Permohonan Maaf Bukan Satu Pembelaan Di Bawah Akta Hasutan

SETELAH  menghina Islam, kamu fikir boleh terlepas dengan sekadar meminta maaf?

Saya kurang mengerti bagaimana terdapat satu persepsi di kalangan pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi terhadap umat Islam atau sengaja menghina Islam bahawa perbuatan atau tindakan tersebut boleh dipadamkan atau dilupai begitu sahaja dengan kalimat: “Saya minta maaf”?

Ini bukan kali pertama dan lelaki ini bukan orang yang pertama berbuat demikian. Sebelum ini pun sudah terdapat banyak contoh perilaku dan perkataan buruk yang diucapkan oleh individu-individu bukan-Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam, tetapi “terlepas” begitu sahaja.

Kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat bukan satu lesen besar untuk menghina Islam atau melukakan hati umat Islam. Kes seperti ini adalah satu kesalahan yang terang-terang melanggar peruntukan Akta Hasutan.

Yang peliknya, tulisan menghina Islam datang dari seorang ahli politik pembangkang yang juga seorang peguam. Hujah rahmatun lil alamin, beliau seorang kafir yang belum di hidayah kan atau akaun telah digodam sudah basi.

Dalam sesuatu keadaan yang kritikal, satu pengajaran harus diberikan supaya tidak ada siapapun selepas ini yang boleh sesuka hati menulis atau mengeluarkan kata-kata celupar terhadap Islam. Umat Islam boleh menerima kritikan dan teguran tetapi kesabaran dan toleransi yang dimiliki ini bukanlah tanpa hadnya.

Umat Islam juga percaya bahawa satu cara yang dibenarkan undang-undang adalah dengan membuat laporan polis, dan untuk makluman semua, laporan polis sudahpun dibuat terhadap ahli politik pembangkang ini.

Sekiranya agama Islam bukan agama perdamaian, sudah tentulah negara akan kacau bilau dan insiden-insiden pertumpahan darah akan berlaku di sana-sini.

Ahli politik dan peguam seperti ini dan mereka yang seangkatan dengannya perlu mengikuti Kelas Asas Pengajian Islam sebagai satu hukuman tambahan. Ini bertujuan untuk mencuci otak yang bersarang dengan kejahilan dan kebencian.

Saya ingin cadangkan supaya kita wujudkan satu Kad Laporan Umum (General Score Board) untuk semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berhubung setiap tindakan, perbuatan, tulisan dan pendirian mereka (baik yang beragama Islam ataupun bukan Islam) sebagai satu kaedah untuk menilai prestasi mereka menjelang setiap Pilihanraya Umum.

Catatan-catatan seperti ini bolehlah kemudiannya dikumpulkan dan dijadikan satu rujukan umum tentang kualiti dan ciri-ciri pemimpin yang akan diberi mandat untuk mewakili kepentingan Islam dan umat Islam atau bagi mempastikan ahli-ahli Parlimen bukan Islam tidak memandang rendah kepada kemampuan umat Islam untuk mengajar dan mendisiplinkan mereka, (dalam lingkungan perundangan) sekiranya mereka melampaui batas.

Ini kerana pihak yang membuka jalan untuk pemimpin-pemimpin seumpama ini masuk ke Dewan Parlimen bukanlah kepandaian diri mereka sendiri, akan tetapi undi dari rakyat dan juga kepercayaan dari umat Islam.

Sementara itu, kita berharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kes ini, meneliti laporan polis yang telah difailkan dan mendakwa Ahli Parlimen Batu Uban dari PKR ini di mahkamah.

Sekadar meminta maaf sahaja tidak mencukupi.

Mohd Luttfi Bin Abdul Khalid

Artikel ini diambil dari Facebook Mohd Luttfi

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

One thought on “Permohonan Maaf Bukan Satu Pembelaan Di Bawah Akta Hasutan

  1. Kafir harbi telah berulang kali mempersendakan, menghina, memfitnah, memomok-momokkan, mempertikai, memusuhi dan menentang agama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam yang merupakan rakyat majoriti di negara ini.

    Tanpa merasa malu dan segan musuh-musuh Islam ini sibuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan umat Islam walaupun mereka tidak beragama Islam.

    Puak kafir harbi dan munafik liberal telah bekerjasama menghina, , memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi ajaran Islam, mufti, ulama dan pendakwah Islam, pihak berkuasa Islam.

    Dan sekarang musuh-musuh Islam ini bekerjasama menghina, , memfitnah, memburuk-burukkan dan menentang Hudud, Pindaan RUU 355 dan pendakwah Islam yang hebat dan termasyhur yang bernama Dr Zakir Naik.

    Dan kes yang terbaru ialah seorang kafir harbi telah sengaja menulis “Firstly Islam was never a religion of peace” untuk menghina agama Islam dan 20 juta umat Islam di negara ini ! Apabila penghinaan ke atas umat Islam telah menimbulkan kemarah umat Islam, si kafir harbi ini telah menulis “Saya minta maaf !

    Begitu mudah puak kafir harbi menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam secara terbuka kemudian mereka memohon maaf untuk mengelakkan diri dari kemarahan umat Islam dan tindakan undang-undang!

    Tindakan menghina Islam dan umat Islam kemudian si kafir harbi mohon maaf adalah samalah seperti satu kumpulan perompak yang telah merompak, merogol dan membunuh satu keluarga kemudian mereka memohon maaf supaya mereka tidak dihukum oleh pihak berkuasa !

    Semua penghinaan, fitnah dan permusuhan ke atas agama Islam dan umat Islam oleh puak kafir harbi dan puak munafik liberal jelas menunjukkan musuh-musuh Islam telah menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam, 20 juta umat Islam di Malaysia, sultan dan Yang DiPertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) Perkara 3(1) yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia).

    Mengapa puak kafir harbi ini terlampau bebas menghina , memfitnah dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini?

    (1) Adakah pihak berkuasa takut pada puak kafir harbi sehingga mereka membiarkan puak kafir harbi bebas menghina dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam?

    (2) Adakah umat Islam terutama sekali orang Melayu tidak mencintai Allah dan RasulNya sehinggakan mereka membiarkan puak kafir harbi bebas menghina dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam?

    (3) Adakah umat Islam di negara ini merupakan orang yang amat bersabar dengan kejahatan kafir harbi sehingga kafir harbi boleh memijak kepala mereka?

    Sikap hipokrit puak kafir harbi adalah sangat jelas apabila mereka mendabik dada kononnya merekalah ‘pembela’ kebebasan beragama sedangkan pada waktu yang sama mereka menghina, memusuhi dan menentang agama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.

    Puak kafir harbi bebas campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan menafikan hak umat Islam tetapi pada masa yang sama mereka dengan tegas tidak membenarkan umat Islam campurtangan dalam hal ehwal agama kafir. Maka jelaslah puak kafir harbi adalah hipokrit yang mempunyai lidah biawak dan tidak boleh dipercayai oleh umat Islam!

    Hanya manusia buta, pekak, bisu, buta dan dungu sahaja menyokong dan mengundi parti kafir harbi dan liberal. Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin umat Islam.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 supaya parti Islam boleh membela agama Isla dan hak umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *