a
Terkini
14/12/2017, 2:59 am

Pandikar rindu politik, sedia bertanding PRU

KOTA KINABALU, 24 Rejab 1438H, Jumaat – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengakui mempunyai pengalaman yang cukup untuk kembali dalam arena politik selepas sembilan tahun memimpin Dewan Rakyat.

“Saya rindu politik. Saya bukanlah masih muda tetapi tidak terlalu tua untuk bersara, saya bersedia daripada segi mental dan fizikal.

“Selama sembilan tahun di Dewan Rakyat mengajar saya banyak pengalaman, hujah-hujah yang tiada fakta serta urusan pentadbiran ada dalam pengalaman saya,” katanya ketika ditemui akhbar tempatan dalam pelancaran Program Jelajah Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, persoalan sama ada beliau bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen terletak kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment