memberi kesedaran kepada umat tentang bahayanya agenda musuh perlu diteruskan, tokoh-tokoh penggerak mereka perlu dikenalpasti dan didedahkan disamping gesaan terus menerus kepada pihak berkuasa perlu dilakukan.

Agama Islam, bangsa dan tanahair perlu diselamatkan.

Umat yang beragenda perlu dibina kembali!

*********************************

Lukman Sheriff (https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10154234391182820) menulis:

Bila lagi kita hendak bersuara?

Marilah kita lihat apa yang berlaku baru2 ini;

1. RUU 355 bukan main susah nak diluluskan. Berbagai-bagai “scare mongering” alasan yang tidak relevan diutarakan.

2. RUU164 yang memberi kesan ke atas hak muallaf pula tiada bantahan.

3. Artikel 3 Perlembagaan di mana Islam “is the religion of federation” pula dicadang untuk dihapuskan.

4. Article 153 untuk kuota pendidikan Melayu dan lain lain juga dicadang dihapuskan.

Semua ini berlaku dalam sebulan lepas. Ini baru satu bulan.

Oh saudaraku! Kalau lah kita tidak mahu mempertahankan perkara di atas atau “make a stand“, biarkan sahajalah mahkamah syariah kita sampai bila-bila tahap mahkamah majistret; biarkan sahajalah undang-undang yang berat sebelah menafikan hak muallaf diluluskan; biarkan sahajalah negara kita menjadi sebuah negara sekular sepenuhnya dan jangan haraplah hendak memakai perkataan Allah merujuk kepada Allah SWT sahaja; dan biar sahajalah sekolah-sekolah MRSM dan asrama penuh ditutup. Ini adalah kesan kalau kita berdiam diri.

Begitu lah orang kita ni. Teringat Datuk Mustapha Ma Dayus dan daif sangat ke kita ni? Hak sendiri tak mahu dan malu mempertahankannya.

Mungkin ramai yang tidak faham tetapi kesemua yang ditentang oleh pihak kiri atau liberal adalah bertentangan dengan kompromi perlembagaan kita atau “our constitutional compromise“. Kompromi selalunya memerlukan “give and take“. Bukan beri beri beri satu pihak dan terima terima terima bagi satu lagi pihak.

Jadi kalau pun kita mahu menutup semua mrsm dan asrama penuh, sekurang-kurangnya kita perjuangkanlah “satu sekolah untuk semua”. “No more vernacular schools“. Ini sekurang-kurangnya membolehkan kesemua anak kita tak mengira ras bergaul dan memahami antara satu sama lain. Jikalau tidak, sekiranya ditutup MRSM, sekolah asrama dan sebagainya kelak, hanya orang Melayu sahajalah di sekolah kebangsaan. Ras lain masih di sekolah vernakular yang mempunyai prasarana lagi baik. Siapa yang rugi kesemuanya?

Jadi, kalau kita tidak mahu mempertahankan Artikel 153 dan berdiam atas penutupan semua MRSM dan sebagainya, sekurang-kurangnya pastikanlah kita semua “be in the same boat“.

Maaf ini bukan cara penulisan biasa saya. Tetapi semalam saya berdebat dengan pihak kiri. Satu mahukan perubahan kepada Artikel 153 sahaja. Satu peruntukan sahaja katanya. Yang lain pula mahu perubahan kepada satu peruntukan yang lain pula. Bila saya mahu sekalikan tuntutan, mereka tidak mahu pula. Mereka mahu ubah satu demi satu secara berasingan. Bukan nak selesaikan semua secara syumul. Ini sebenarnya tidak adil dan jujur. Kalau tidak prihatin akhirnya satu perubahan besar bagi satu belah pihak sahaja berlaku. No give and take.

Wahai saudaraku! Sudah masa ramai lagi perlu bersuara.

Mohd Luttfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • RANCANGAN JAHAT KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL DALAM PAKATAN DAN BARISAN TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM

    Kejahatan, kezaliman, kebiadapan, kebencian , provokasi , sikap perkauman, cauvinis penghinaan dan permusuhan puak kafir harbi dan puak munafik liberal menjadi semakin jelas apabila puak kafir harbi dan puak munafik liberal mempertikai dan berusaha menghakis dan menghapuskan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Islam sebagai agama persekutuan (Malaysia) , hak keistimewaan orang Melayu @ umat Islam dll.

    KONTRAK SOSIAL

    Tindakan permusuhan kafir harbi dan munafik liberal terhadap agama Islam dan umat Islam (termasuk kaum Melayu) bererti puak kafir harbi dan puak munafik liberal telah:

    (1) melanggar kontrak sosial yang menjamin kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu dll yang telah dipersetujui oleh moyang mereka sendiri,

    (2) dengan melakukan (1) , puak kafir harbi dan puak munafik liberal telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

    Apabila (1) dan (2) telah berlaku, sepatutnya puak kafir harbi dan puak munafik liberal berambus dari Malaysia dan berpindah ke mana-mana jajahan British atau negara asal moyang mereka !

    KEGAGALAN PIHAK BERKUASA

    Hari ini umat Islam yang menjadi rakyat majoriti (65%) di negara ini telah melihat bagaimana ahli politik yang beragama ‘Islam’ yang berkuasa dan pihak berkuasa telah gagal membela agama Islam dan hak umat Islam.

    Keenganan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kafir harbi dan munafik liberal yang telah menghina dan memusuhi agama Islam dan hak umat Islam yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah menjadi tanda tanya kepada umat Islam.

    Ini mendedahkan sikap sebenar sebilangan pemimpin politik Pakatan dan Barisan yang mendakwa diri mereka beragama ‘Islam’ seolah-olah mereka sedang bersekongkol dengan kafir harbi dan munafik liberal untuk menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

    Adakah sebilangan pemimpin politik Pakatan dan Barisan dan puak kafir harbi dan puak munafik liberal menjadi ahli persatuan (Freemason? Illuminati?) yang sama ?

    22/04/2017
  • PROVOKASI MUSUH ISLAM DAN KEGAGALAN PIHAK BERKUASA BOLEH MENCETUSKAN REVOLUSI

    Provokasi, penghinaan, penentangan dan campurtangan yang melampau oleh puak kafir harbi dan puak munafik liberal terhadap agama Islam dan umat Islam dan kegagalan pihak berkuasa bertindak tegas ke atas musuh-musuh Islam ini boleh menyebabkan umat Islam yang menjadi rakyat majoriti (65%) negara ini merasa sakit hati, tidak puas hati dan berdendam terhadap musuh Islam dan pihak berkuasa.

    Musuh-musuh Islam bersikap perkauman, cauvinis dan dungu kerana mereka sengaja melakukan penghinaan, permusuhan dan provokasi terhadap agama Islam dan umat Islam seolah-olah mereka mendesak umat Islam ke arah satu bentuk revolusi untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

    Nampaknya musuh Islam buta, pekak, bisu, lupa atau dungu tentang Peristiwa 13 Mei 1969 (Malaysia), Rusuhan Mei 1998 (Indonesia), penghapusan etnik kaum pendatang oleh Belanda tahun 1740 (Indonesia), Boat People 1978–79 (Vietnam) dll.

    Musuh Islam juga buta, pekak, bisu, lupa atau dungu tentang sejarah revolusi seperti Revolusi Perancis, Revolusi Iran, Revolusi Amerika Syarikat dll dan faktor-faktor yang boleh mencetuskan revolusi dan akibatnya.

    Terdapat kemungkinan musuh Islam tempatan sengaja mahu mencetuskan permusuhan dan rusuhan antara kaum di negara ini supaya kuasa luar yang menyokong, membiayai dan melatih musuh Islam tempatan boleh campurtangan dalam hal ehwal negara ini.

    BAGAIMANA KITA UMAT ISLAM BOLEH MEMBELA AGAMA ISLAM DAN HAK UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

    Kejayaan calon Muslim yang bernama Anies-Sandi dengan sokongan ulama Islam dan umat Islam mengalahkan si kafir harbi ‘Ahok’ yang telah menghina, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam Jakarta telah membuka mata dan minda umat Islam Indonesia dan Malaysia dan seluruh dunia.

    Kemenangan Anies-Sandi dengan sokongan ulama Islam dan umat Islam mengalahkan si kafir harbi ‘Ahok’ telah menjadi tamparan yang hebat bagi puak kafir harbi dan puak munafik liberal di Indonesia, Malaysia dan seluruh dunia sehinggakan musuh Islam mencipta fitnah baru kononnya umat Islam tidak bersikap demokratik, perkauman dll semata-mata untuk menyembunyikan kejahatan musuh Islam.

    Kemenangan Anies-Sandi membawa mesej bahawa umat Islam di Indonesia, Malaysia dan seluruh dunia mesti kembali kepada agama Islam dan bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam.

    Ini bererti semua umat Islam di malaysia mesti kembalai kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 dan memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi, parti liberal dan parti sekular kerana mereka amat memusuhi dan menentang Islam dan umat Islam.

    Jika semua parti kafir harbi, parti liberal dan parti sekular kalah dalam PRU14, musuh Islam akan kehilangan kuasa politik dan pengaruh maka mereka tidak mampu bangkit untuk menghina dan menentang agama Islam dan menindas umat Islam.

    22/04/2017
  • thesafezoneproject

    23/04/2017

Leave A Comment