‘Bukan debat budak-budak’: Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan debatnya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wacana dan bukan “debat budak-budak”.

Beliau menegaskan, debat yang dijadual diadakan pada 25 Mac ini bukan untuk menentukan siapa kalah atau menang.

“Mana ada (untuk tentukan siapa kalah atau menang) kerana saya difahamkan ia wacana.

“Oleh itu, tanya soalan, saya jawablah. Ini bukan debat budak-budak. Ini debat serius.

“Ini wacana, wa caya lu,” katanya dalam nada sinis kepada pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Pada 12 Mac lalu, Nazri mengesahkan debat dengan Dr Mahathir akan diadakan di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang, Sabtu ini.

Beliau dilaporkan berkata, debat itu akan merangkumi isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menegaskan penyertaannya tidak mewakili parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *