a
Terkini
12/12/2017, 10:15 pm

Ahok kalah pemilihan Gabenor Jakarta

JAKARTA, 22 Rejab 1438H, Rabu – Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, kalah dalam pilihan raya Gabenor Jakarta, kepada bekas Menteri Kabinet Indonesia, Anies Baswedan.

Sepuluh firma penyelidik yang melakukan pengiraan segera menunjukkan Anies – bekas Menteri Pendidikan Indonesia – memenangi antara 55 hingga 60 peratus undi, daripada 80 peratus undi yang telah dikira.

Ahok kini dibicarakan di mahkamah atas dakwaan menghina Islam kerana mendakwa lawannya mengguna ayat al-Quran untuk menipu pengundi.

Anies, seorang ahli politik muslim berpendidikan tinggi, memanfaatkan kempennya berikutan tindak balas masyarakat dan pemimpin agama terhadap Ahok.

Februari lalu, Ahok memenangi pusingan pertama pengundian, tetapi gagal memperoleh margin yang mencukupi untuk menghalang pemilihan pusingan kedua. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment