Undang-undang lebih berat dikenakan terhadap pemandu cuai

BATU PAHAT, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Kementerian Pengangkutan akan menyemak semula hukuman terhadap pemandu cuai yang menyebabkan kematian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz berkata, pihaknya bercadang untuk memperkenalkan undang-undang yang lebih berat dan setimpal terhadap pelaku.

Ia berikutan katanya, hukuman sedia ada tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Sudah beberapa kejadian pemandu cuai termasuk yang memandu melawan arus dilaporkan, terbaru minggu lalu di Pulau Pinang membabitkan pemandu remaja yang berada di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian pengguna lain dan ini adalah kesalahan yang amat serius.

“Kerajaan bimbang dengan peningkatan kemalangan maut akibat pemandu cuai sebegini dan satu langkah drastik termasuk pengenalan undang-undang lebih ketat perlu dilakukan sebagai pengajaran dan kesedaran awam.

“Pada masa ini, pemandu cuai yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian adalah satu kesalahan serius mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan boleh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) yang membawa hukuman penjara antara tiga dan 10 tahun dan denda antara RM8,000 dan RM20,000,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *