a
Terkini
14/12/2017, 12:34 am

28 negara termasuk Turki, Russia sertai Forum OBOR di Beijing bulan depan


BEIJING, 22 Rejab 1438H, Khamis
– Lebih 28 negara dijangka akan menyertai Forum One Belt One Road (OBOR), di Beijing bulan depan.

Antara negara yang terlibat ialah Turki, Russia, Filipina, Indonesia,Vietnam dan lain-lain.

Dijadualkan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersama lebih 80 pemimpin pertubuhan antarabangsa, 100 pegawai menteri, serta 1,200 delegasi dari pelbagai negara dan wilayah akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan.

Pengarah Pembangunan Nasional dan Suruhanjaya Reformasi China, Wang Xiaotao berkata, Presiden negara itu, Xi Jinping akan membuka tirai majlis.

“Presiden Xi nanti akan membuka forum tersebut selaku tuan rumah pertemuan tingkat tinggi,” katanya.

Xi berkata, pertemuan kesemua negara ini sangat penting untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

“Kami berharap forum ini menguntungkan negara-negara peserta terutama dalam mewujudkan kesaksamaan,” katanya.

Obor digagaskan pada tahun 2013 untuk mewujudkan jaringan perdagangan dan infrastruktur yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika. Gagasan itu merupakan lanjutan dari program Jalan Sutera. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment