Beauty and the Beast: Kecelaruan sudut pandang segelintir masyarakat


BARU
-baru ini saya menerima satu tweet yang telah dimuatnaik oleh seorang pelawak Malaysia bertaraf antarabangsa mengenai filem Beauty and the Beast. Pelawak ini seolah-olah mengecam tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mengambil keputusan untuk menapis babak-babak yang dilihat kurang sesuai dengan agama, norma serta budaya masyarakat setempat.

Hakikatnya, kenyataan yang dianggap sarkastik itu saya kira tidak kena pada tempatnya. Seolah-olah, pada saya, dia lebih reda ada adegan ‘gay romanticism’ di dalam filem tersebut walhal ia sangat bertentangan dengan budaya setempat.

Beberapa hari lepas pula, seorang menteri dengan lantangnya bersuara membela Disney atas ketegasan mereka yang mahukan babak itu disiarkan. Katanya, jika babak itu dipotong, ia mampu merosakkan keseluruhan plot filem tersebut. Saya tertanya-tanya, adakah menteri ini lebih rela menjaga hati pihak Disney, dan tidak mengambil kira sensetiviti agama dan budaya negara ini?

Melihatkan isu Beauty and the Beast ini, saya terpanggil untuk menerangkan kepada masyarakat mengapa filem ini wajar disekat. Ya, benar, kisah ini merupakan kisah dongeng yang dipuja-puja oleh ramai kanak-kanak.

Namun, apabila diselitkan adegan sebegitu, saya menjadi tertanya-tanya, apakah sebenarnya motif di sebalik babak ini?

Disney dan teori Agenda Setting

Melihatkan cubaan pihak Disney yang bertungkus lumus memperjuangkan adegan 30 saat itu agar ditayangkan di Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada saya. Pertembungan budaya yang dilihat normal dan diterima masyarakat di Barat tidak semestinya sama dan boleh diterima di tempat lain khususnya di negara-negara timur seperti Malaysia.

Melihatkan ketegasan pihak Disney yang tetap mahu babak berdurasi 30 saat itu dipertontonkan kepada umum, pastinya mereka mempunyai agenda tersendiri.

Apa yang saya lihat, pihak Disney menggunakan konsep Agenda Setting, secara konsepnya sebuah teori yang membenarkan media untuk mempengaruhi masyarakat agar agenda yang mereka bawa itu penting dan harus diambil perhatian. Apabila diaplikasikan konsep ini dalam kes Beauty and the Beast ini, mereka seolah-olah inginkan penonton yang majoritinya kanak-kanak, pulang dengan menerima agenda mereka untuk menghargai dan menghormati golongan LGBTQ.

Hal ini dibuktikan melalui temuramah bersama Bill Condon, pengarah filem Beauty and the Beast menyatakan bahawa watak gay merupakan momen yang terpenting buat Disney kerana “ The studio is sending a message that this is normal and natural—and this message will be heard in every country of the world, even countries where it’s still socially unacceptable or even illegal to be gay”. Jelas bukan? Disney menggunakan pengaruh filem sebagai instrument normalisasi homoseksualiti. Babak itu, walaupun kurang daripada seminit, cukup untuk meracuni masyarakat agar menerima dan menormalisasikan perilaku tersebut yang ternyata menyalahi norma masyarakat, budaya dan agama setempat di Malaysia.

Disney seolah-olah cuba mensasarkan kanak-kanak yang menurut Albert Bandura dalam Social Learning Theory, belajar daripada pemerhatian sekeliling, tanpa perlu ada direct reinforcement agar menerima budaya ini dan menganggap ia normal. Hal ini sekaligus merasakan bahawa perkahwinan sama jantina itu perkara biasa walhal ia sebenarnya bertentangan dengan budaya dan agama yang berada di Malaysia!

Impaknya? Bakal lahirlah generasi baharu yang telah dikikis nilai dan jati diri mereka, celaru terhadap tasawwur pemikiran mereka, dan keliru antara hak dan kebatilan yang harus mereka pegang.

Generasi ini bakal menjadi pewaris negara yang apologetik, mungkin juga reda dengan kemungkaran walau bertentangan dengan agama serta budaya setempat. Benar, 30 saat tidak mampu meng’gay’kan seseorang, tetapi mampu meracuni pemikiran!

‘Kekerasan’ yang ditonjolkan oleh pihak Disney khususnya memperlihatkan betapa mereka tidak menghormati norma dan budaya setempat. Muncul pula mereka yang katanya berminda progresif menyokong tindakan pihak Disney agar adegan itu tidak dipotong untuk tontonan awam.

Neraca dan sudut pandang mereka seolah-olahnya bercelaru, haru biru, masih mahu tunduk pada pihak yang cuba menormalisasikan sesuatu yang aneh, tetapi lupa untuk menilai dari neraca syarak, sudut pandang agama masing-masing, norma serta budaya masyarakat.

Hanya kerana sebuah cerita yang dikatakan ‘the most anticipated movie of the year’, jati diri agama dan nilai budaya kita diketepikan. Seolah-olah budaya kita telah dijajah diratah oleh Barat.

Tepuk dada dan tanya selera, adakah anda kira hanya kerana sebuah filem, anda sanggup menggadaikan agama dan budaya anda demi mengecapi kepuasan dalam hiburan?

Mungkin kini, yang disiarkan hanyalah 30 saat. Namun, sekali dah dapat, mungkin pada masa akan datang ia akan menjadi 60 saat, 10 minit, lebih panjang, agar dapat mencambah dan menambah rasa tidak sensitif masyarakat terhadap perbuatan sebegini.

LPF dan babak yang kurang enak

Masyarakat juga semakin membuka mata apabila isu Beauty and the Beast ini hangat diperkatakan media. Mereka, terutamanya pelawak antarabangsa ini seolah-olah tidak puas hati, mengapa di Malaysia dihalalkan adegan merogol berpeluk cium sedangkan Beauty and the Beast tidak boleh.

Memetik kata-kata Pensyarah UiTM, Tuan Ahmad Farami, adanya adegan rogol, peluk, cium bukanlah menjadi satu justifikasi untuk kita menerima adegan gay di dalam filem ini. Menolak satu adalah lebih baik daripada membiarkan ia berleluasa, khususnya dalam domain awam melalui penayangan di panggung wayang.

Adapun begitu, LPF pada 10 Julai 2015 telah mengeluarkan sebuah kenyataan khusus yang menegaskan bahawa segala adegan peluk cium yang jatuh di bawah kategori tidak senonoh seperti yang ditetapkan dalam garis panduan pihak mereka, akan ditapis daripada disiarkan kepada domain awam.

Maka, wajarlah jika adegan gay itu di tapis dari disiarkan kerana ternyata, ia tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat setempat.

Seruan untuk masyarakat

Melihatkan kontroversi yang melanda sebuah filem dan bagaimana masyarakat mula berjuang agar nilai asing diterima tanpa mengambil kira norma masyarakat amat mengejutkan saya yang masih di usia belia.

Segelintir masyarakat seolah-olah tidak lagi sensitif, lebih menerima budaya barat dan menganggap budaya sendiri terlalu jumud dan konservatif.

Hakikatnya, menjadi progresif atau maju tidak bermakna kita harus mencontohi dan menerima budaya Barat. Menjadi progresif pada saya apabila kita mampu memahami cultural relativism atau relatif budaya yang menerangkan bahawa apa yang dilakukan di Amerika Syarikat atau mana-mana negara barat, tidak semestinya ia betul dan dapat diterima masyarakat di Malaysia.

Masyarakat harus sedar, perluasan hegemoni budaya Barat terlalu banyak diperlihatkan melalui hiburan terutamanya filem-filem yang ditayangkan. Jika kita tidak sensitif dengan perkara-perkara sebegini walau hanya sekecil-kecil adegan, suatu hari nanti, percayalah, kita bakal dinormalisasikan dengan kebatilan.

Akhirnya budaya dan norma masyarakat sendiri yang tergadai. Hilang sudah identiti, cair sudah jati diri. Adakah itu yang anda mahukan

Ya, kita tidak mampu menghalang orang memuat turun atau menonton secara online. Namun, jika kita mampu bertegas menghalang penyiaran apa jua adegan yang bertentangan dengan budaya masyarakat setempat kepada khalayak umum, itu sudah menunjukkan salah satu usaha untuk mengingatkan pihak luar agar menghormati kita.

Lihatlah sesuatu itu daripada neraca agama, bukan nafsu semata. Benar, takkan ‘gay’ seorang manusia sebab babak 30 saat. Cukuplah babak itu untuk meracuni dan mencairkan identiti umat.

Akhir kalam, renungilah hadis ini,

Sungguh, kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk masuk ke lubang dhob pun, pasti kamu akan mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu Yahudi dan Nasara?” Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: “Lalu siapa lagi?” (HR Muslim)

Amalina Annuar
Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Biro Kajian PEMBINA

3 thoughts on “Beauty and the Beast: Kecelaruan sudut pandang segelintir masyarakat

  1. HIPOKRASI (PERBUATAN BERPURA-PURA )DAN MENTALITI MANUSIA YANG DIJAJAH BARAT

    Puak liberal dan kafir harbi di negara ini , yang telah dibrainwash (dibasuh otak) sejak dari zaman kanak-kanak oleh propaganda dan media massa Barat yang dikuasai oleh Yahudi Zionis, meniru budaya Barat secara membuta tuli dengan mengganggap semua yang datang dari Barat adalah baik.

    Puak liberal dan kafir harbi ini mengganggap kononnya Eropah dan Amerika Utara mempunyai satu standard moral yang tinggi yang mesti diikuti dan diamalkan oleh manusia di negara ini.

    Malangnya Eropah dan Amerika Utara juga bergelumang dalam pelbagai aktiviti yang amat tidak bermoral seperti keganasan Islamophobia, fitnah, hate speech, keganasan dan rumah rumah tangga termasuklah membunuh suami atau isteri untuk mendapatkan wang insuran, skandal, rasuah, pecah amanah, fitnah, salah guna kuasa, jenayah terancang, permusuhan, perdagangan manusia, penindasan, perkauman, amalan seks bebas, pelacuran, LGBTQ dll.

    Amerika Syarikat (the US) mempunyai kadar jenayah seperti pembunuhan, rogol, serangan seksual, rompakan, serangan fizikal dll dan kadar jenayah rumahtangga yang di antara tertinggi di dunia.

    Bahkan negara Amerika Syarikat (the US) yang dikuasai dan dimanipulasi oleh Yahudi Zionis mempunyai industri hiburan lucah yang terbesar di dunia dan menghasilkan drama, persembahan, tarian, filem, video, rencana, cerita dan buku lucah dll dan mengeksport karya-karya lucah ini ke negara asing untuk meruntuhkan akhlak manusia bukan Yahudi yang dinamakan Gentile atau Goyim yang bererti haiwan ternakan.

    Pelbagai kes dan skandal yang berprofil tinggi yang melibatkan kedua-dua dunia korporat dan politik sentiasa didedahkan oleh media massa Kanada, Amerika Syarikat dan Eropah dari masa ke masa.

    Ini menunjukkan budaya Barat juga mendorong manusia kepada aktiviti yang tidak bermoral dan jenayah.

    Ini juga bererti bukan semua budaya yang datang dari Barat adalah baik untuk diikuti dan diamalkan. Orang yang cerdik, bijaksana dan berakhlak mulia akan menerima pakai semua yang baik dari Barat dan menolak semua keburukan, kemungkaran dan kesesatan dari Barat.

    HIPOKRASI, KEBODOHAN, KEBUTAAN, KEBISUAN DAN KEPEKAKAN PUAK LIBERAL DAN KAFIR HARBI

    Puak liberal dan kafir harbi ini mendabik dada kononnya merekalah yang mempromosi dan memperjuangkan hak kebebasan beragama, hak kebebasan bercakap dan hak kebebasan individu (untuk melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad) tetapi pada masa yang sama mereka:

    (1) memaksa umat Islam menerima dan mengamalkan semua budaya Barat walaupun sebahagian dari budaya Barat itu mengandungi nilai (values) , norma (norma) dan amalan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan prinsip moral (akhlak) Islam dan ajaran Islam yang murni. Ini bererti puak liberal dan kafir harbi menolak kebebasan manusia untuk mengamalkan budaya Islam yang bermoral tinggi.

    (2) menghina, memfitnah, memburuk-burukkan, memomok-momokkan dan memusuhi agama Islam, pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik dll, ulama Islam, mufti, mahkamah Syariah, pihak berkuasa agama Islam dan umat Islam semata-mata kerana mereka (umat Islam dan agama Islam) mempunyai pendapat dan prinsip yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu serakah manusia naif terutamanya puak liberal dan kafir .

    (3) bersikap taksub memuja budaya Barat dan menganggap semua budaya selain dari budaya Barat sebagai budaya yang membawa manusia kembali ke zaman kuno atau zaman batu.

    Puak liberal dan kafir harbi ini lupa atau sengaja berpura-pura lupa tentang fakta sejaran iaitu tamadun Islam pada zaman kegemilangan Islam ( The Golden Age of Islam) telah menyumbangkan kemajuan kepada dunia dan Eropah yang sedang berada di zaman kegelapan (The Dark Ages of Europe).

    Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan puak liberal dan kafir harbi ini adalah manusia hipokrit yang mempunyai lidah biawak dan suka berdusta kerana mereka sendiri menindas dan menafikan hak kebebasan beragama, hak kebebasan bercakap dan hak kebebasan individu orang ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan manusia naif seperti puak liberal dan kafir harbi!

    Puak liberal dan kafir harbi ini tidak mempunyai sebarang alasan yang logik untuk menukarkan manusia yang berakal menjadi beruk (ape) tidak berakal yang suka meniru apa sahaja yang datang dari Barat.

    Sesungguhnya puak liberal dan kafir harbi telah menjadikan diri mereka sendiri seperti beruk-beruk yang suka meniru apa sahaja dari Barat.

    PUAK LIBERAL DAN KAFIR HARBI ADALAH SEPERTI BERUK (APE)

    Menyokong puak liberal dan kafir harbi adalah seperti menyokong beruk menukarkan dunia ini menjadi ‘Planet of the Apes’.

    I thought if I could understand why apes get mean and horrible, dangerous and aggressive when they grow up, maybe I could understand why liberals and kafir harbi get uglier, nastier, meaner , extremely immoral, more monstrous, disgusting, horrible and aggressive and have wars against Islam and Muslims.

    Terjemahan:

    Saya fikir jika saya saya boleh memahami mengapa beruk menjadi semakin ganas, menakutkan, berbahaya dan aggresif apabila beruk menjadi dewasa, saya mungkin boleh memahami mengapa puak liberal dan kafir harbi menjadi semakin jahat, menjijikan, tidak bermoral dan melancarkan perang terhadap agama Islam dan umat Islam.

    KESIMPULAN:

    Tamadun Barat akan runtuh seperti empayar-empayar kuno seperti empayar Rom yang terdahulu akibat dari amalan dan budaya yang tidak bermoral.

    Budaya yang terbaik adalah budaya Islam. Ajaran Islam adalah ajaran terbaik yang akan membentuk manusia yang berakhlak mulia.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan mentaati semua perintah Allah dan RasulNya. Dan kita wajib menyokong dan mengundi parti Islam yang membela agama Islam dan hak umat Islam dalam PRU 14 dan menolak semua parti politik sekular, liberal dan kafir harbi yang memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Ingatlah Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari menyokong dan mengundi pemimpin kafir dan munafik:

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” An-Nisaa’ : 144.

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan menjadi PEMIMPINMU, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” Al-Maa-idah : 57.

  2. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

    “Sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku adalah (berkuasanya) para pemimpin yang menyesatkan.” (HR. Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ahmad, dan al-Darimi. Disahihkan oleh Al-Albani dalam al-Shahihah: 4/109, no. 1582, dalam Sahih al-Jami’, no. 1773 dan 2316)

    Dahulu pemimpin sekular bertegas konon kerajaan tidak akan membenarkan Beauty and the Beast ditayangkan jika tiada suntingan ‘gay moment’ dibuat pada filem berkenaan.

    Sekarang pendirian pemimpin sekular berubah 180 darjah membenarkan tayangan tanpa suntingan. Bukankah ini suatu pengkhianatan terhadap agama Islam dan umat Islam sebagai rakyat majoriti (65%) di negara ini dan Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1)?

    Anak dara berehat di bendul,

    Tunggu malam bulan mengambang,

    Pemimpin cakap tak pernah betul,

    Macam biawak lidah bercabang.

    Maka bergembiralah iblis dan syaitan dan pengikut mereka kerana kerajaan telah tunduk kepada tuntutan hawa nafsu serakah LGBTQ yang tidak bermoral dan mereka akan menyambut 30 Mac 2017 sebagai hari ‘kemenangan’ LGBTQ (sedangkan neraka sedang menunggu kedatangan mereka jika mereka tidak bertaubat).

    Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah s.a.w. bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

    Wahai umat Islam, janganlah merasa sedih, berdukacita atau berputus asa melihat ‘kemenangan’ puak sesat dan menyesatkan kerana mereka adalah ujian bagi umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

    DUNIA itu adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang orang kafir.

    Kehidupan dan kejayaan kita yang sebenar ialah kehidupan di dalam syurga yang kekal abadi dan penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan tanpa sebarang rasa dukacita atau kesedihan sedangkan kehidupan ysng sementara di dunia ini penuh dengan ujian dan tipu daya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *