Tindakan Raja Bomoh malukan negara: KPN

MELAKA, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Polis akan memanggil Ibrahim Mat Zin atau ‘Raja Bomoh’ dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang didakwanya ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakarerkta, Raja Bomoh akan disiasat mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan akan menjejakinya sekiranya beliau enggan tampil.

“Tindakan dia (Ibrahim) memalukan negara dan bertentangan dengan prinsip Islam,” katanya.

Raja Bomoh dilaporkan kembali kontroversi selepas melakukan upacara ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman Korea Utara, berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Ibrahim mula dikenali selepas melakukan upacara mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 2014.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis giat mengesan Raja Bomoh ketika ini.

Katanya, tindakan Ibrahim adalah sekadar mahu meraih populariti dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan upacara perbomohan lelaki tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *