Beauty and The Beast: Proses normalisasi LGBT uji umat Islam Malaysia

BARU-baru ini kecoh dengan isu kartun Disney yang dikatakan mempunyai ‘gay moment’ dalam filem terbarunya iaitu ‘Beauty and The Beast’ sehinggakan diminta untuk babak tersebut dipotong oleh pihak berautoriti di Malaysia.

Namun begitu, Disney yang enggan bersetuju dengan syarat tersebut telah membatalkan kesemua tayangan filem ‘Beauty and The Beast’ di Malaysia. Akibat daripada pembatalan tayangan filem tersebut, ianya telah mencetus kemarahan sesetengah peminat filem ‘Beauty and The Beast’ di Malaysia.

Walaubagaimanapun, sebagai sebuah Negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan menurut Perkara 3 dalam Perlembagaan, serta majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, tindakan memotong babak ‘gay moment’ dalam filem tersebut sewajarnya diberikan pujian atas usaha mereka dalam menjaga maslahah awam.

Memetik ayat Al-Quran:

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad: 26)

Serta mafhum hadis juga berbunyi:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).

Dalam ayat Al-Quran dan hadis ini sememangnya telah menunjukkan bahawa bagi mereka yang mempunyai kuasa dalam menjaga maslahah, hendaklah mereka menggunakan kuasanya dengan sebaiknya.

Pihak berautoriti di Malaysia telah berusaha untuk melakukan tugas tersebut sehabis baik dengan menghalang usaha menormalisasikan masyarakat dengan budaya songsang LGBT, yang mana semua umat Islam sedia maklum bahawa Allah s.w.t telah melaknat golongan tersebut didalam kisah kaum Nabi Lut a.s.

Usaha penyebaran budaya songsang LGBT ini semakin berleluasa dengan puak-puak ini mula mencuba untuk membentuk suatu persepsi yang baru terhadap LGBT.

Mereka menyebarkan unsur-unsur LGBT ini melalui pelbagai medium, salah satunya melalui akhbar tabloid diMalaysia yang menyiarkan beberapa artikel mengenai isu ini, movie seperti ‘Beauty and The Beast’ sendiri mempunyai ‘gay moment’, dan sesetengah anime juga mengangkat tema ini dalam karya mereka dengan harapan apabila masyarakat kerap ‘melihat’ unsur LGBT, mereka akan terbiasa dan mula menerima kewujudan puak songsang ini.

Dan inilah yang dinamakan sebagai proses menormalisasikan masyarakat yang bakal memberi kesan kepada generasi akan datang.

Sebagai umat Islam yang mengimani bahawa apa yang Allah s.w.t katakan didalam Al-Quran adalah benar, kita sepatutnya menyokong usaha pihak berautoriti di Malaysia yang cuba mencegah sesuatu anasir bahaya kepada umat Islam ini.

Dan adakah kita lebih berkuasa daripada Allah s.w.t dengan memandai-mandai membenarkan unsur-unsur yang dilaknat oleh Allah s.w.t ini ditayang kepada awam?

Namun begitu, adalah sangat diharapkan agar pihak berautoriti di Malaysia agar jangan hanya memotong babak ‘gay moment’ dalam cerita ‘Beauty and The Beast’ semata-mata.

Sedangkan filem-filem bahkan penerbitan sesetengah buku di Malaysia juga sedang rancak mempromosi budaya songsang ini serta beberapa filem tempatan yang mempunyai adegan-adegan yang tak senonoh itu juga wajar diambil tindakan agar budaya ini tidak merosakkan masyarakat Malasia dan umat Islam secara khususnya.

Akhir sekali, sama ada kita memilih untuk memperjuangkan hawa nafsu sendiri atau memilih untuk melaksanakan perintah Allah dalam mencegah kemungkaran/dosa yang dilaknat itu bakal menjadi cerminan kepada Islam yang kita imani.

Mohamad Zaim Hamsha Bin Mohd Hamidi
Biro Tarbiah Isma Korea

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana dan ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

3 thoughts on “Beauty and The Beast: Proses normalisasi LGBT uji umat Islam Malaysia

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak

    As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Ce-ri-ta ma-cam tu da-pat ma-suk Ma-lay-sia pun ki-ta dah tak se-dar. Se-bab i-ni se-mua-nya ber-kai-tan ke-pim-pi-nan! Tia-da la-gi se-bab-nya me-lain-kan! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum.

  2. Puak liberal bersikap munafik apabila mereka mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menyokong, membela dan mempromosi kesesatan dan kemungkaran seperti LGBTQ (lesbian, gay, bisexual, transgender, and queer).

    Maka kita tidak merasa hairan melihat puak munafik liberal bersekutu dan bekerjasama dengan puak kafir harbi menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Alasan karut dan dungu puak liberal ini ialah kononnya manusia bebas melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad kerana manusia mempunyai hak kebebasan individu.

    Allah telah menjadikan sifat manusia atau fitrah iaitu kaum lelaki mempunyai kecenderungan pada kaum wanita dan begiulah sebaliknya. Maka sebarang aktiviti yang tidak bermoral seperti LBGTQ adalah bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya !

    Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengutuk, melaknat dan mengharamkan LGBTQ dan melarang umat Islam dari melakukan sebarang aktiviti LGBTQ:

    (1) Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

    (2) “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Al-A’raaf 7:81)

    (3) Etc…etc….etc….

    Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Al-‘Ankabuut 29:28

    Sesungguhnya puak liberal adalah puak yang terlalu sesat dan terlalu menyesatkan kerana mereka berusaha menghalalkan yang haram seperti arak, judi, zina, LGBTQ dll dan mengharamkan yang halal seperti poligami, penceraian dll untuk memperdayakan dan menyesatkan umat Islam.

    Sesungguhnya puak liberal tersebut telah kafir, murtad atau kufur akidah kerana mereka telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal !

  3. PEMBETULAN UNTUK KOMEN SAYA DI ATAS
    (Ibnu – March 17, 2017 at 12:09 pm)

    Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengutuk, melaknat dan mengharamkan LGBTQ dan melarang umat Islam dari melakukan sebarang aktiviti LGBTQ:

    (1) Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

    “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Al-A’raaf 7 : 80-81)

    (2) Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Al-‘Ankabuut 29:28

    (3) Etc … etc …. etc ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *