Berita UtamaDunia

Pasukan perubatan beri amaran kes taun, denggi semakin merebak di Sudan

Angka sebenar lebih tinggi namun disembunyi berikutan mangsa dikebumi tanpa direkod

KHARTOUM, 12 Rabiulawal 1445H, Khamis – Pasukan perubatan Sudan memberi amaran kes taun dan demam denggi semakin merebak berikutan musim hujan dan kesan peperangan yang memberi impak kepada sistem kesihatan, lapor Reuters.

Kementerian Kesihatan Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 18 terkorban dan 265 terkesan dengan taun di negeri Al-Qadarif sejak hujung Ogos lalu.

Sementara itu, doktor merekodkan 3,398 kes demam denggi berlaku di seluruh negeri Al-Qadarif, Laut Merah, Kordofan Utara dan Khartoum sejak pertengahan April hingga 15 September lalu.

“Angka ini sebenarnya lebih rendah daripada kes yang sebenar berikutan ada pihak yang menyembunyikan kes dan mengebumikan mangsa tanpa merekodkan kematian berkenaan,” kata kenyataan berkenan.

Penduduk di Al-Qadarif, negeri yang bersempadan dengan Ethiopia, memberitahu Reuters bahawa demam denggi, malaria, taun dan cirit-birit telah merebak dan sebahagiannya disebabkan kekurangan saliran air, dan kemudahan kesihatan.

Terdapat puluhan serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan menyebabkan kebanyakan hospital di Khartoum telah dihentikan operasi perkhidmatan.

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 1,200 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat disyaki campak dan kekurangan zat makanan di kem pelarian di negeri White Nile di Sudan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button