Serangan roket Gaza terhadap Israel cetus serangan balas

GAZA, 20 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Pejuang Palestin melancarkan roket ke selatan Israel, semalam, menyebabkan rejim Zionis melakukan serangan balas menggunakan kereta kebal, kata sumber kedua-dua pihak.

Sumber tentera rejim berkata, roket itu dilancarkan ke kawasan terbuka namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Keselamatan Palestin pula berkata, kereta kebal Israel menyasarkan pos pemerhati pemerintah Hamas, berhampiran Beit Lahiya di utara wilayah, berhampiran sempadan dengan Israel.

Bulan lalu, pesawat pejuang dan kereta kebal Israel membedil Gaza sebagai tindak balas kepada pelancaran roket yang sama, mengakibatkan fasiliti tentera Hamas goyah sehingga mencederakan empat rakyat Palestin, bagaimanapun tiada yang cedera parah.

Israel dan Hamas terbabit dalam tiga pertempuran sejak 2008.

Peluru berpandu dan roket dilancarkan secara berkala terhadap Israel, secara amnya oleh kumpulan Islam yang menentang Hamas.

Bagaimanapun, Israel tetap menganggap Hamas bertanggungjawab terhadap semua serangan roket dari Gaza tidak kira siapa yang melancarkannya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *