Romantika pasangan aktivis dakwah

Suami dan isteri yang menjadi aktivis di dalam organisasi dakwah mempunyai peranan yang hebat dalam pembangunan ummah. Ini kerana, mereka bukan sahaja hidup seperti masyarakat umum yang berlegar pada menguruskan kerjaya dan keluarga sahaja, bahkan perlu menguruskan hal-hal pembaikan (islah) masyarakat.

Oleh itu, suami dan isteri yang menjadi aktivis dakwah memerlukan usaha yang lebih dalam memastikan keharmonian rumahtangga, terutamanya dalam berkomunikasi antara satu sama lain.

Biasakan “pillow talk” atau sembang sangati antara suami isteri. Lazimkan perbincangan, dan bukan sekadar memaklumkan secara satu hala.

“Esok awak ada program apa2 tak?”
“Hujung minggu ni rancang nak buat apa?”
“Ada apa-apa boleh saya bantu”

Biasakan juga “moment” syahdu dan romantik seperti sang isteri meminta maaf kepada suami selepas waktu solat, ataupun sebelum keluar dari rumah untuk urusan pekerjaan atau urusan dakwah. Bahkan waktu sebelum tidur adalah yang paling sesuai untuk memohon kemaafan. Si suami juga perlu menurunkan ego dengan tidak turut meminta maaf atas khilaf.

Lafaz sang isteri :
“Saya minta maaf. Harap awak redha setiap langkah saya pergi daurah (atau kerja)”
“Saya minta izin nak keluar ke usrah. Urusan rumah saya dah selesaikan. Jika ada yang kurang saya minta ampun dari Allah dan minta maaf dari awak”
“Saya minta izin keluar rumah, jika ada yang tak kena harap awak nasihati saya”

Lafaz sang suami :
“Abang pergi dulu, jaga diri dan anak-anak ya.”
“Kalau ada yang tidak kena, jangan simpan dalam hati, kita bincang sama-sama”
“Lewat malam abang tiba, terima kasih sebab uruskan urusan abang pada hari ini”

Teringat kata-kata seorang tokoh wanita di dalam ISMA, Ustazah Norakhilah Baharin. Beliau menyatakan nikah, si isteri aktivis dakwah biasanya dijaga oleh ibu dan bapa menatang minyak yang penuh bahkan seekor nyamuk pun sukar menghinggap. Tapi bila sudah bernikah dengan si suami, si isteri perlu mempunyai tahap berdikari yang tinggi dan seolah-olah mengendalikan banyak hal secara sendiri. Mungkin dengan norma kebiasaan itu, meminta izin tidak dibudayakan di dalam keluarga.

Suami isteri perlu saling melengkapi. Apatah lagi dalam rumahtangga dakwah.
Isteri perlu memastikan komunikasi yang efektif berlaku dengan suami.
Suami perlu tingkatkan sensitiviti.
Suami dan isteri perlu memahami cara rasa dan fikir pasangannya, dan bukan sekadar ambil mudah dan berharap masing-masing berlapang dada.

Apa-apa pun, perlu sentiasa diingati ikrar semasa berkobar-kobar ingin membina rumahtangga dakwah dahulu. Buku “Di jalan dakwah aku menikah” dikhatam dan diidam-idamkan itu yang berlaku dalam rumahtangga. Kelestarian dan kesejahteraan rumahtangga jangan diambil mudah. Kelak urusan rumahtangga dan keluarga boleh menghambat kerja-kerja dakwah. Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berkeciciran.

Selamat bercinta hingga ke syurga dan selamat membuktikan cinta kepada Allah, Rasul serta risalah perjuangan Islam keseluruhannya.

Nadiatul Najiha Hamizi
Ketua Wanita ISMA Seri Iskandar

One thought on “Romantika pasangan aktivis dakwah

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak!

    As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Yang sen-tia-sa be-ra-da di ha-ti a-na. Ki-sah ro-man-tik Na-bi Mu-ham-mad s.a.w. Tak-da yang se-tan-ding ki-sah Na-bi2. Da-ri Na-bi A-dam a.s. hing-ga-lah Na-bi Mu-ham-mad a.s. Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *